Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 12 Mac 2009

KEMELUT PERAK DAN PPSMI: AGENDA MELEMAHKAN MELAYU?

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 12 Mac 2009

Oleh: Salza Hedra

“Kemelut politik tanahair makin hari makin memperlihatkan seolah-olah telah diatur dan dirancang dengan baik oleh individu-individu atau organisasi tertentu demi kepentingan peribadi dan politik sempit mereka”. Begitulah ungkapan yang acapkali kita dengar dan lihat melalui cakap-cakap politik dan laman-laman blog politik. Dua perkara yang paling hangat diperkatakan adalah mengenai kemelut Kepimpinan Politik di Perak Darul Ridzuan dan PPSMI. Kedua-dua perkara ini telah mendominasi dan mewarnai wajah politik tanahair kerana ia melibatkan perihal berkaitan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri yang menjurus terus kepada perihal orang melayu. Baca baki entri ini »

Advertisement

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

AMBIL IKTIBAR SEBELUM TERKENA !

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 12 Mac 2009

Oleh: Anak Sungkai

Semua orang tahu pakatan pembangkang kini goyah. Belum pun sampai setahun, kerjasama antara PKR, PAS dan DAP berdepan dengan banyak masalah dan isu. Prestasi kerajaan campuran pembangkang juga hambar. Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng mengakui gagal mengotakan janji untuk menghapuskan kemiskinan tegar dalam tempoh setahun. Soal prestasi jugalah anatara faktor , dimana pembangkang jatuh di Perak dan makin berpecah di Selangor. Isu-isu moral dan salahguna kuasa terus melingkari beberapa pemimpin pambangkang termasuk ketuanya, Anwar Ibrahim. Apabila perbicaraan kes meliwat pembantu peribadi bermula nanti, dijangka banyak perkara akan terdedah untuk dinilai oleh rakyat. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Pemikiran, Isu Semasa | 2 Comments »