Oleh: Tenda Biru
Selamat sudah cerita penamaan calon P.59 Bukit Gantang yang menyaksikan 3 orang calon yang layak bertanding. Calon BN Ismail Saffian, calon PAS Dato’ Seri Nizar Jamaluddin dan calon Bebas Kamarul Ramizu Idris. Pilhan Raya Kecil kali ini akan menyaksikan kekuatan setiap calon yang bertanding untuk menunjukkan kekuatan parti masing-masing. Bagi BN, PRK ini akan menjadi medan untuk menilai sejauh mana keyakinan rakyat terhadap BN setelah diuji dengan pelbagai cabaran dalam parti BN itu dan komponennya khususnya UMNO. Bukit Gantang akan menjadi medan kepada UMNO untuk menilai penerimaan rakyat terhadap transformasi yang sedang dilakukan UMNO untuk memantapkan parti dengan kepimpinan baru yang padu dan segar.
Pakatan Rakyat menyedari kebangkitan UMNO ini dengan kepimpinan yang baru mulai merasa cemas untuk mengukur tahap penerimaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Hanya dengan meletakkan calon PAS, Dato’ Seri Nizar ‘seorang MB yang sah’ telah melancarkan kempen mengelirukan rakyat dengan mencanangkan beliau adalah mangsa kezaliman BN. Harus diingat DS Nizar adalah orang luar dan bukan calon pilihan DS Hadi Awang. Pakatan Rakyat dijangka akan terus memainkan isu perlembangaan negeri untuk mengelirukan rakyat dan akan terus meraih simpati umum dalam siri kempen-kempen yang akan dijalankan. Bagaimanapun mereka terlupa atau mereka terlepas pandang bahawa rakyat Bukit Gantang telah menyampah dengan lenggok tarian PAS yang kini sibuk meng’ortodok’an rakyat Perak dengan dakyah karut untuk meng’kelantan’kan Perak kononnya. Baca baki entri ini »