Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 11 Disember 2009

TAK SAMA TAPI SERUPA

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 11 Disember 2009

Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung

Bercakap fasal perpecahan parti, jangan ingat MCA atau MIC saja, jangan lupa PKR dan PAS (Parti Islam Se–Malaya). Kadang-kadang kita tumpu hanya pada masalah parti dalam BN saja, kita lupa PKR dan PAS ada masalah perpecahan juga. Mereka pun jangan kata, krisis dalaman masalah parti dalam BN.

Tengoklah apa jadi pada PKR sekarang. Lepas sorang, sorang pemimpinnya keluar. Lepas sorang, sorang bekas pemimpinnya membuat kenyataan mengecam parti itu. Semua orang tahu, ada orang yang sangat berpengaruh dalam parti yang sebenarnya lebih kuat daripada mana-mana pemimpin lain. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

PEMBANGKANG PENGECUT, PERKUDAKAN NGO…

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 11 Disember 2009

Oleh: Putera_Adnan

Trend baru dikalangan pihak pembangkang adalah menggunakan NGO (Bersih) dan Pertubuhan keagamaan (Hindraf) untuk melaksanakan gimik politik jalanan mereka melalui demonstrasi dan perhimpunan haram. Kedua-dua perhimpunan yang berlangsung di ibu negara akhir-akhir ini dilihat telah menjadi medan untuk para pemimpin pembangkang membina platform ‘political milage’ mereka dengan cara keji dan terkutuk.

Menyedari bahawa budaya demonstrasi jalanan yang berakhir dengan keganasan bukanlah pendekatan popular untuk menarik undi ehsan majoriti rakyat negara ini, namun pendekatan sebegini adalah paling mudah serta cepat untuk mempopularkan diri mereka di kalangan rakyat negara ini sekali gus turut menarik perhatian dunia luar dalam memburukkan imej negara dibawah kerajaan Barisan Nasional (BN). Umum telah ketahui bahawa Bersih merupakan sebuah NGO yang didokong oleh orang-orang kuat di dalam PKR, manakala para pengikut dan penyokong NGO ini adalah terdiri daripada penyokong taksub parti-parti pembangkang seperti PKR dan Pas. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »