Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 21 Disember 2009

PERSETUJUAN MAUT, PAKATAN RAPUH?

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 21 Disember 2009

Oleh: Kawan Lama

Kelmarin Pakatan Pembangkang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS telah menandatangani satu perjanjian bersama dalam memastikan kerjasama dan pakatan mereka dizahirkan sebagai sesuatu yang nyata demi mewujudkan satu parti bersama dalam PRU-PRU yang mendatang. Sejarah baru dalam lembaran politik tanahair ini tercipta. Secara langsungnya perjanjian ini mewujudkan apa yang dipanggil ‘two party system’ di Malaysia iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Walau apa pun yang terjadi selepas ini, tiada lagi parti pembangkang yang dibenarkan memperjuangkan doktrin atau falsafah perjuang mereka walaupun dalam konteks seperti kebiasaan yang mereka amalkan sejak lebih 50 tahun lalu. Tujuan utama dan terpenting kewujudan sebuah parti baru bagi gabungan parti-parti pembangkang ini adalah tumbangkan kerajaan BN di bawah satu bendera. Justeru itu, PAS tidak boleh lagi membawa perjuangan Islam mereka. DAP tidak dibenarkan pula bercakap pasal Malaysian Malaysia @ Chinsese Chauvinist. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

PR Bakal Menuju Ke Arah Perpecahan… !

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 21 Disember 2009

Oleh: Putera_Adnan

Konvensyen Pakatan Rakyat yang buat pertama kalinya diadakan di Shah Alam pada 19 Disember telah dengan secara rasminya menyatukan tiga sekutu dalam pakatan campuran iaitu PKR, biaDAP dan PAS. Tujuan atau matlamat utama mereka adalah untuk mendapat tempat di hati rakyat, sedangkan kewujudan pakatan tersebut lambat laun bakal menuju perpecahan. Apa tidaknya, kewujudan pakatan campuran ini umpama sandiwara yang hanya sekadar untuk mengelirukan rakyat, sedangkan dari segi realitinya rakyat sudah muak dengan sandiwara para pemimpinnya. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 3 Comments »