Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 8 Disember 2009

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 8 Disember 2009

Oleh:- Sahabat Mantap

Dari Petikan Utusan Malaysia

BANKRAP idea, mencari perhatian dan melihat sejarah secara salah adalah kesimpulan Awang terhadap rakyat Malaysia yang terus mempersoalkan ketuanan Melayu di negara ini.Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran adalah antara orang terbabit apabila menegaskan tidak akan berhenti mempersoalkan isu tersebut. Apakah dakwaan beliau untuk berbuat demikian kerana kononnya bimbang akan masa depan hubungan antara kaum boleh diterima?

Apakah pula sejak merdeka kita berdepan dengan masalah hubungan kaum yang kronik setelah semua kaum menyedari wujudnya ketuanan Melayu serta hak-hak kaum lain seperti yang terkandung dalam Perlembagaan negara?
Bukankah langkah untuk mempersoalkan ketuanan Melayu dan hal- hal yang berkaitan dengannya akan menjejaskan hubungan kaum yang sedia terjalin di negara kita? Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran | Leave a Comment »

Sedarlah Melayu lupa diri

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 8 Disember 2009

Oleh :- Sahabat Mantap

Dari Petikan Utusan Malaysia

MALAYSIAKINI baru-baru ini menyiarkan artikel seorang Melayu produk Mara yang menulis mengenai betapa kejamnya BTN, tajuk artikel tersebut adalah BTN: Divisive, racist, politically-motivated.Oleh kerana ia disebut sebagai pendedahan berani oleh wanita “Maluyu” produk Mara, artikel tersebut disokong oleh bukan Melayu. Malah mungkin Mariam Mokhtar merasakan diri beliau begitu hebat sekali, begitu Malaysia dan jujur.

Oleh kerana ia artikel berbayar dan saya tidak mahu buang duit untuk membaca coretan orang kecewa, di bawah adalah sebahagian petikan artikel beliau;
“For me, the seeds of poison were planted decades ago. Just before I went overseas to study, I was sent for ‘orientation’ at a Mara hostel to ostensibly prepare myself for life abroad. That weekend was a blur, and I recall four things:
1) Blocked toilets and flooded communal bathrooms.
2) Basic food, thus a friend’s sister dropped off much needed rations of chocolates and ‘kacang’.
3) How to wash your ‘smalls’ (underwear) in a cold country and have them dry by the next morning.
4) We assembled in small groups for out-of-door talks, in the school grounds. We were told that the Malays were the most supreme race in the world, we were God’s chosen few, that the others were insignificant. We were warned about certain elements in our society…” Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa | 2 Comments »

ISTERI JADI PERCATURAN?..

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 8 Disember 2009

Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung

Parti ini yang Kononnya menonjolkan keislamannya lebih daripada yang lain. Parti inilah yang mengatakan parti lain tak Islam sepertinya, malah ada pemimpinnya mengatakan, kalau nak masuk syurga, hanyalah melalui parti itu. Kita tak Kisahlah dakwaan macam itu. Parti politik, yang pakai nama Islam atau tidak, sama saja. Semuanya nak berkuasa. Yang jadi pemimpin nak memerintah. Adat berpartilah kata orang. Tapi kita hairan, apabila ada pemimpin yang menggunakan perkahwinan sebagai percaturan politik. Mereka gunakan isteri mereka sendiri sebagai tanda setia mereka pada parti kononnya.

Mereka istiharkan “ baiah “ Sanggup menceraikan isteri sendiri sekiranya mereka buat sesuatu yang bersalahan dengan prinsip parti. Begitulah lebih kurang. Tak payahlah kita komen panjang lebar perkara ini. Dah terlalu banyak kita dengar hal ini dicakapkan dalam surat khabar, televisyen, dan di kedai kopi. Banyak sangat kita dengar kemarahan orang ramai fasal hal itu, terutamanya para isteri. Sampai situkah matlamat berpolitik kita? Itu yang kita tak faham. Sampai sanggup buat apa saja demi taasub pada parti? Itukah cara islam, Sampai sanggup menjatuhkan talak sekiranya tidak setia pada parti? Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

Anwar, Pas, DAP hancurkan Melayu Islam

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 8 Disember 2009

Oleh:-Mawar Berdarah

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menegaskan, orang Melayu akan hancur selagi terus menyokong bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan konco-konconya. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali (gambar) menegaskan, orang Melayu juga tidak boleh bergantung kepada Pas kerana parti itu hanya mempergunakan agama Islam dan menjadi tunggangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP. Pada masa sama, katanya, kehancuran orang Melayu akan lebih kritikal jika tidak bersatu menentang DAP yang semakin melampau dan kurang ajar memijak kepala penduduk bumiputera dan Islam.

”Ini merupakan tiga ancaman yang boleh menghancurkan orang Melayu di negara ini. Tidak ada makna pembangunan pesat negara kalau Melayu akhirnya hilang kuasa di negara sendiri. ”Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, perkembangan ini kalau tidak ditangani dengan betul, Melayu boleh jadi bangsa Palestin dan Melayu Singapura yang kehilangan negara,” katanya. Beliau berucap di hadapan kira-kira 2,000 orang pada ceramah perdana mengenai isu-isu semasa di Dataran Kampung Paya, Batu Kurau dekat sini malam tadi. Menurut Ibrahim, kejahatan Anwar, yang dahulunya ditatang ‘bagai minyak penuh’ semasa zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dihukum Allah SWT ‘secara tunai’ di dunia ini kerana sikapnya itu. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »