Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for November 2009

KRISIS DALAMAN PAS KELANTAN MEMALUKAN UMAT ISLAM

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 24 November 2009

Oleh:- Anggerik Desa

Kalau kita kata politik itu sama, penyokong fanatik pas pula kata tidak. Krisis yang parah berlaku dalam pas sekarang adakah itu krisis islam? Kalau pas itu mengamalkan islam yang sebenar sudah tentu krisis yang dialami oleh pas sekarang tidak berlaku. Tindakan pas menggunakan agama dalam berpolitik boleh menjatuhkan maruah agama yang suci itu. Krisis yang berlaku dalam pas sekarang memalukan umat islam pada keseluruhannya

Kita semua setuju kalau ada orang kata pas itu tidak sama dengan Umno. Dari segi buruk dan baiknya, sudah ternyata kini keburukkan pas lebih teruk dari Umno. Seburuk- buruk Umno pun mereka tidak mempermainkan islam, sebaliknya Umno walaupun keserlahannya agak sederhana tetapi Umno berjaya meletakan islam teratas sekali dalam semua hal dan keadaan. Umno juga telah berjaya mengangkat mertabat dan melahirkan ramai ilmuan islam hasil dari penubuhan pusat-pusat pengajian tinggi islam dalam dan luar negara. Sebaliknya pas pula setakat hari ini hanya pandai berkokok sahaja pagi dan petang, yang nampak pas lakukan mereka sanggup menghina ilmuan-ilmuan islam termasuk mufti-mufti yang tidak menguntong dan sehaluan dengan parti mereka Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Politik | 1 Comment »

KONSPIRASI ARIFFAHMI-NIK AZIZ, ANWAR-ERDOGAN DAN DAP-PKR JATUHKAN HAJI HADI

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 23 November 2009

Oleh: Kawan Lama

Kekalutan dan masalah dalaman kepimpinan PAS semakin jelas. Kelmarin, YB Husam Musa telah menyatakan hasrat beliau untuk melepaskan jawatan dalam PAS dan sebagai exco kerajaan negeri Kelantan. Tindakan ini diambil sama ada beliau terasa hati atau kecewa dengan kemelut PAS hari ini. Berkemungkinan besar beliau berasa malu kerana telah dikaitkan dengan konspirasi untuk menjatuhkan Presiden PAS, YB TG Haji Hadi. Konspirasi ini didalangi oleh menantu YAB TG Nik Aziz, Sdr Abdul Ariffahmi. Memandangkan Husam adalah ‘anak emas’ TG Nik Aziz dan sokongan Nik Aziz amat ketara agar Husam menjadi Presiden PAS yang baru, adalah tidak keterlaluan sekiranya dikatakan, bahawa beliau terlibat sama secara langsung dan tidak langsung dalam konspirasi menjatuhkan TG Haji Hadi.

Mengambilkiran kenyataan Kickdafella pertengahan November 09 yang lalu, konspirasi untuk menjatuhkan TG Haji Hadi bermula selepas PRU 12 lalu. Gerakan yang disusun oleh Ariffahmi dan mendapat restu TG Nik Aziz ini jelas dalam proses ke arah pemilihan pucuk pimpinan parti PAS dalam Muktamar PAS ke 55 yang lalu. Proses pemilihan kali ini berbetuk en-bloc – Kumpulan Ulamak (TG Haji Hadi) vs Kumpulan Edogan (Husam) yang disokong oleh Nik Aziz. Husam dilambangkan mewakili kumpulan yang akan membawa pembaharuan kepada Pas manakala TG Haji Hadi adalah kumpulan yang tidak sezaman. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | 1 Comment »

Jangan Politikkan Pendidikan

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 23 November 2009

Oleh: Tanah Liat

ARTIKEL DR RIDUAN TEE ABDULLAH,

Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional, Malaysia.

Dari Artikel Mingguan Malaysia

SAYA amat berharap kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan Persekutuan Persatuan-persatuan Cina Malaysia (Hua Zong) supaya membantu 60 Chinese Independent Secondary School serta mengiktiraf sijil yang dikeluarkan.

Cukuplah dengan lebih 1,300 sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) yang sedia ada dan akan bertambah dari masa ke semasa. Pemisahan di sekolah rendah sudah cukup berat bagi kita untuk memperkasa masa hadapan. Apakah kita mahu terus memisahkan mereka apabila berada di sekolah menengah? Ini belum ditambah dengan IPTS yang berasaskan kaum yang begitu ketara bilangannya. Apakah ini semangat 1Malaysia? Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain | 1 Comment »

MENANTU NIK AZIZ: NAK TUMBANGKAN PRESIDEN PAS TAPI CALARKAN IMEJ MURSYIDUL AM

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 21 November 2009

Oleh: Kawan Lama

Pemecatan Syed Azidi (Kickdafella) pada awal November lalu mencerminkan ketengangan dan konflik dalaman PAS tidak pernah reda walaupun cuba dinafikan oleh pemimpin tertinggi mereka. Cadangan mengadakan EGM itu sendiri yang kemudian digantikan denga muzakarah, menambahkuatkan lagi dakwaan tersebut. Tuduh menuduh dan fitnah-menfitnah bermaharajalela dalam PAS hanya demi untuk mendpatkan kuasa di antara golongan ulamak dengan kumpulan Erdogan yang pro DS Anwar Pengkhianat Bangsa. Perkara berlaku disebabkan oleh terdapat usaha-usaha untuk menjatuhkan YB TG Hj Hadi sebagai Presiden PAS. Konspirasi ini dikatakan melibatkan Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, Nama besar yang dikatakaan turut terlibat adalah YB Husam Musa, anak didik Nik Aziz yang telah dicanang-canangkan sebagai pengganti kepada TG Hj Hadi. Walaupun tampak isu ini seolah-olah ‘sudah selesai’, namun sebenarnya jauh daripada kebenaran yang sebenarnya.

Pembongkaran Kickdafella ini telah memperlihatkan wajah sebenar PAS yang selama ini menggunakan Islam sebagai ‘topeng’ politik. Kronism, rasuah, salahguna kuasa, haloba, fitnah memfitnah, ‘tikam belakang’ dan membelakangkan kepentingan rakyat mula menjadi amalan. Budaya ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ kini menjadi pegangan. Pembongkaran ini mendedahkan juga wujudnya ‘tangan luar’ yang mengurusaturkan perubahan imej PAS masakini yang dilihat amat mudah dipergunakan untuk tujuan politik peribadi, dalam siri-siri demonstrasi jalanan dan ‘kebiadapan terhadap institusi Raja serta membelakangkan kesucian Perlembagaan Persekutuan. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Pelbagai & Lain-lain, Politik | 2 Comments »

1Malaysia sesuai ke peringkat global

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 21 November 2009

Oleh:-Mawar Berdarah

Petikan Dari Untusan Malaysia

Datuk Seri Najib Tun Razak yakin gagasan 1Malaysia yang terasnya kesatuan dalam kepelbagaian boleh dikembangkan ke peringkat global. Perdana Menteri berkata, banyak negara di dunia yang dulu merupakan negara bangsa iaitu satu negara satu bangsa kini berdepan perubahan komposisi kaum yang ketara akibat penghijrahan manusia.

”Kepelbagaian ini mencabar komuniti sesebuah negara yang dahulunya padu dan bersifat hanya satu kaum,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kemuncak Pemimpin Muda Asia 21 di sini malam ini. Najib berkata, pengangkutan udara yang semakin murah dan komunikasi lebih canggih menjadikan lebih ramai berani berhijrah tetapi pada masa sama kaum yang berhijrah tidak memeluk budaya di negara baru. Sebaliknya, kata beliau, mereka masih berpegang teguh kepada adat, budaya dan bahasa negara asal. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa | Leave a Comment »

“ANWAR TIPU WANG RAKYAT”

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 19 November 2009

Oleh:- Anggerik Desa

“Kita tidak mahu rakyat terpedaya dengan perlantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri selangor kerana sekiranya benar beliau menerima imbuhan lain selain elaun tetap RM1” pasti wang yang digunakan untuk kemudahan beliau itu adalah wang rakyat Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Politik | Leave a Comment »

Apabila kekuatan sendiri dilupakan

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 19 November 2009

Oleh: Tanah Liat

Dari Artikel Mingguan Malaysia,  Dr. Mohd Ridhuan Tee

Apabila isu sekolah satu aliran dibangkitkan, segelintir ultra kiasu mencadangkan supaya bahasa Inggeris dijadikan sebagai pengantar, bukan bahasa Melayu. Ternyata mereka mengenepikan sama sekali dan memandang rendah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bila bahasa itu dipandang rendah, tidakkah pandangan terhadap bangsa bahasa tersebut turut terpalit sama? Kiblat mereka adalah barat, bukan timur.

Justeru, tidak hairan mereka amat bangga dengan panggilan nama seperti Joe, Michael, Nicol, Amy, Martin dan lain-lain. Kadang kala naik mual mendengarnya. Megah dikaitkan dengan Kristian dan barat, namun tidak mahu langsung dikaitkan dengan Islam dan Melayu. Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

Pakatan Rakyat Gagal Di Selangor II

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 18 November 2009

Oleh: Kawan Lama

Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Selangor yang baru sahaja melantik DS Anwar Ibrahim ‘Pengkhianat Bangsa’ sebagai Penasihat Ekonomi negeri tersebut mengumumkan bahawa mereka akan mempertahankan Selangor daripada terlepas kepada Barisan Nasional (BN) dalam PRU 13 kelak. Perlantikan DS Anwar dan pengumuman ini seolah-olah memberikan isyarat bahawa terdapat dua kebenaran di sini iaitu, pertamanya; rakyat Selangor sudah mula melihat kegagalan pentadbiran PKR dan keduanya; mengenai ‘retak menanti belah’ kerjasama di antara PAS – PKR, PAS – DAP di Selangor. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 3 Comments »

ANWAR MEMANG MUDAH LUPA…

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 17 November 2009

Oleh :- Mawar Berdarah

Bukan main sakan lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim, penasihat ekonomi ‘yang bernilai RM1 sebulan’ itu membelasah Pemuda UMNO di Dewan Rakyat semalam. Sebabnya, Pemuda UMNO menggesa Menteri Besar Kelantan disiasat kerana terlibat dengan rasuah berhubung isu penajaan haji. Yang menariknya bila Anwar bin Ibrahim itu menyebut ayat berikut: “Tan Sri Yang Dipertua…kita cakap soal Melayu, ketuanan Melayu, harapan Melayu….bangsa apa ini yang boleh menghina seorang pemimpin.”

Pelik pula rasanya bila makhluk yang seorang ini bercakap tentang Melayu. Lebih pelik lagi bila dia mempersoalkan orang lain menghina pemimpin. Pak syeikh ni lupa agaknya, siapa yang mula mengajar rakyat negara ini menghina pemimpin dengan cara yang cukup biadap dan di luar batas-batas peradaban Melayu? Dia lupa kut siapa yang ‘pedajal’ Allahyarham Tun Ghafar Baba. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

PKR KINI MENUJU KEHANCURAN

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 13 November 2009

Oleh: Kawan Lama

Parti KeAdilan Rakyat (PKR) semakin hari semakin menuju ke arah kehancuran. Keretakkan dalaman amat ketara. Tembelang dan temberang PKR terserlah. Semakin lama semakin ramai tokoh-tokoh utama dalam PKR meninggalkan parti tersebut. Ada yang dari Majlis Pimpinan Pusat dan Negeri serta di kalangan wakil-wakil rakyat. Jumlah keahlian juga semakin merosot dengan ramai ahli yang telah keluar meninggalkan PKR kerana merasai diri mereka tertipu. Apa dan kenapa perkara ini berlaku terletak kepada asas penubuhannya yang terlalu sempit dan dasar parti itu sendiri – jelas memperlihatkan usaha-usaha ingin merealisasikan impian seorang tokoh kalut bernama DS Anwar Ibrahim ‘Pengkhianat Bangsa’ untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain | 2 Comments »

Golongan Wanita Hina Di Mata PAS

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 12 November 2009

oleh: Keris Terbang

“Dalam kepala saya tak ada bai’ah ini…PAS Pusat saya tak ingat”, ujar Mahaguru Datuk Nik Abdul Aziz pada 10 November 2009 di pejabatnya ketika ditanya pemberita berkaitan isu bai’ah dalam parti. Datuk Abdul Hadi juga turut menafikan perkara yang sama. “Tak payah (siasat), tidak ada (bai’ah), benda tu tidak ada…”.

Isu bai’ah dalam PAS mula timbul apabila Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khaled Abdul Samad pada 5 November lalu mendakwa wujudnya amalan bai’ah di kalangan calon wakil rakyat PAS. Semua wakil rakyat PAS sama ada ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu membuat bai’ah atau sumpah taat setia akan menceraikan isteri mereka dengan talak tiga sekiranya mereka mengkhianati parti. “Sekiranya kami mengkhianati parti maka akan tertalak tigalah isteri-isteri kami”, ujarnya ketika mengulas isi kandungan bai’ah tersebut yang sehingga kini mengundang pelbagai reaksi awam.

Pelbagai kecaman diterima PAS berhubung amalan bai’ah yang diperkenalkan sejak Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Perundangan, Politik | Leave a Comment »

Bai’ah Talak PAS:Khalid – Terlajak perahu boleh diundur…,terlajak kata? BINASA…

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 11 November 2009

Oleh: Putera_Adnan

fpbaiahtalak

Khalid Samad Akui Silap Keluar Kenyataan Mengenai Baiah; Zul Noordin Enggan Tarik Balik Kenyataan… – BERNAMA

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Abdul Samad mengakui kesilapan beliau mengeluarkan kenyataan baiah atau sumpah taat setia yang turut memberi kesan kepada wakil rakyat PAS.

Beliau yang kesal dengan kenyataan yang dilakukannya kerana mengesahkan kewujudan amalan Baiah cerai talak tiga ke atas wakil rakyat PAS, bagaimanapun enggan menarik balik kenyataan tersebut.

“Dengan itu, isu tersebut saya anggap selesai dan tidak berbangkit lagi. Saya mengakui kesilapan saya mendedahkan Baiah kerana ia antara saya dengan Allah. Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

JANGAN TANAM TEBU DITEPI BIBIR

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 10 November 2009

Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung

Tuk Najib juga beri amaran kepada pemimpin UMNO semasa mereka berkumpul di Janda Baik supaya jaga parti dengan betul. Tunjuk teladan yang baik. Cakap mesti serupa bikin. Jangan berpeluk di atas pentas. Tapi bercekak kat luar. Kalau pemimpin bercakaran, parti rosak. Amaran macam itu kenalah diambil serius, Tambahan pula dalam keadaan hari ini banyak rakyat pandang serong kepada UMNO. Persepsi terhadap umno tak begitu baik. Gambaran bahawa pemimpin UMNO rasuah, sombong, haloba dan tak dengar rintihan orang ramai. Semua ini dah jadi macam kebenaran bagi kebanyakan orang.

Pemimpin UMNO dikecam dalam blog, dalam akhbar pembangkang, dalam diskusi diinternet dan di kedai kopi. Pendeknya, “Hentam UMNO” satu budaya dalam kalangan rakyat. Orang Umno pun tumpang sekali. Ada yang lebih kuah daripada sudu. Mereka kata umno tak betul tapi tak bersedia nak buat perubahan. Macam mana UMNO nak bersih, berprinsip dan berjuang untuk nusa dan bangsa kalau orang UMNO sendiri hanya pandai bercakap dikedai kopi. Dan tumpang kecam UMNO apabila orang lain kecam UMNO. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

Kenapa perlu bai’ah?

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 10 November 2009

Oleh:- Mawar Berdarah

Petikan Dari Utusan Malaysia (NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED)

HAMPIR seluruh rakyat Malaysia terkejut dan terpinga-pinga dengan pendedahan konsep bai’ah yang dipraktikkan selama ini oleh sebuah parti yang begitu mendabik dada sebagai pejuang Islam yang tulen. Rupa-rupanya ia bukanlah suatu amalan baharu bagi mereka, cuma ia baru sekarang didedahkan untuk perhatian orang ramai.

Sebagai sebuah masyarakat yang sangat mementingkan ikatan kekeluargaan dan kasih sayang, agak sukar untuk kita menerima amalan yang boleh diklasifikasikan sebagai ‘kejam’ dan ‘zalim’ bukan sahaja kepada kaum wanita tetapi kepada seluruh masyarakat negara ini. Apalah salah dan dosa kaum isteri sehingga mereka menjadi mangsa kerakusan nafsu politik si suami? Ia umpama ‘marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar’. Yang bersalah orang lain tetapi orang lain yang dipaksa menerima akibatnya. Di mana keadilan dan pertimbangan mereka yang kononnya sentiasa memperjuangkan agama Islam di negara ini. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

Fantasi mewujudkan sekolah satu sistem

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 9 November 2009

Oleh: Tanah Liat

ARTIKEL DR RIDUAN TEE ABDULLAH,

Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional, Malaysia.

Dari Artikel Mingguan Malaysia

Isu satu sekolah, satu sistem pendidikan bukanlah satu perkara baru. Ia telah dibahaskan sejak dahulu lagi. Keadaan masih sama dan tidak banyak berubah. Jawapannya, mudah sahaja, pendidikan telah dipolitikkan.

Jika bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan tidak dapat dimartabatkan bagaimanakah kita boleh pergi lebih jauh daripada itu? Kita mempunyai peruntukan dalam perlembagaan, tetapi ia tidak digunakan atau dikuatkuasakan.

Kita sibuk melayani tuntutan dan desakan politik segelintir kumpulan ultra kiasu. Akhirnya, bahasa dan sistem pendidikan tidak dapat diperkasakan di bumi sendiri. Bila ada ura-ura untuk mewujudkan satu sistem pendidikan, maka golongan ultra kiasu ini akan bangun menentang. Pada mereka, peninggalan nenek moyang mesti dipertahankan bermati-matian. Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

‘Baiah Pas mempertuhan politik’

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 9 November 2009

Oleh:- Haspaizi Mohd Zain dan Zanariah Abd Mutalib

 

Mufti anggap jatuh talak isteri sertai parti lain persendakan perkahwinan

KUALA LUMPUR: Amalan baiah atau sumpah taat setia akan jatuh talak tiga terhadap isteri wakil rakyat Pas yang mengkhianati parti itu dengan menyertai parti lain, adalah tindakan mempertuhankan politik dan demokrasi Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Politik | 1 Comment »

Waspada ‘tajdid’ Wahhabi

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 9 November 2009

Oleh: Tanah Liat

Artikel Ahli Jawatan Kuasa Pengawalan Akidah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Mahfuz Muhamad

MUKADIMAH
pict 200

MALAYSIA adalah negara yang mengamalkan akidah Ahli Sunah Wal Jamaah (ASWJ) dan bersandarkan kepada mazhab Imam Shafie.Walaupun aliran ini dominan namun, terdapat juga cubaan menyebar fahaman lain dalam kalangan umat Islam. Antaranya adalah aliran Wahhabi.Benarlah sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Demi diri Muhammad yang berada di tangan-Nya, pasti akan berpecah umatku kepada 73 firqah, hanya satu ke syurga dan 72 ke neraka”. Baginda ditanya: Siapa mereka? Baginda bersabda: Mereka adalah al-Jamaah”. (riwayat Ibn Majah)

Aliran Wahhabi ini pula bukanlah baru keranaia sudah menjadi bualan masyarakat Islam di Malaysia sejak 1940-an lagi.Selain dikenali dengan aliran Wahhabi, ia juga kenali sebagai Aliran Kaum Muda pada sekitar tahun 30-an. Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain | 2 Comments »

Bai’ah Talak Tiga Permainan PAS kini

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 9 November 2009

Oleh: Tanah Kubur

Pengakuan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tentang wujudnya bai’ah atau sumpah menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya ada wakil rakyat Pas berhenti atau keluar parti, agak menggemparkan.

Walaupun cakap-cakap mengenai perkara itu sudah kedengaran ketika isu lompat parti hangat diperkatakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, ia masih tinggal sebagai desas-desus kerana pemimpin Pas mengunci mulut. Maka apabila Khalid membuat pengakuan itu, ia membongkarkan apa yang sudah membuak-buak tersimpan sebagai rahsia yang menanti pecah. Kita percaya pendedahan itu bukan sahaja mengejutkan orang ramai malah di kalangan para pemimpin dan ahli parti itu sendiri.

Pelbagai pihak termasuk ulama seperti Mufti Perak, Harussani Zakaria dan Profesor Dr. Mahmood Zuhdi serta badan bukan kerajaan (NGO) Islam membantah bai’ah tersebut yang bercanggah dengan amalan dan nilai Islam sebenar. Beberapa pemimpin pembangkang terutama DAP dan Kelab Penyokong Pas turut mempersoalkannya. Asas bantahan semua pihak cukup jelas iaitu isteri dan perkahwinan yang dilihat mulia tidak sepatutnya menjadi bahan pertaruhan hanya kerana politik. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa | Leave a Comment »

Jadikan Perlembagaan negara sebagai subjek teras

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 6 November 2009

oleh:- Mawar Berdarah

MALAYSIA sudah merdeka lebih 52 tahun. Sejak itu, pelbagai kemajuan telah dicapai. Sehingga kini, pelbagai gelaran positif diberikan oleh masyarakat luar kepada negara.Namun dalam keadaan itu, masih terdapat rakyat yang dihimpit dilema dan tidak yakin untuk berbangga sebagai rakyat negara tercinta ini. Ada yang mempertikaikan hak-hak yang dinikmati oleh kaum-kaum tertentu.Ramai yang lupa atau sengaja membelakangkan hak-hak yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam keadaan ini, di manakah kesedaran kita sebagai rakyat Malaysia untuk menghayati Perlembagaan Persekutuan yang membawa kita ke tahap ini. Perlembagaan negara telah menggariskan susur galur hak-hak orang Melayu dan Raja-Raja Melayu sebagai “payung” negara. Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen dan pemerintahan bercorak raja berperlembagaan.Itulah yang diamalkan sejak merdeka dan ia termaktub juga di dalam Perlembagaan.Hak-hak asasi sebagai warganegara juga terkandung di dalam Perlembagaan itu. Setiap hak bagaimanapun perlu digunakan mengikut lunas-lunas perundangan sebagaimana yang termaktub di dalam Rukunegara iaitu “Kedaulatan Undang-Undang” dan “Keluhuran Perlembagaan”. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

Destinasi roket bukan ke bulan

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 4 November 2009

Oleh: Tanah Liat

ARTIKEL DR RIDUAN TEE ABDULLAH

Dari Artikel Mingguan Malaysia

SEBAGAI umat Islam kita mesti percaya dan patuh apa jua yang datang daripada Allah SWT, kerana kita adalah makhluk ciptaannya. Namun, pada masa yang sama kita juga perlu tahu realiti politik negara dan masyarakat kita.

Bolehkah diwujudkan negara Islam yang melaksanakan hukum Islam jika penduduk negara ini tidak solid atau hampir seratus peratus Islam. Bagaimanakah kita mahu paksa bukan Islam yang hampir 50 peratus menerima hukum Islam? Mungkin kita akan berhujah, hukum Islam adalah untuk orang Islam sahaja. Manakala bukan Islam berhukum mengikut ajaran agama mereka. Persoalannya, pernahkah parti atau mereka ultra kiasu bersetuju dengan idea tersebut? Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

1MALAYSIA CABAR KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 2 November 2009

Oleh: Kawan Lama

Lim Kit Siang (DAP) menyuarakan bahawa 1Malaysia adalah suatu konsep yang gagal dan tidak menepati kehendak dan acuan warga Malaysia. Konsep ini tidak akan berjaya kerana ia tidak diterima oleh warga Malaysia secara total. Apa yang beliau sebenarnya maksudkan pada pandangan penulis, Lim Kit Siang dan DAP melihat ia adalah sesuatu yang di bawa oleh UMNO. Apa sahaja yang di bawa oleh UMNO mempunyai konotasi atau ikatan dengan Melayu.Tambahan pula, DAP mempunyai konsep Malaysian Malaysia yang diadaptasikan daripada Singapura ciptaan Lee Kuan Yew. Lantaran itu, 1Malaysia yang jauh lebih baik daripada Malaysian Malaysia jajaan mereka. Mungkin begitulah juga pandangan pakatan pembangkang yang lain termasuk PKR dan PAS. Apakah benar bahawa konsep 1Malaysia gagal menepati senario dan kehendak warga Malaysia? Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

SATU MALAYSIA MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 2 November 2009

Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung

Gagasan Satu Malaysia bukanlah fomula baharu kerana menurut Najib, Satu Malaysia merupakan kesinambungan gagasan utama Perdana Menteri terdahulu – Tunku Abdul Rahman Putra Al – Haj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr.Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi. Barisan kepemimpinan inilah yang memandu hala tuju Malaysia selama 52 Tahun Negara ini Merdeka.
Satu Malaysia merupakan gagasan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan menerapkan lapan nilai untuk mencapai matlamat tersebut, lapan nilai tersebut ialah ketabahan, penerimaan, pendidikan, integrity, meritokrasi, rendah diri dan budaya cemerlang.

Satu Malaysia tidak terpisah daripada dasar kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN), sebaliknya pelengkap kepada dasar yang sedia ada untuk menjamin kestabilan kearah mencapai pembangunan negara. Satu Malaysia merupakan fomula yang menjadi prasyarat untuk memastikan aspirasi negara mencapai status negara maju menjelang 2020 tercapai. Menerusi gagasan tersebut, Najib mahu memastikan bangsa Malaysia tanpa mengira warna kulit dan agama bersama-sama menggembleng tenaga mencapai wawasan 2020. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | 1 Comment »

1Malaysia, Perspektif Generasi Merdeka

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 2 November 2009

Oleh: One Nation Em-c

one nation em-c

Sesebuah negara yang majmuk seperti Malaysia amat memerlukan pelbagai konsep dan formula penyatuan rakyat jelatanya ke arah pembinaan satu negara bangsa yang kukuh, muafakat, progresif dan makmur. Konsep seperti ini juga diperlukan supaya generasi merdeka Malaysia mempunyai aspirasi yang serupa, melangkah ke destini yang sehala, dan sentiasa megah untuk mengibarkan panji-panji perjuangan negara pada setiap masa.
Pengaplikasian konsep ini memerlukan komitmen, kebijaksanaan dan ketegasan di kalangan pemimpin. Ia menuntut kematangan minda, toleransi dan pengorbanan di kalangan warga. Ia juga mengharapkan sumbangan ikhlas daripada seluruh organisasi masyarakat sivil dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk sama-sama mendukung serta menjayakannya.

Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan konsep 1Malaysia sebaik-baik sahaja beliau mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia yang keenam pada April 2009 yang lalu. Ia adalah konsep pembangunan negara bangsa Malaysia yang mencerminkan kesungguhan Perdana Menteri yang sentiasa berusaha untuk menyatupadukan warganegara majmuk.
Ia bermatlamat supaya kepelbagaian sosio-budaya dan ekonomi rakyat dapat dicanai dan digemblengkan menjadi ciri-ciri kekuatan nasional yang kemudiannya dapat diterjemahkan menjadi strategi pembinaan negara bangsa. Ciri-ciri kekuatan nasional ini juga boleh digunakan untuk mencorak dan melaksanakan program pembangunan insan, pembangunan negara dan pembangunan ekonomi, di samping memperkasakan keupayaan Malaysia menembusi aneka peluang serta aktiviti ekonomi dan perdagangan antarabangsa. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Sejarah | Leave a Comment »