Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for April 2009

JANGAN SAMPAI MEREBAK SELESEMA BABI DI MALAYSIA

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 28 April 2009

Oleh:-Mawar Berdarah

selsema-babi

Buat rakyat Malaysia … berhati-hatilah sebab Selangor nak buat kandang ‘khinzir’ terbesar di Malaysia atau Asia kot….

Di Mexico, Menteri Kesihatannya, Jose Angel Cordova berkata, jumlah kematian berpunca dari Selesema babi telah mencecah 149 orang berbanding 81 sebelum ini, manakala yang telah dimasukkan ke hospital sekitar 1,995 orang.

Bahaya tu ….. Oleh itu, jauhkan diri anda dari ‘penasihat-penasihat projek babi ini’…. Bertindak lah sebelum rakyat Selangor atau rakyat Malaysia jadi mangsa wabak selesema babi. Sekadar peringatan kepada semua..

Posted in Isu Pemikiran, Isu Semasa | 6 Comments »

PRK DUN PENANTI 31 MEI

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 27 April 2009

Oleh: Tenda Biru

dun-penanti

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang akan diadakan pada 31 Mei ini. Penamaan calon pula ditetapkan berlangsung 23 Mei, demikian diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Oleh itu, rakyat Malaysia bakal akan menyaksikan lagi kerakusan parti yang busuk dan jijik PKR yang mempersendakan level demokrasi.

Kita tunggu dan lihat..

Posted in Pelbagai & Lain-lain | 1 Comment »

BIG LIAR…!

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 21 April 2009

liar-copy

Oleh: Putera_Adnan

Fikir2kan lah….

Posted in Pelbagai & Lain-lain | 2 Comments »

Barisan Nasional Perlu Bertanding Di Penanti..

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 21 April 2009

penanti

Oleh: Putera_Adnan

Gembira DSAI apabila mendengar ura-ura BN tidak jadi bertanding di Penanti. Harapan untuk mengekalkan kerusi PKR di Penanti sudah pasti menjadi lebih mudah tanpa pertandingan.Namun begitu, jelas ada kekecewaan di hati beliau kerana tidak dapat mengukur sejauh mana sokongan terhadap PKR oleh masyarakat sekitar Penanti. Beliau perlukan PRK ini bagi memastikan kesinambungan sokongan terhadap PKR sehinggalah PRU ke 13 kelak. Maka bermulalah pula episod pancing memancing, perli, sindir menyindir demi memaksa BN meletakkan calon mereka di Penanti ini!

Sejarah mungkin akan tercipta jika BN menolak untuk meletakkan calon mereka di Penanti kerana sebelum ini, BN tidak pernah menyerah kalah di mana PRK yang diadakan. Sejarah juga mungkin akan tercipta jika masyarakat Penanti terpaksa keluar untuk kali ke 4 untuk mengundi jika DSAI sendiri disabitkan kesalahan oleh Mahkamah!

MENGAPA BN PERLU MELETAKKAN CALONNYA DI PENANTI?

Penanti merupakan sebuah kecil yang memiliki pengundi majoriti Melayu. Kepincangan PKR untuk meletakkan calon yang benar-benar berwibawa mengharuskan BN perlu meletakkan calonnya di sini. Calon BN di sini haruslah seseorang yang berintegriti tinggi dan mempunyai budaya kerjaya yang tidak memilih bulu. Calon BN yang hendak diletakkan di sini juga seharusnya tidak mempunyai kepentingan untuk hanya kebaikan dirinya sendiri.

Sejarah di DUN Penanti menyaksikan tiada seorang pun wakil rakyat yang memegang tanggungjawab di sini kekal hingga dua penggal. Semuanya hanya satu penggal sahaja dan ini termasuklah calon-calon dari BN ataupun pembangkang.Di sini, ada yang mengatakan ianya kubu kuat PKR, tetapi mereka semua silap, di sini adalah kubu kuat DSAI dan kekuatan tersebut adalah berpaksikan individual. Jika DSAI menyertai DAP dan bertanding di atas lambang roket sekalipun, sokongan yang beliau terima di sini akan tetap kukuh.

Kebijaksanaa pimpinan paling atas perlu lebih teliti dalam pemilihan calon yang bakal mewakili BN kelak. Pimpinan-pimpinan sebelum ini, yang juga sering disebut-sebut, seperti Datuk Abd Jalil, Datuk Ahmad Saad, Datuk Musa, Datuk Pirdaus yang mungkin dipilih harus diketepikan dari pertarungan kali ini (jika ada le…) Calon-calon paling serasi dengan masyarakat di sini perlu diberi keutamaan. Oleh kerana sokongan terhadap DSAI (bukan PKR) di Penanti ini masih lagi kukuh, masih ada lagi penyokong UMNO yang dahulunya sahabat karib dan teman seperjuangan DSAI yang masih setia dengan UMNO kerana perjuangan mereka adalah berlandaskan keperluan masyarakat dan bukan sokongan individu (DSAI).

Golongan-golongan ini lah yang harus pimpinan BN memberi fokus dalam penelitian pemilihan calon kelak. Di manaka mereka-mereka ini? Mereka adalah ketua-ketua Cawangan yang bergerak aktif diperingkat akar umbi dan perjuangan mereka ini sememangnya tidak mempunyai tujuan lain, melainkan membela nasib rakyat. Mereka juga tidak mempunyai kepentingan-kepentingan lain seperti mana calon-calon lain yang bergelar Dato-dato yang mempunyai perniagaan masing-masing dan lain-lain lagi. Kebanyakan ketua-ketua cawangan di kawasan Penanti ini adalah terdiri daripada golongan biasa tetapi mempunyai keupayaan kerja yang luar biasa!

Statistik dari PRK Permatang Pauh yang lalu jelas menunjukkan sokongan terhadap pembangkang agak seimbang untuk kedua-dua pilihanraya. Di kawasan Guar Perahu dan Kuala Mengkuang, beza majoriti hanya 150 – 180, dan ini boleh memungkinkan sebarang kemungkinan untuk berlaku jika pilihanraya kecil Penanti ini disertai oleh BN. Jumlah pengundi yang keluar pada PRK yang lalu turut berkurangan dari PRU yang lalu dan jika sesuatu dapat dilakukan untuk menarik pengundi supaya keluar ataupun pulang untuk mengundi, mungkin BN boleh meraih sedikit peningkatan dari segi majoritinya.

Ada yang berpendapat jika PRK kali ini diadakan, ianya seolah-olah satu pembaziran, namun jika dilihat dari aspek keperluan rakyat disini, majoritinya masih memerlukan seorang calon yang bersih dan berwibawa, jika dibiarkan kemenangan percuma kepada PKR, berkemungkinan reputasi BN sebagai parti yang berani meletakkan sebarang calon pada setiap pilihanraya akan tercalar.

Wallahuallam..

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

“JANGAN DIJOLOK SARANG TEBUAN”

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 15 April 2009

Oleh :- Anggerik Desa

Kita nak ingatkan sesetengah pemimpin politik bukan melayu, jangan bermain api cukuplah dengan kenyataan bukan-bukan yang keluar selama ini. Tak usahlah diulangkan lagi tapi nampaknya mereka tak serik juga malah mereka ungkit lagi hal yang ada kaitan dengan orang melayu dan hak keistimewaan orang melayu, mereka masih bangkitkan hal yang tak patut dibangkitkan

Kenapa nak kaitkan DEB dengan dasar aparteid? apa masalahnya dasar itu hingga teruk sangat penerimaannya oleh pemimpin berkenaan? Apakah dasar itu merompak daripada orang lain untuk diberikan kepada orang melayu? Adakah kaum lain juga lebih miskin daripada orang melayu sejak dasar itu dilaksanakan? Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

CUKUPLAH BERPOLITIK, RAKYAT NAK …………………………

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 13 April 2009

Oleh :- Anggerik Desa

Hari-hari kita tak ada cerita lain, bercekak sesama sendiri macam anjing dengan kucing Tak ada satu pun yang boleh kita setujui, Apa orang lain buat semua tak betul dan apa yang kita buat semua betul inilah keadaan dunia politik Negara kita kelam-kabut dan kecoh di buatnya

Siapa yang rugi? Semua orang tentu tahu jawapannya, Mestilah rakyat yang rugi malah Masa depan kita juga akan terjejas kerja yang patut dibuat tak buat dan kerja yang sedang dibuat tergendala. Apa nak jadi dengan kita semua ini? Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 2 Comments »

LAGI CERITA PASAL PAS

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 13 April 2009

Oleh: Tenda Biru

Memang benarlah bahawa pada akhir zaman ini akan wujud golongan ulama yang menjual agama untuk kesenangan dunia. Hari ini Pas telah membuktikan bahawa mereka sedia melakukan apa sahaja asalkan berkuasa atau menjadi kuasa politik. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Pautan Web, Politik | Leave a Comment »

Menjayakan transformasi baru

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 13 April 2009

Oleh: Anak Kajang

Perubahan kepemimpinan negara baru sahaja selesai dan kini seluruh rakyat menaruh harapan tinggi pada laungan transformasi baru oleh Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak: Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Apabila melihat kepada ucapan sulung beliau pada hari pertama sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau ingin menyatukan seluruh rakyat di bawah payung Satu Malaysia. Perpaduan rakyat merupakan agenda paling utama bagi memastikan kestabilan dan keamanan negara. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

Rakyat Atas Pagar Perlu Didahulukan

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 11 April 2009

Oleh: Anak Kajang

Pilihan raya di Bukit Gantang, Bukit Selambau sudah berlalu. Menggantang dan me’lampau’ betul penyokong-penyokong fanatik Pakatan Rakyat bila menang di kedua-dua tempat ini. Terpulang pada mereka, itu yang mereka pilih dan itu cara mereka. Jangan kalah sahaja bola, kereta polis pula yang menjadi sasaran kemarahan. Memalukan betul. Sampai hati mereka buat begitu di negeri yang dipimpin oleh seorang yang digelar Tok Guru.

Pilihan juga telah dibuat oleh Perdana Menteri untuk barisan kabinet baru. Ada yang masuk, ada yang keluar. Segalanya untuk mencapai misi rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Cabaran besar menanti Datuk Seri Najib untuk memenangi kembali hati rakyat, selepas BN kehilangan empat negeri kepada Pakatan Rakyat. Krisis yang sama dihadapi oleh Tun Razak selepas peristiwa 13 Mei 1969. Kabinet baru dibentuk untuk mencapai impian “Satu Malaysia”. PRU13 akan datang adalah penilaian prestasi sebenar untuk kabinet baru ini. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

ERMMMM…….SUDAH-SUDAH LA TU!!!

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 11 April 2009

Oleh:-Mawar berdarah

pas

Sampai bila agaknya rakan2 PAS dan DAP mampu bertahan dengan ANWAR untuk merealisasikan matlamat politik ANWAR untuk menjadi Perdana Menteri ke-7 dan menukar sistem kerajaan sedia ada daripada DEMOKRASI kepada REPUBLIK…Janganlah anda bersekongkol lagi dengan manusia bernama ANWAR kerana akhirnya nanti menangis air mata darah sekalipun kita tidak mampu nak mendapatkan semula Tanahair kita yang baru sahaja mencecah usia 52 tahun…Renung2kanlah dan selamat berjuang… Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Politik | 1 Comment »

“SULTAN SELANGOR MARAH LAGI”

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 11 April 2009

Oleh :- Anggerik Desa

Sewaktu merasmikan Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz di Petaling Jaya pada 6 Mac lalu, Baginda Sultan Selangor murka kerana terdengar suara lantang mempersoalkan kedudukan orang melayu dan raja melayu. Baginda bertitah, “yang lebih menyedihkan beta, suara lantang ini datangnya daripada orang melayu sendiri yang biadap, tidak berbudi bahasa, dan tidak berasa segan atau malu

Kita sebetulnya tersentak dengan kenyataan Baginda, kita sedih dan marah memanglah ada dalam kalangan orang melayu yang buat begitu. Mereka tak pedulikan apa orang lain kata, mereka anggap mereka hebat dan jaguh orang-orang ini lah yang lantang sekali mempersoalkan hak istimewa orang melayu yang dilindungi oleh Perlembagaan kita tak tahu lagi apa nak cakap pada pengkhianat macam ini Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 4 Comments »

“CARA DAP BANTU RAKYAT MISKIN”

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 11 April 2009

OLEH :- SELEMBUT SUTERA

Kita tak tahu sama ada nak marah atau sedih baca berita tentang DAP nak tolong orang miskin dengan cara menjual akhbar Rocket, Khabarnya akhbar rasmi parti ini akan dijual kepada orang miskin dengan harga RM1 dan mereka akan menjualnya kepada orang ramai dengan harga RM2 hanya dapat untung seringgit sahaja

Kononnya nak bantu mereka yang miskin tegar dengan cara itu mereka akan tambah pendapatan, kita tak tahulah agaknya DAP tak ada ilham lain untuk bantu rakyat susah segala pakar ekonomi mereka dah habis idea dan cari jalan tolong mereka yang miskin tegar Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

Senarai lengkap kabinet 2009

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 10 April 2009

Oleh: Tenda Biru

Berikut ialah senarai penuh barisan Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam.

PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin Baca baki entri ini »

Posted in Isu Semasa, Pautan Web, Politik | Leave a Comment »

Pas Takut Allah Ke Takut DAP???

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 10 April 2009

Oleh:- Mawar Berdarah

Pas sekali lagi terpaksa membuka pencak silat apabila terus diterjah rakan sekutunya DAP mengenai Negara Islam. Yang nyata walaupun secara terang-terang dan tanpa mengenal jemu DAP mempertikaikan perjuangan negara Islam, Pas masih lagi mampu untuk duduk semeja dengan rakan pakatannya itu.

Malah jauh dari itu, Pas sentiasa beralah termasuk isu kandang babi yang dipelopori pemimpin DAP. Bukan sahaja beralah malah pemimpin Pas membuat sokongan terbuka ditambah dengan fatwa-fatwa tertentu bagi menyakinkan para pengikutnya bahawa tiada salahnya menyokong kehendak menternak babi secara besar-besaran di Selangor. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Politik | Leave a Comment »

Hadiah berharga buat PM baru : Taib

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 10 April 2009

Oleh: Anak Kajang

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, menyifatkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Malcom Mussen Lamoh, pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air, sebagai hadiah paling berharga BN Sarawak kepada Datuk Seri Najib Razak. Ia katanya, adalah hadiah rakyat Sarawak kepada Perdana Menteri yang baru itu sebagai tanda keyakinan mereka terhadap slogan ‘Satu Malaysia’ yang dibawa oleh Najib. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Pautan Web, Politik | 1 Comment »

BN TERMASUK UMNO PERLU MENOLAK KELUAR BADUT POLITIK ATAU PENGAMPU

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 10 April 2009

Oleh :- Anggerik Desa

Rakyat kini mengambil pendekatan untuk melihat perubahan yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum mereka memberi sokongan bagi mengembalikan sokongan rakyat pada parti pemerintah, perubahan yang diuar-uarkan itu perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan

Ahli politik masih tidak mempunyai ilmu dalam berkempen seperti memberitahu mengenai fakta, sejarah dan isu semasa pada rakyat, Bila seseorang itu berkempen dengan hanya mengutuk seseorang individu hanya membuat rakyat meluat pada penceramah itu dan akhirnya menterjemahkan undi kepada pembangkang ini lah hasilnya yang terjadi Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

“Melayu Bukit Gantang Tolak Nizar Sebagai MB.”

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 9 April 2009

Oleh: Tenda Biru

DAP sentiasa dikuasai oleh kaum cina dan india. Orang Melayu jangan harap nak hidup senang kalau DAP berjaya memerintah negara. “Golongan lahir 1970an ke atas dengar,lihat,fikir,analisa,hujah baru buat keputusan”. Pada pendapat anda, adakah pemimpin DAP telus? fikir2kan… Sanggupkah anda menjadi kuli orang Cina dan India di negara sendiri? Mungkin anda dah biasa kerja makan gaji dengan orang Cina dan India. Apa kata anda pilih juga mereka(DAP) sebagai pemimpin negara. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 26 Comments »

KENAPA SAYA MASUK BALIK UMNO

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 9 April 2009

Oleh: Anak Kajang

1. Ramai yang mengalu-alukan penyertaan saya semula dalam UMNO. Tetapi ramai juga yang mengkritik saya kenapa saya menyertai sebuah parti yang saya sendiri menuduh sebagai pengamal rasuah dan pemimpinnya menjadi pemimpin kerana menyogok wang kepada pengundi.

2. Yang pertamanya di waktu saya keluar UMNO pada Mei 2008 saya telah nyatakan saya hanya akan kembali menyertai UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi jadi Perdana Menteri.

3. Sekarang Tun Abdullah tidak lagi Presiden UMNO atau Perdana Menteri Malaysia dan syarat saya sudah dipenuhi. Justeru itu saya perlu tunaikan janji saya. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 7 Comments »

Menunggu Janji Anwar Ibrahim

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 8 April 2009

Oleh: Tenda Biru

Rata-rata rakyat sedang bercakap dan berbual tentang kandungan pendedahan tergempar yang dijanjikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelbagai gosip dan berita timbul tentang apa yang bakal beliau umumkan andai Pakatan Rakyat memenangi ketiga-tiga pilihanraya kecil.

Oleh kerana keputusan semalam menyaksikan Pakatan hanya menang di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, adakah cerita besar tersebut tidak akan diumumkan?

Ataupun adakah rakyat kena tunggu selepas beliau dilantik menjadi Perdana Menteri baru akan diumumkan?

Rakyat adalah manusia yang boleh berfikir dan menimbang dengan waras yang mana betul dan yang mana tidak betul. Mereka juga boleh menilai antara janji benar dan janji palsu.

Jadi sama-samalah kita tunggu pendedahan tersebut.

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Politik | 4 Comments »

HARAPAN TINGGAL HARAPAN..

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 8 April 2009

Oleh: Tenda Biru

anwar

Salahkah kalau saya jadi PM? Saya telah didapati bersalah dalam kes rasuah dan liwat dulu. Sekarang saya dah insaf dan dah dilantik jadi ulamak oleh PAS. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 2 Comments »

Barisan 1, Pakatan 2

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 8 April 2009

Oleh: Anak Kajang

bas1

Penderhaka kepada Raja Melayu akhirnya dipilih oleh 21,860 orang pengundi untuk menjadi wakil mereka di Bukit Gantang. Kemenangan ini pastinya disambut gembira oleh DAP. Harus diingat bahawa masih ada lagi 13,890 orang yang layak mengundi tetapi tidak turun mengundi. Mereka ini juga berhak mendapat pembelaan yang sepatutnya daripada wakil parlimen Bukit Gantang yang baru. Mungkinkah orang-orang PAS di Changkat Ibol akan menjadi jutawan segera setelah tanah yang dijanjikan dibeli oleh orang-orang di Kuala Sepetang. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Pautan Web, Politik | Leave a Comment »

ANWAR CERAMAH PENGUNAAN KALIMAH ALLAH UNTUK TUJUAN POLITIK

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 7 April 2009

Oleh:-Mawar Berdarah

Apabila membaca suratkhabar dan juga internet mengenai tindakan Anwar yang membangkitkan isu pengunaan kalimah Allah di Batang Air jelas ia bertujuan politik untuk menarik sokongan bukan Islam.

Anwar dengan hebat berceramah bercakap tidak salah penganut agama lain mengunakan kalimah Allah kerana ia adalah hak masing-masing. Selain itu , Anwar juga berkata di Malaysia, pengunaan nama Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain disebabkan oleh parti UMNO yang mempertahankannya . Hairan saya melihat Anwar sekarang yang sudah menyimpang jauh dari landasan perjuangannya dahulu sejak dari ABIM untuk menegakkan Islam. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Politik | Leave a Comment »

“PROVOKASI PAS TERHADAP BN”

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 7 April 2009

Oleh :- Anggerik Desa

Pergerakan pemuda UMNO kesal dengan tindakan sesetengah penyokong PAS yang bertindak samseng dan berkelakuan liar semata-mata untuk meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil itu nanti.

Sehubungan dengan itu juga Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin meminta agar ahli pergerakan dan pemuda Barisan Nasional ( BN ) tidak mengikut rentak atau cara penyokong fanatik PAS kerana ia hanya dapat mengeruhkan keadaan dan boleh mengakibatkan pengundi takut untuk keluar mengundi. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 2 Comments »

Selamat Mengundi – Satu Impian. Satu Malaysia. Pilih BN

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 7 April 2009

Oleh: Anak Kajang

Selepas lebih seminggu berkempen, hari ini merupakan penentu parti mana yang mampu menjadi pilihan rakyat tempatan, parti mana yang benar-benar menepati selera dan kehendak pengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah dan Batang Air, Sarawak. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 2 Comments »

BN Bunuh Demokrasi Di Malaysia?

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 7 April 2009

Oleh: Tenda Biru

BN membunuh demokrasi di Malaysia! Begitulah yang dicanangkan oleh parti pembangkang PAS, PKR dan DAP. Sejak lama dulu lagi, inilah modal mereka mempengaruhi pengundi-pengundi dipedalaman. Kempen mereka disertakan dengan membakar semangat untuk memberontak serta isu agama dengan mengatakan bahawa UMNO/BN/Kerajaan tidak perjuangkan Islam. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

TERTIPU…MENIPU…SHAPE SHIFTER!

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 6 April 2009

Oleh:- Mawar Berdarah

Katanya beribuan yang datang mendengar…tapi 90% petugas pilihanraya dari pelusuk negeri. Katanya ribuan yang yang masuk PKR, tapi yang mendaftarnya tak sampai jumlah ribuan itu pun…Malam cakap lain, siang cakap lain, tengahari cakap lain, petang cakap lain…. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Politik | 2 Comments »

FAKTA YANG MANAKUTKAN PAS KETIKA INI..

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 6 April 2009

Oleh:-Mawar Berdarah

Mengikut sumber, survey yang dijalankan oleh kumpulan risikan hamPAS bagi Pilihan Raya Bukit Gantang mengatakan 60% orang Melayu akan mengundi calon BN dan harapan hamPAS untuk mempertahankan kerusi itu akan mengalami jalan sukar. Jalan terbaik untuk hamPAS mengatasinya adalah dengan mengembleng seluruh tenaga kepada undi bukan Melayu iaitu Cina dan India. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Politik | 2 Comments »

Ayat Al-Quran dipersenda! dimana maruah kita!

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 6 April 2009

Oleh: Tenda Biru

PAS

Inilah adalah isu kesucian Islam.. bukan masalah dia akan dapat hidayat atau sebagainya!

Sedangkan umat Islam sendiri jika hendak membaca ayat Quran hendaklah dalam keadaan suci dan baca dengan hukum Tajwid!

Inikan pula si kafir harbi… jika nak kata mandi wajib tentu jauh sekali… apatah lagi mengucap dua kalimah syahadah!

Adakah umat Islam akan terus membiarkan ayat Al-Quran akan terus dipersenda, dimainkan dan dihina!

Tolaklah mereka yang telah bersekongkol mencemarkan Islam! Tolak lah PAS!

Posted in Agama, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 8 Comments »

PAS Akui Pengundi Bukit Gantang Menolak Penderhaka

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 6 April 2009

Oleh: Anak Kajang

Inilah hakikatnya!… penderhaka tetap penderhaka, pengkhianat tetap pengkhianat! tidak kira UMNO, PAS, PKR, DAP, MCA atau sebagainya.

Penderhakaan tetap ditolak… jika UMNO dulu dituduh menderhaka UMNO ditolak, tetapi UMNO telah sembah mohon ampun dan kini menjadi sejarah… tetapi kini PAS dan Pakatan Rakyat yang menderhaka, maka orang Melayu menolak PAS dan Pakatan Rakyat! Tiada beza antara satu penderhakaan dan penderhakaan yang lain…. kesilapan PAS dan Pakatan Rakyat ialah mereka merestui penderhakaan pemimpin mereka dan mereka menghasut rakyat pula untuk menderhaka seperti mereka… inilah sebenarnya sifat iblis Laknatullah… inilah sebenarnya punca PAS dan Pakatan Rakyat ditolak oleh orang Melayu di Bukit Gantang.. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 10 Comments »

Ada Apa Dengan Kata Mereka!!!

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 6 April 2009

Oleh: Tenda Biru

MEREKA KATA ZAMBRY TAK PANDAI MEMERINTAH.
KALAU TAK PANDAI MEMERINTAH SAMALAH JUGA ANWAR TAK TAHU MEMERINTAH SEBAB ZAMBRY ANAK DIDIK ANWAR MASA DALAM ABIM DAN ANWAR YANG MAHUKAN BELIAU AKTIF UMNO DI LUMUT Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Politik | 1 Comment »

SEDARLAH…

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 3 April 2009

Oleh: Tenda Biru

Telah lama pemimpin-peminpin PAS sebenarnya yang cukup besar menyesatkan umat Islam di Malaysia dan sanggup mengadaikan maruah agama Islam dan bangsa Melayu demi kepentingan politik mereka. Kepimpinan PAS yang meneruskan tradisi berjuang di dalam politik dengan menggadaikan maruah Islam. PAS berbangga dengan konsep perjuangan dengan menggunakan nama Islam. Apabila mereka menang, mereka bangga dengan kemenangan dan tiada lagi kritikan yang diberikan kepada SPR. Jika mereka kalah, mereka menyalahkan kerajaan dan SPR. Inilah yang dapat disimpulkan kepada PAS berdasarkan beberapa siri pilihanraya kecil atau umum. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

Buat pilihan betul pada 7 April

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 3 April 2009

Oleh: Anak Kajang

Episod penghinaan terhadap Raja-raja Melayu khususnya di Perak, telah mengguris seluruh umat Melayu di Negara ini. Walaupun kini Barisan Nasional (BN) kembali menguasi kerajaan negeri perak dan pasti episode yang memilukan itu tidak akan berulang, hirisan luka di hati orang-orang Melayu sukar untuk disembuhkan! Saya merasakan bahawa saya tidak bersorangan meluat menyaksikan ADUN Pakatan Rakyat (PR) Perak berkelakuan seperti “budak belum baligh.” Apa yang ditunjukan oleh mereka jelas mencerminkan bahawa mereka amat terdesak untuk terus mempertahankan habuan mereka nikmati selama setahun. Jesteru untuk meneruskan kesenangan yang mereka kecapi selama ini, mereka sanggup menderhaka kepada DYMM sultan Perak malah sanggup membiarkan rakyat perak hidup dalam ketidaktentuan. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 4 Comments »

PAS TERSEPIT TANGKIS LABEL BONEKA DAP

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 3 April 2009

Oleh:- Mawar Berdarah

PAS nampaknya semakin tersepit untuk mengikis label boneka DAP sehingga terpaksa menaikkan pelbagai kain rentang memujuk pengundi khususnya di kalangan orang Melayu mengundi calon mereka, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.Ini terbukti apabila jentera Pas mula memasang kain rentang mewajibkan umat Islam memilih Pas pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini, ujar EXCO Pemuda UMNO, Ustaz Mohd Afandi Yusof. Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain | 1 Comment »

PAS Ibarat Layang – Layang Putus Tali

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 1 April 2009

Oleh: Anak Kajang

Jangan lihat dari dalam tempurung, lihatlah dari mata burung, kata M.Nasir. Dan burung melihat dari atas bumi. Ada juga burung mampu terbang sampai ke angkasaraya. Kata mereka itulah burung cenderawasih. Burung azimat. Manakala burung ababil juga adalah haiwan ajaib yang datang menolong tentera Islam menumpaskan tentera Abrahah bergajah. Pada 6 Feb 2009, Zambry Abd Kadir telah mengangkat sumpah sebagai MB Perak. Maka di kala dan saat itu lengkaplah ketumbangan Kerajaan DAP-Pakatan di Perak. Dua hari sebelumnya, Kerajaan itu tumbang secara de jure nya. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

“JANGAN BERNIAT TAKBUR DAN RIAK”

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 1 April 2009

Oleh :- Anggerik Desa

Kita sering kali mendengar perbuatan yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan baru-baru ini Nizar didakwa melakukan taktik kotor ketika berkempen untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang dengan menggunakan masjid sebagai tempat untuk berceramah Politik.

Lebih memalukan lagi apabila Mohammad Nizar tergamak merampas dan mengambil alih untuk Program Solat hajat serta majlis Bacaan Yassin yang dikendalikan oleh Barisan Nasional ( BN ) di masjid simpang dan bertindak keterlaluan apabila meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sendiri. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Politik | 1 Comment »

SYURGA DAN NERAKA DITENTUKAN OLEH PAS..???????????

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 1 April 2009

Oleh Mawar Berdarah:-

Sebelum pilihanraya ke-12, Pas mengeksploitasikan isu seperti haram bagi orang Islam memilih pemimpin daripada kalangan bukan Islam. Dua hari sebelum pembuangan undi pada 8 Mac tahun lalu, petugas Pas mengedarkan beribu-ribu risalah di masjid dan surau dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang yang ditandingi calonnya, bekas MB Perak Mohammad Nizar Jamaluddin.Risalah itu memetik fatwa daripada muzakarah ulama yang mengatakan haram bagi orang Islam memilih calon bukan Islam, iaitu Dr S.Vasan daripada MIC yang mewakili BN. “Tetapi, bila sudah berjaya membentuk kerajaan, beliau (Mohammad Nizar) mengatakan beliau Menteri Besar untuk semua kaum. Sekarang baru kita nampak wajah sebenar mereka. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 3 Comments »

Hujah TV9 – TKO Buat Pakatan Rakyat

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 1 April 2009

Oleh: Tenda Biru

Syabas Dato’ Shafie kerana berjaya mengulas dengan jelas mengenai krisis yang berlaku di Perak. Hakikatnya apa yang dibuat oleh BN masih mengikut lunas undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak.

Maknanya dakwaan Nizar dan kuncunya adalah pembohongan semata-mata. Istilah rampas sebenarnya menunjukkan kedangkalan mereka mengenai undang-undang negara. Peralihan yang berlaku kerana Kerajaan Pakatan Rakyat telah hilang kepercayaan oleh kebanyakan ADUN. Namun hakikat ini disembunyikan oleh PAS. Isu moral tidak boleh diukur tetapi undang-undang ialah tempat rujukan yang patut diutamakan. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 2 Comments »