Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 19 Mac 2009

APA DAH JADI

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 19 Mac 2009

Oleh:TENDA BIRU

Sedih bila melihat Perlembagaan Negeri dan Negara diperlekehkan oleh rakyatnya sendiri secara terang-terangan, malah pentadbiran kerajaan pada ketika ini telah di cungkil dan direnyukkan satu persatu. 5 prinsip Rukun Negara yang dulunya megah kini tidak membawa sebarang erti lagi. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Perundangan, Politik | Leave a Comment »

PERJUANGAN BELUM SELESAI

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 19 Mac 2009

Oleh: Anak Kajang

Selepas Perhimpunan Agung UMNO Mac ini, pelbagai perkara akan berlaku. Ada yang berjaya memegang jawatan baru, ada yang dinaikkan martabat ‘setakuk lagi’. Ada perubahan dan ada juga pertukaran. Ada bertukar untuk kebaikan dan ada ditukarkan untuk menyelamatkan sesuatu institusi. Yang penting pertukaran itu ada matlamatnya. Dalam Kabinet, pastinya Perdana Menteri akan membuat rombakan. Mungkin kecil atau mungkin lebih menyeluruh. Ada juga kemungkinan kementerian baru diwujudkan. Ada juga sesuatu tugas disatukan dan diletakkan di bawah satu kementerian. Ada menteri yang bertukar dan ada juga ahli politik yang akan dinaikkan pangkat. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

Gobind Singh Bertemu `Buku Dengan Ruas’

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 19 Mac 2009

Oleh: Mawar Berdarah

“Kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa” – perumpamaan ini sesuai ditujukan kepada Ahli Parlimen kawasan Puchong, Gobind Singh Deo yang digantung selama 12 bulan atas kesalahan menghina Dewan Rakyat. Kelancangan mulut anak Karpal Singh ini yang berselindung di sebalik immuniti dalam Parlimen telah memakan diri apabila Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyetujui usul yang dibawa oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz di bawah Perkara 27(3) Peraturan Tetap Dewan Rakyat dan apabila diundi lebih bersuara yang bersetuju.

Gobind digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama setahun setelah didapati mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina Timbalan Speaker yang memerintahkannya keluar Dewan hari Khamis lalu. Gobind juga dengan biadap telah membuat tuduhan tidak berasas dengan menuduh Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibu sedangkan beliau tahu kes ini sedang dibicarakan di mahkamah. Banyak pihak menyambut baik pergantungan Ahli Parlimen Puchong ini yang bukan sahaja sudah keterlaluan malah bersikap kurang ajar. Baru setahun jagung menjadi Ahli Parlimen, Gobind yang mewarisi kebiadapan bapanya berkelakuan seperti `kera mendapat bunga’ mengunakan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen memaki hamun dan membuat tuduhan tidak berasas terhadap pemimpin negara. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »