Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PERPADUAN NASIONAL MEREALISASIKAN WAWASAN 2020

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 31 Disember 2009

Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung

Perpaduan nasional harus terus disuburkan oleh kerajaan dalam usaha mencapai wawasan 2020. Hal ini bukan bermakna Perpaduan Melayu tidak penting, malah seharusnye dipertingkatkan dengan kesepaduan kaum melayu maka usaha untuk meningkatkan perpaduan nasional boleh dijayakan.

Jika ditinjau dari aspek pembangunan, pemimpin Negara memang sedar ketidakseimbangan dalam pembangunan Negara. Dalam wawasan 2020 terkandung Sembilan cabaran yang perlu dilalui sebelum Malaysia mampu menjadi sebuah Negara maju.

Antara Sembilan cabaran tersebut, lapan daripadanya bersifat budaya, politik dan sosial, manakala hanyalah satu cabaran iaitu cabarahn sesembilan yang menumpukan pada aspek ekonomi.

Penekanan tersebut menunjukkan bahawa pembangunan yang seimbang harus dicapai pada kedua-dua aspek; material dan bukan material. Penekanan tersebut juga membuktikan bahawa pembangunan dari segi bukan material sangat perlu digiatkan.

Pelaksanaan pelbagai program dan dasar seperti Dasar Sosial Negara, Pelan Intergriti Nasional dan Misi Nasional yang terkandung Rancangan Malaysia Kesembilan ( RMK-9 ) juga amat penting untuk menangani cabaran yang termaktub dalam wawasan 2020.pelan yang digubal pasti berkesan jika rakyat memiliki dan praktis ideology nasional, iaitu Rukun Negara.

Semangat yang terkandung melalui lima prinsip Rukun Negara, kini semakin dilupakan khususnya dalam kalangan golongan belia sepatutnya, golongan belia perlu mengambil iktibar untuk memperkasakan dan mendaulatkan prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara kerana semua prinsip ini mempunyai nilai dan semangat luhur.

Paling penting, Rukun Negara mampu menerapkan amalan menghormati undang-undang dan masyarakat pelbagai agama serta budaya. Atas pegangan prinsip inilah rakyat majmuk kita dapat hidup aman, damai dan harmoni.

Perpaduan nasional merupakan nadi kepada kestabilan politik, pembangunan ekonomi sosial. Banyak usaha yang masih diperlukan untuk meningkatkan lagi tahap perpaduan nasional dalam kalangan rakyat Negara ini yang berbilang kaum.

Sebahagian usaha itu merupakan proses pemamtauan bagi memastikan pelaksanaan dasar dan program kerajaan mencapai matlamat yang sudah ditetapkan. Sebahagian lagi merupakan penyesuaian semula sebahagian dasar dan program yang sedia ada.

Rakyat pelbagai kaum rata-ratanya bersikap sederhana. Mereka sedar tentang kepentingan perpaduan nasional. Mereka mahu berkerjasama dan ini tidak sukar dipupuk kerana amalan sederhana, bertolak ansur, berakomodasi dan bekerjasama merupakan asas kebudayaan semua. Perkara penting dilakukan sekarang adalah memanjangkan pengalaman ini kepada perhubungan antara kaum. Dalam hal inilah, peranan pemimpin diperlukan sebagai model untuk dijadikan tauladan

5 Respons to “PERPADUAN NASIONAL MEREALISASIKAN WAWASAN 2020”

  1. aye said

    Penulis ni mcm da ketinggalan zaman…org nak menulis, dia pun nak menulis gak…..! Perpaduan nasional ni da lama da org tau…tak payah nak bangkitkan lagi….tak faham2 lagi ker?

  2. ju said

    at least dapat bantu pertandingan debat aku…

  3. mini said

    yelah adaker patut cakap mcm 2…

  4. mini said

    yelah ada kerrr patut ckp cam 2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: