Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 10 Disember 2009

PRU 13 PADA MEI 2011?

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 10 Disember 2009

Oleh: Kawan Lama

Desas-desus yang berligar di kalangan pemerhati politik tanahair menyatakan berkemungkinan PRU 13 akan diadakan lebih awal iaitu sebelum Mac 2012. Perkara sebegini bukanlah sesuatu yang mustahil kerana sebelum ini PRU pernah diadakan lebih awal dan terbarunya PRU 12 lalu yang sepatutnya diadakan pada penghujung tahun 2008 atau awal tahun 2009. Cuma perbezaannya kali ini adalah ianya berkemungkinan akan diadakan serentak dengan PR Negeri Sarawak iaitu pada Mei 2011.

Pada pandangan penulis, mengadakannya serentak dengan PR Negeri Sarawak adalah langkah bijak kerana setidak-tidaknya, ia dapat memudahkan proses pilihanraya baik bagi negeri Sarawak mahupun Persekutuan, Sarawak tak perlu lagi nak buat dua kali persediaan untuk pilihanraya. Selain itu, ia dapat juga menjejaskan strategi pakatan pembangkang khususnya DAP dan PKR yang asyik dok berusaha bersungguh-sungguh menghuru-harakan suasana politik di sana.

Sejak kebelakangan ini, pakatan pembangkang sudah mula melaksanakan ” Kempen Menghentam Kerajaan BN” secara terancang. Tindakan ini dilihat sebagai petanda awal bahawa mereka mahukan mulakan kempen awal dalam menghadapi PRU 13 kelak. Kenyataan DS Anwar untuk serang PM, Naib Presiden DAP M Kulasegaran dan serangan terhadap BTN adalah semboyan yang telah mereka bunyikan dalam usaha mereka untuk memenangi PRU 13 kelak.

Usaha memburuk-burukkan imej kerajaan BN khususnya kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Razak, bukanlah sesuatu usaha yang baru. Kelancangan suara pemimpin pakatan pembangkang terhadap isu perkauman dan agama dilihat sebagai satu usaha yang berterusan kerana ‘modal’ ini sahajalah yang mereka tahu gunakan tanpa mengira sensitiviti masyarakat majmuk dan berbilang agama. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | Leave a Comment »

PKR BERDIAM DIRI, PAS MEMBISU, UMNO TAKUT…!

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 10 Disember 2009

Oleh: Putera_Adnan

Semakin hari semakin ramai yang tidak takut dalam mempersoalkan hak orang ISLAM MELAYU.Lebih teruk lagi bila ada orang melayu yang menyokong penentangan HAK ORANG MELAYU ini. Sebenarnya kebiadaban Nga Kor Ming dari DAP dan Tun Lim Keng Yaik dari GERAKAN dalam mempersoalkan hak orang ISLAM MELAYU.

Nga Kor Ming dengan biadap mempersoalkan pembinaan MASJID di Malaysia di mana Malaysia merupakan NEGARA ISLAM dan ISLAM sebagai AGAMA RASMI MALAYSIA. Nga Kor Ming yang sebelum ini pernah mempergunakan AYAT AL-QURAN dan kini mempersoalkan keistimewaan ISLAM..

Inilah yang dimahukan oleh PAS. Inilah ISLAM yang diajar oleh PAS kepada DAP. DAP, GERAKAN, MCA, MIC, PPP, HINDRAF, PKR dan parti-parti bukan islam tidak ada hak untuk mempersoalkan KEISTIMEWAAN ISLAM !

Lim Keng Yaik pula dengan biadab mempersoalkan KETUANAN MELAYU. Pada masa yang sama Lim Keng Yaik juga bersifat perkauman apabila mengajak masyarakat bukan melayu menentang serta mempersoalkan KETUANAN MELAYU. Lim Keng Yaik perlu tahu bahawa, kami orang Melayu juga tidak takut dalam menentang mereka. Gerakan perlu sedar mereka antara penyebab BESAR BN tidak mendapat 2/3 parlimen dan kalah di P.Pinang pada PRU12.

Kita perlu ingat masyarakat melayu tidak pernah takut memperjuangkan HAK ORANG MELAYU. DAP, GERAKAN, MCA, MIC, PPP, HINDRAF, PKR dan parti-parti bukan islam tidak ada hak untuk mempersoalkan KETUANAN MELAYU !

Kita bukan bersifat perkauman tetapi mereka sudah terlalu biadap. Saya percaya ORANG MELAYU tidak takut menyahut cabaran YB IBRAHIM ALI dalam mempertahankan hak ORANG MELAYU. Tetapi, Mana pergi UMNO? Mana PAS? Sekiranya PAS dan UMNO pun berdiam apatah lagi PKR. Semua penakut, tidak ada keberanian dalam menentang kebiadaban Nga Kor Ming dan Lim Keng Yaik!

Masihkah anda ingat dengan PERISTIWA 13 MEI?? , Ingatlah bahawa ORANG MELAYU tidak takut menempuh semula peristiwa ini…! Fikir2kan lah..

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Sejarah | Leave a Comment »

DAP Rasis atau BTN Rasis ?

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 10 Disember 2009

Oleh: Putera_Adnan

Parti pembangkang kerap bertanggapan buruk dengan kerajaan malah terbaru dalam isu Biro Tata Negara (BTN), mereka menuduh kursus-kursus di BTN bersikap perkauman dan doktrin Barisan Nasional (BN) hingga kerajaan pembangkang di Selangor memboikot BTN. Namun semua itu dilihat adalah pandangan sempit pembangkang yang malu untuk mengakui keberkesanan BTN melahirkan masyarakat cintakan negara, menghormati perlembagaan serta menjadi pemimpin berjati diri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang bertanggungjawab terhadap BTN berpendapat, sekiranya pembangkang mahu meniru BTN dengan menubuhkan program modal insan SPIES di Selangor, mereka buat sahaja tanpa memburukkan BTN. SPEIS yang ditubuhkan kerajaan Selangor selepas mengharamkan pelajar mahupun kakitangan negeri tersebut untuk mengikuti kursus BTN adalah singkatan kepada program Spriritual, Fizikal, Intelektual, Emosi dan Sosial. Tuduhan pembangkang kononnya BTN mengendalikan seminar dan kursus berbau perkauman nyata tidak benar sama sekali. “Apakah dengan mengajar sejarah negara, perlembagaan atau kontrak sosial dianggap perkauman?,” soalnya…. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | 3 Comments »