Oleh :- Anggerik Desa
Sejak kebelakangan ini kita sering dikejutkan dengan isu pencabulan berterusan terhadap Institusi Raja, termasuk cubaan mengheret istana ke mahkamah sebagai rancangan besar pembangkang untuk melumpuhkan kuasa Raja-raja Melayu. Seperti yang dikatakan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, tindakan pembangkang sejak kebelakangan ini mengambarkan mereka seolah-olah mahu melihat kuasa Raja-raja Melayu dihapuskan secara menyeluruh, berbanding apa yang berlaku menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1993.
Sekarang semacam ada Grand Design untuk melumpuhkan kuasa Tradisi Raja, walaupun ketika ini masih ada kekangan yang mampu menyelamatkan kedudukan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Pembangkang pada masa kini terlalu mengikut cara politik tersendiri, seperti menghasut pihak tertentu supaya bersama mereka bagi memastikan Raja-raja Melayu yang mempunyai kuasa Tradisi tidak lagi berkesan, itu yang kita Nampak oleh pihak pembangkang yang terlalu mengikut kehendak hati masing-masing. Baca baki entri ini »