BENCANA AKAN MENIMPA NEGARA JIKA DIBIARKAN PAKATAN RAKYAT MEMBENTUK KERAJAAN PUSAT.
Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 10 Mac 2009
Oleh :- Anggerik Desa
Masyarakat majmuk biasanya dicirikan oleh idea, kepercayaan dan amalan yang bersifat perkauman, seperti yang kita ketahui pada abad peristiwa 13 Mei 1969, Kerajaan menyedari bahawa Negara memerlukan satu bentuk ideologi dan wawasan bersifat nasional yang boleh menyatu padukan Rakyat berbilang kaum. Agenda pembangunan pula dilaksanakan menerusi Dasar Nasional sehingga membentuk Negara bangsa yang bersatu padu dan memiliki identiti dan wawasan yang jelas.
Ternyata keadaan ini menjadi rumit apabila perjuangan bersifat berbau perkauman yang ditubuhkan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan ( NGO ) seperti Barisan Bertindak Hak-hak Hindu ( Hindraf ) yang dieksploitasi dan dimanipulasikan oleh pakatan rakyat demi survival politik mereka.Slogan yang dikumandangkan mereka ialah “Membina Malaysia Baharu”. Namun mereka mula menunjukkan amalan pentadbiran berbau perkauman dibeberapa negeri seperti yang dikuasai oleh Pulau Pinang, Perak dan Selangor.Keadaan ini juga menimbulkan tindak balas Pertubuhan Melayu selama ini mengetepikan soal perkauman dan mereka bangkit bersuara kerana hak dan kedudukan orang melayu dicabar.
Terbaru ialah kes menghina Raja-raja melayu seperti yang berlaku di Perak. DAP Karpal Singh, berkeras mahu menyaman Sultan Azlan Shah kerana mendakwa beliau telah menyalahgunakan kuasanya dalam pembentukan kerajaan baru dinegeri terbabit.Kebanyakan blogger yang Pro- Pakatan Rakyat bersikap biadap dengan menulis secara tidak berertika menghina Sultan Perak. Ini bermakna mereka menghina keseluruhan Raja-raja melayu dan mereka tidak mampu membawa alur pemikiran rakyat kearah memperkasa agenda nasional, sebaliknya menanamkan pemikiran kebencian dan keganasan terhadap kerajaan.
Selepas Pilihan Raya Umum lalu, wujud pula satu aliran Politik yang cuba membawa Negara kearah kancah perpecahan berasaskan kepada ideologi yang pelbagai. Asas kebimbangan ini terjadi apabila Politik berlainan ideologi mengambil tempat mengikut kelompok dan kaum tertentu, maka sudah tentu akan berakhir dengan pertelingkahan dan konflik ideologi kerana masing-masing akan cuba menegak dan menonjolkan ideologi perjuangan mereka .Pakatan yang bersifat “Tidur Sebantal, Mimpi Lain-lain” tidak berupaya membawa satu agenda nasional yang dapat mempertahankan perpaduan, kemakmuran, keselamatan dan kestabilan Politik Negara.
Senario ini akan mengheret negeri dalam persekutuan berasaskan ideologi kepartian mengikut parti yang memerintah. Kerajaan pusat juga akan menjadi lemah kerana faktor yang sama dan ini akan membawa kepada kemelut Politik yang mampu mengheret Negara kepada anakisme serta mengundang campur tangan asing.Sekiranya pakatan rakyat tidak memiliki satu ideologi yang jelas mengenai agenda dan aspirasi nasional yang dapat diterima dan dikongsi bersama, maka bagaimana ia mampu membawa dan membina Negara kearah perpaduan, kemakmuran, kesejahteraan dan keselamatan yang terjamin. Inilah halangan besar yang membelenggu pakatan rakyat. DAP masih kekal dengan ideologi sosialisnya ianya bermaksud sering berhasrat membawa Negara kearah satu parti yang mengongkong hak-hak asasi. Parti keadilan rakyat ( PKR ) pula dengan ideologi Leberalnya bermaksud memberikan kebebasan tidak terbatas ini sangat bahaya kepada masyarakat manakala PAS pula dengan ideologi agama yang tidak serasi dengan kedua-dua ideologi Politik.
Jadi dimana letaknya titik pertemuan mereka? Mungkinkah mereka semata-mata berasaskan kebencian terhadap UMNO ( BN ).Yang nyata, ketiga-tiga komponen parti dalam pakatan rakyat ini gagal mengharmonikan ideologi masing-masing BN berjaya menegakkan Politik Kebangsaan berasaskan nasionalisme rakyat dalam perjuangan kemerdekaan Tanah Air.
opais said
negara akan lebih huruhara bila diperintah BN. Segala harta kekayaan di kaut kroni-kroni BN sahaja. Rakyat menyokonh hidup BN hidup umno. Tapi mereka diusir dari kampung atas nama pembangunan. Di Pulau Pinang tanah-tanah Melayu dijual kepada tauke-tauke cina sehingga Melayu Pulau Pinang terpinggir akibat perbuatan pemimpin Melayu. Apabila DAP mengambilalih pentakbiran Pulau Pinang,berlumba-lumba puak-puak umno nak jadi hero. Nak tunjuk baik. Memngapa tak tunjukkan baik masa BN memerintah diPP
Lim Guan Eng seorang pemimpin yang sangat di hormati oleh sekelian rakyat. Samada Cina India mahupun Melayu. Cuma orang-orang umno yang tidak berhati perut seperti RAHIM TAMBI yang sangat benci dan mengatur berbagai seraangan keatas LIM GUAN ENG.
Umno sentiasa menyemarakkan isu-isu perkauman yang sensetif untuk menagih undi orang melayu. Tapi PR sentiasa bersikap muhibah dengan semua bangsa samada Cina, India atau Melayu. Kerana parti- parti dalam PR diwakili oleh semua bangsa.
Umno cuba menghapuskan bahasa perpaduan rakyat malaysiadengan berdegil melaksanakan PPSMI. Inilah bahasa perpaduan yang telah menyatupadukan rakyat Malaysia selama ini. Atas alasan kemajuan bahasa menjadi mangsa. Hanya perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat kemajuan akan dapat dicapai.
‘pikir-pikirkanlah dan renung-renungkanlah’