Oleh: Kawan Lama
Bajet 2010 merupakan bajet pertama yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ke 6, DS Mohd Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan. Tanggal 14 Disember 09 lalu, bajet ini hampir-hampir tidak dapat diluluskan. 66 ahli Parlimen Barisan Nasional menyokong manakala 63 ahli Parlimen daripada pembangkang tidak menyokong bajet tersebut. Kelebihan 3 undi daripada BN dalam undian belah bahagi yang dijalankan telah menyelamatkan air muka DS Najib. Sekiranya 2/3 kelebihan yang diperlukan untuk meluluskan bajet yang dibentangkan maka ia akan menjadi satu tamparan hebat kepada kepimpinan BN yang diketuai oleh DS Najib – TS Muhyiddin. Penulis amat tertarik dengan kenyataan DS Rais Yatim dalam Utusan Malaysia 31 Disember 09 mengenai perkara ini. Tumpuan beliau adalah kepada ahli Parlimen Pembangkang yang dikatakan bersikap gila kuasa dan tidak mementingkan kepentingan rakyat. Itu tidaklah dapat dinafikan. Sikap mereka dah lama pun kita tahu. Mereka mahu berkuasa. Mereka nak pastikan DSAI jadi PM. Tapia pa yang menarik perhatian penulis adalah “Bagaimana pula dengan sikap ahli Parlimen BN yang diberikan kepercayaan untuk hadir di Parliemen bagi mewakili rakyat yang tidak melaksanakan amanah tersebut ?” Baca baki entri ini »