Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for Januari 2010

Institusi Raja Perlu Dipertahankan Jadi Payung Rakyat Bernaung

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 26 Januari 2010

Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung

Tanah air bukan saja tempat dimana kita bermastautin, tetapi dimana kita menaruh harapan dan sanggup berjuang hingga ketitisan darah terakhir untuk kita rakyat Malaysia, tanpa perasaan cintakan tanah air rasanya macam menyewa rumah sahajalah

Kesetiaan kepada raja adalah antara asas utama kerakyatan kita. Namun sejak kebelakangan ini ada perkara berlaku yang adakalanya dapat dilihat sebagai cubaan untuk menimbulkan syak dan juga kemarahan terhadap institusi raja kita. Isi diperak umpamanya jelas menunjukkan ada pihak yang secara terang menghina istana dan sultan kerana tidak mendapat keputusan yang mereka mahu. Ada yang baring dijalan raya dan menyerang kereta yang membawa anggota diraja Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

KISAH MOHAMAD TASRIF DAN ADUKA TARUNA

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 26 Januari 2010

Oleh Kawan Lama

ALFATIHAH. Negara kehilangan dua tokoh utama Negara yang dekat dengan rakyat. Kemangkatan DYMM Sultan Johor dan tokoh negarawan ulung Tun Ghazali Shafie. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan mereka bersama para solihin. Amin.

Dua insiden yang melibatkan anak Melayu yang berlaku baru-baru ini perlulah kita amati dan renungi bersama. Kisah Mohamad Tasyrif yang menulis dalam blog beliau mengenai penglibatan beliau dalam insiden kebakaran sebuah gereja dan kini telahpun dihadapkan ke mahkamah. Manakala seorang lagi adalah penulis blog adukataruna yang menghina Almarhum DYMM Tuanku Sultan Johor yang baru mangkat pada Jumaat lalu. Insiden pertama membabitkan perihal agama manaklala insiden kedua melibatkan institusi Raja. Kedua-dua insiden ini telah lama tidak berlaku di negara kita yang mendukung prinsip Rukun Negara dan memartabatkan Perlembagaan Negara. Penulis tidak mahu meletakkan apa-apa pandangan terhadap insiden yang dilakukan oleh kedua-dua anak muda ini. Tetapi penulis ingin berkongsi pendapat dengan rakan pembaca mengenai apakah faktor yang mendorong mereka bertindak sedemikian. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

Apabila Seorang Paderi Memeluk Islam…

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 12 Januari 2010

Berikut adalah paparan video seorang bekas paderi Kristian, Ustaz Farhan yang berkongsi pengalaman beliau sebagai sorang paderi sebelum memeluk Islam. Beliau yang sebelum itu merupakan seorang paderi seterusnya mubaligh Kristian dari Sabah telah memeluk Islam setelah berdebat sebanyak 9 kali dengan penganut Islam. Sejak itu, pelbagai cabaran dan tentangan diterimanya tetapi Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Isu Semasa, Perundangan | 6 Comments »

GUGUR TUNTUTAN PENGUNAAN KALIMAH ‘ALLAH’ LANGKAH BIJAK

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 11 Januari 2010

Oleh: Kawan Lama

Isu penggunaan Kalimah “ALLAH’ oleh Gereja Katholik dalam penerbitan mingguan Herald The Catholic Weekly perlu dilihat sebagai sesuatu yang pastinya memberikan kesan kurang elok dalam keharmonian kaum dan agama di negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Ia mencabar dan suatu penghinaan kepada penganut agama Islam. Memandangkan ini merupakan sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, maka pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan politik Melayu seperti UMNO dan sebahagian kecil daripada PAS telah membuat bantahan dan laporan polis di serata pelusuk negeri.Melihat kepada perkembangan semasa yang kian membimbangkan, penulis bersependapat dengan Presiden Majlis Jaksa Pendamai, Datuk Clarence Bongkos Matakun agar pihak Akhbar Herald The catholic Weekly Sabah mengugurkan tuntutan yerhadap penggunaan Klaimah “ALLAH” dalam terbitan mereka. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan | 11 Comments »