Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 15 Disember 2009

PAS DAN PKR BANTU DAP SEMARAKKAN API PERKAUMAN?

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 15 Disember 2009

Oleh: Kawan Lama

Penulis sekali lagi terpanggil untuk menulis artikel ini adalah berdasarkan kenyataan Nga Kor Ming baru-baru ini yang mempersoalkan mengenai perbelanjaan kerajaan Pusat sebanyak RM748.2 juta bagi membina 611 buah masjid bagi tempoh tahun 2000 hingga 2008 manakala tiada pun bantuan bagi membina rumah ibadat bukan Islam. Sebelum ini, Karpal Sing (The Sin King) mahukan Bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi kedua. Sekali lagi DAP bermain dengan sentimen tanpa mengira sensitiviti orang Islam khususnya orang Melayu. Kebiadapan DAP hari ini adalah kesinambungan mereka dalam perjuangan yang mereka warisi daripada PAP atau lebih tepat lagi Lee Kuan Yew. Hal ini tidak dapat disangkal lagi apabila DAP yang acap kali mempersoalkan isu-isu berkaitan bangsa, agama dan bahasa Umumnya tahu bahawa ketiga-tiga perkara ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutan dan tidak boleh dipersoalkan apatah lagi dijadikan bahan jajaan demi kepentingan politik Chinese Chauvinist DAP yang sempit. Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

“MCA MACAM WAYANG CINA”

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 15 Disember 2009

Oleh:- Anggerik Desa

Tak habis-habis rupanya cerita parti MCA ( Malaysian Chinese Association). Kita rasa macam tengok opera cina pula, atau wayang cina. Banyak sangat dramanya, banyak sangat suspensnya, dan banyak sangat saat mendebarkannya.

Kita harap pemimpin MCA selesaikan masalah ini, demi kebaikan MCA dan BN (Barisan Nasional). BN tak boleh menghadap pilihan raya umum akan datang dengan keadaan begini. Dahlah keadaan MIC (Malaysian Indian Congress) yang juga kelam-kabut, MCA pula ada masalah. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

KETANDUSAN IDEA, PAS MULA MENCARI KEBURUKAN UMNO..!

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 15 Disember 2009

Oleh : Putera_Adnan

Nak tergelak pun ada, apabila parti PAS semakin hari semakin tidak relevan di pentas politik tanahair. Entah apa yang mereka sumbangkan kepada negara pun tak tahu. Setiap hari hanya kedengaran gimik-gimik politik murahan mereka dijaja di sini-sana bertujuan untuk menjadikan mereka sentiasa mendapat perhatian, walapun kita sebagai rakyat marhaen disajikan dengan politik-politik murahan.

Terbaru, ketua penerangan PAS Idris Ahmad, telah mengumumkan PAS akan melaksanakan Program “Umno Pengkhianat Rakyat”, yang akan dilancarkan 9 Januari ini tahun depan . Program ini kononnya akan mendedahkan tindakan Umno terhadap orang Islam dan Melayu di negara ini. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »