Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

ISU BAJET 2010: AHLI PARLIMEN BN KENA SEDAR?

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 31 Disember 2009

Oleh: Kawan Lama

Bajet 2010 merupakan bajet pertama yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ke 6, DS Mohd Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan. Tanggal 14 Disember 09 lalu, bajet ini hampir-hampir tidak dapat diluluskan. 66 ahli Parlimen Barisan Nasional menyokong manakala 63 ahli Parlimen daripada pembangkang tidak menyokong bajet tersebut. Kelebihan 3 undi daripada BN dalam undian belah bahagi yang dijalankan telah menyelamatkan air muka DS Najib. Sekiranya 2/3 kelebihan yang diperlukan untuk meluluskan bajet yang dibentangkan maka ia akan menjadi satu tamparan hebat kepada kepimpinan BN yang diketuai oleh DS Najib – TS Muhyiddin. Penulis amat tertarik dengan kenyataan DS Rais Yatim dalam Utusan Malaysia 31 Disember 09 mengenai perkara ini. Tumpuan beliau adalah kepada ahli Parlimen Pembangkang yang dikatakan bersikap gila kuasa dan tidak mementingkan kepentingan rakyat. Itu tidaklah dapat dinafikan. Sikap mereka dah lama pun kita tahu. Mereka mahu berkuasa. Mereka nak pastikan DSAI jadi PM. Tapia pa yang menarik perhatian penulis adalah “Bagaimana pula dengan sikap ahli Parlimen BN yang diberikan kepercayaan untuk hadir di Parliemen bagi mewakili rakyat yang tidak melaksanakan amanah tersebut ?”

Bagi ahli parlimen pembangkang, tindakan yang mereka lakukan adalah terarah kepada mahu menjatuhkan kredibiliti PM DS Najib. Biar DS Najib dilihat gagal pada kacamata masyarakat tempatan dan luar negara. Kejayaan mempersoalkan kredibiliti PM ke 5 Pak Lah dulu telah mendorong mereka untuk menggunakan taktik yang sama kepada DS Najib. Sudah semestinya ia di kemudikan oleh DS Anwar Ibrahim Pengkhianat Bangsa. DAP dan PAS ikut sahaja agenda DSAI. Kononnya mahu menunjukkan kesepakatan di kalangan parti pembangkang dalam isu ini. Kesepakatan sebegini tidak bermoral. Mereka lebih mementingkan laba politik mereka daripada kesejahteraan rakyat. Mereka lebih mementingkan diri sendiri daripada nama baik negara. Bagi mereka, apa yang mereka buat semuanya betul. Tak kira sama ada rakyat terima atau tidak. Mungkin mereka cuma nak dapat sedikit pengiktirafan dan pujian daripada Wolfowitz dan Lee Kuan Yew.

Kita pun sedia maklum bahawa pembangkang akan mengambil segala kesempatan atas isu dan ruang yang terbuka bagi dieksplotasikan oleh mereka. Peluang untuk memalukan DS Najib dan BN sukar mereka perolehi walaupun sebelum ini mereka telah cuba khususnya mengenai kes Altantuya. Kesempatan yang mereka tunggu-tunggu akhirnya datang pada 14 Disember lalu dalam sesi untuk meluluskan Bajet 2010. Ramai ahli parlimen BN tidak hadir dalam siding tersebut. Mungkin mereka sibuk dengan urusan politik atau peribadi – terserahlah. Hanya 66 daripada 139 yang datang. Masalah displin sebegini pernah ditegur oleh mantan PM Tun Mahathir. Borang kehadiran perlu diisi oleh mereka. Mereka kutuk, kata layan mereka macam budak sekolah dan macam-macam lagi.

Pada zaman Tun mereka takut. Kalau tak hadir, kemungkinan nama mereka akan terkeluar dari senarai calon pilihanraya akan datang. Namun selepas Tun, masalah sebegini timbul kembali. Apakah mereka tidak merasakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh pengundi? Apakah mereka diundi hanya bagi mereka dapat gelaran YB dan berpeluang untuk jadi menteri dan sebagainya? Apakah mereka lupa kepada tsunami PRU 12 lalu?

Pada pandangan penulis, adalah lebih baik sekiranya DS Najib dan TS Muhyiddin mengambil langkah dan tindakan keras kepada mana-mana wakil rakyat BN yang gagal menghadirkan diri dalam setiap sesi parlimen. Kita baru sahaja dikejutkan dengan kes YB Kedah yang gagal hadir ke mesyuarat DUN Kedah. Mahkamah telah pun menjatuhkan hukum menggugurkan beliau. Apakah sikap dan displin wakil rakyat BN sebegini akan menggambarkan kesungguhan DS Najib untuk memastikan rakyat yakin kepada BN dan UMNO dapat direalisasikan?

Bagi penulis, walaupun piawaian kerja wakil rakyat yang dikeluarkan tempoh hari menunjukkan ramai wakil rakyat lulus. Namun pada 14 Disember lalu, ianya tertolak dengan sendirinya apabila wakil rakyat itu sendiri tidak dapat bersama-sama dalam memastikan setiap dasar dan aspirasi kerajaan kepada rakyat dan pembangunan negara diberikan keutamaan.

Kepada YB-YB yang tidak hadir pada 14 Disember lalu, jangan lupa bahawa sekiranya budget tersebut tidak diluluskan Parlimen maka ia adalah satu tamparan yang amat besar kepada diri kamu sendiri. Apakah kamu tidak sedar bahawa PRU 13 hanya beberapa ketika saja akan muncul. Apakah kamu lupa semak jumlah undi yang kamu terima dalam PRU 12 lalu? Apakah kamu lupa bahawa setiap tindakan kamu adalah cermin kepada kerajaan BN? Janganlah masih mempunyai sikap ‘tak apa’ dan melihat bahawa kita masih ramai dalam parlimen. Sekiranya aku tak hadir, budget atau apa-apa dasar yang diperbincangkan akan mendapat kelulusan mudah. Dalam parlimen, BN kini bukan macam dulu. BN tak ada 2/3 majoriti. Silap-silap haribulan, parah dibuatnya. DSAI dan rakan beliau dalam pakatan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menjatuhkan BN. Mengapa perlu diberikan isu percuma kepada mereka? Mengapa kita berani kutuk kat orang lain tapi silap sendiri tak mahu betulkan?

Satu Respons to “ISU BAJET 2010: AHLI PARLIMEN BN KENA SEDAR?”

  1. pakcikli00 said

    Kalau BN kalah dalam pilihanraya nanti bukan pasal rakyat tak mau undi tapi pasal pembangkang letak calun bertanding.

Tinggalkan komen