Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PKR KINI MENUJU KEHANCURAN

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 13 November 2009

Oleh: Kawan Lama

Parti KeAdilan Rakyat (PKR) semakin hari semakin menuju ke arah kehancuran. Keretakkan dalaman amat ketara. Tembelang dan temberang PKR terserlah. Semakin lama semakin ramai tokoh-tokoh utama dalam PKR meninggalkan parti tersebut. Ada yang dari Majlis Pimpinan Pusat dan Negeri serta di kalangan wakil-wakil rakyat. Jumlah keahlian juga semakin merosot dengan ramai ahli yang telah keluar meninggalkan PKR kerana merasai diri mereka tertipu. Apa dan kenapa perkara ini berlaku terletak kepada asas penubuhannya yang terlalu sempit dan dasar parti itu sendiri – jelas memperlihatkan usaha-usaha ingin merealisasikan impian seorang tokoh kalut bernama DS Anwar Ibrahim ‘Pengkhianat Bangsa’ untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

PKR tertubuh atas dasar kekecewaan seorang tokoh besar mereka DS Anwar Ibrahim yang telah dipecat daripada kerajaan dan parti UMNO semasa beliau menjawat jawatan sebagi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO yang hanya tinggal beberapa bulan sahaja akan ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Demonstrasi jalanan adalah mekanisme utama yang digunakan. Kroni dan mereka yang mendapat kelabaan semasa DS Anwar ‘Pengkhianat Bangsa’ ini berkuasa dalam kerajaan dan parti telah diarahkan untuk membawa kekecewaan beliau ke jalanraya. Demonstrasi jalanan yang mereka (sekumpulan NGO dan Parti Pembangkang) lakukan ini telah memberikan idea untuk mereka mewujudkan gerakan yang dikenali sebagai Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) yang di kelapai oleh Sdr Ezam pada tahun 1999. Setelah mendapat puji-pujian daripada Al Gore Timbalan Presiden Amerika di Kuala Lumpur, pendokong demonstrasi jalanan ini menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL).

Penubuhan GERAK dan ADIL ini mendapat sokongan daripada parti-parti pembangkang seperti DAP, PAS dan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PRM) kerana ianya memberikan ‘political mileage’ kepada mereka. Di sinilah bermulanya ‘kerjasama tidak ikhlas’ di kalangan mereka atas motif dan kepentingan yang berbeza.

Melihat perkembangan ini, mereka merasakan bahawa wadah/saluran politik perlu diwujudkan. Malalui wadah politik inilah, usaha untuk membebaskan DS Anwar dan mengheret Tun Mahathir ke mahkamah dapat direalisasikan. Hal ini akan memperkukuhkan tuntutan melalui demonstrasi jalanan dan mewujudkan mahkamah jalanan.

DS Anwar dipercayai telah mengarahkan agar ADIL cuba untuk mendaftarkan organsisasi mereka sebagai entiti parti politik. Namun telah ditolak oleh pendaftar pertubuhan. Mereka tidak berhenti disitu. Ds Anwar yang diyakini telah member ‘bantuan’ kepada sebuah badan politik kecil iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (IMIM) yang ditubuhkan pada tahun 1990 telah diambil alih oleh gerakan reformasi ini. Justeru itu, pada tahun 1999, IMIM digantikan nama menjadi Parti KeAdilan Nasional (PKN). Maka bermulalah episod baru dalam perjuangan membebaskan DS Anwar Pengkhianat Bangsa ….. melalui saluran politik dibawah telunjuk DS Pengkhianat Bangsa.

Pada PRU 10 (1999), kerjasama pembangkang dalam Barisan Alternatif telah memberikan PKN 5 kerusi Parlimen dan beberapa kerusi DUN. Rakan kerjsama mereka juga khususnya daripada PAS mendapat kemenangan bergaya dan PAS menguasai Terengganu. Selepas PRU 10 inilah PKN dan PRM mula membuat perbincangan untuk bergabung. Penggabungan ini berlaku kerana PRM dipercayai telah tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dan faktor ketiadaan tokoh dalam PRM itu sendiri menyebabkan mereka bersetuju untuk bergabung dengan PKN walaupun kehilangan perkataan “Sosialis”. Pada tahun 2003 Parti KeAdilan Rakyat dilancarkan. Namun kelulusan pendaftarannya hanya diperolehi selepas PRU 11 (2004).

PKR mendapat semangat baru apabila DS Anwar ‘Pengkhianat Bangsa’ ini dibebaskan atas sebab teknikal setelah enam tahun meringkuk dalam penjara Sg Buluh. Pergerakan beliau semakin panjang langkahnya. Lawatan ke luar negara dan pertemuan demi pertemuan dilakukan dengan ‘rakan baik’ beliau kumpulan Neo-Conservative seperti Paul Wolfowitz (Yahudi Amerika yang terlibat secara langsung dalam menghancurkan Iraq, Palestin dan Afghanistan) bagi menyusun semula gerakan politik dan peranan beliau. Langkah tunggu dan lihat beliau akhirnya membuahkan hasil apabila masalah dalaman parti-parti komponen BN dan kelemahan kepimpinan menjadi bahan hentaman utama dalam PRU 12 lalu. Kempen ‘Asal Bukan UMNO’ dan ‘MCA Tolong Melayu’ serta ‘MIC tidak Membela Kaum India’ dilaungkan. Untuk menambahkan lagi kecelaruan politik tanahair dalam PRU 12 lalu, bekas Perdana Menteri/Presiden UMNO Malaysia, Tun Mahathir mula menghentam kepimpinan Tun Abdullah dan telah keluar dari UMNO. Ini menjadikan bahan utama yang dilayarkan dan dinyanyikan oleh setiap parti pembangkang. Walaupun berlakunya Tsunami politik di mana BN gagal mengekalkan 2/3 majoriti dan kehilangan 5+1 negeri,

Tanpa wujudnya kerjasama/ Pakatan Pembangkang, Kelantan memang mutlak kepada PAS yang memenangi 38 kerusi, manakala BN 6 dan PKR 1. Di Kedah, PAS layak dan mutlak menerajui kepimpinan negeri kerana mendapat 16 kerusi DUN iaitu dua (2) kerusi lebih daripada BN manakala hanya satu (1) bagi DAP dan satu (1) Bebas serta empat (4) bagi PKR. Begitu juga di Pulau Pinang di mana DAP mendapat 19 kerusi manakala BN 11.

Namun apa yang menarik perhatian kita semua adalah mengenai Perak dan Selangor. Pakatan pembangkang diwujudkan hanya untuk memastikan DAP mendapat satu lagi negeri (Perak) dan PKR mendapat satu (1) negeri iaitu Selangor. Tanpa pakatan tersebut, BN adalah merupakan peneraju kepimpinan bagi kedua-dua negeri tersebut. Kerjasama/pakatan ini telah memberikan keuntungan kepada PKR kerana dapat menerajui kepimpinan negeri Selangor. Di Perak, disebabkan Undang-Undang tubuh negeri, maka DAP yang sepatutnya menjadi peneraju kepimpinan negeri terpaksa menyerahkannya kepada PAS. Namun disebabkan tiga ADUN mereka satu (1) daripada DAP dan dua (2) daripada PKR keluar parti dan mengumumkan menyokong BN, maka BN telah menjadi peneraju kepimpinan negeri tersebut pada hari ini.

Keretakkan dalam PKR telah lama wujud. Ia bermula sejak awal penubuhan parti tersebut. Bermula sebagai satu gerakan demonstrasi jalanan demi untuk membebaskan DS Anwar Pengkhianat Bangsa dan akhirnya apabila bertukar sebagai badan politik. Sebagai badan NGO, mereka tidak mempunyai banyak masalah, namun apabila menjadi parti politik dan akhirnya membawa kepada kerjasa/pakatan dengan DAP khususnya dan PAS amnya, maka ramai di kalangan mereka yang menjadi teras dan nadi kepada penubuhan PKR mula mengesan kepincangan dan perubahan arah perjuangan parti tersebut.

Semakin hari semakin banyak ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) mula menyedari siapa sebenar yang memimpin parti tersebut terutama penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Nama-nama besar dan berpengaruh yang pernah bersama-sama Anwar dan sudah menyedari wajah hipokritnya dengan keluar dari PKR, antaranya ialah:

1. Dr. Chandra Muzaffar (bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional)

2. Marina Yusof (bekas Naib Presiden Parti Keadilan Nasional)

3. Zainur Zakaria (bekas Naib Presiden Parti Keadilan Nasional dan bekas peguam bela Anwar Ibrahim)

4. Ruslan Kasim (bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional)

5. Abdul Rahman Othman (bekas Bendahari PKR dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Malaysia)

6. Anuar Tahir (bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Nasional)

7. Mohammad Mustafa (bekas Pengerusi Keadilan Kelantan)

8. Datuk K. Nallakaruppan (bekas Ketua PKR Bahagian Kepong dan sahabat karib Anwar Ibrahim)

9. Ezam Mohd Noor (bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

10. Lokman Nor Adam Ketua AMK Johor)

Nama individu-individu di atas telah meninggalkan parti sebelum wujudnya pakatan pembangkang selepas keputusan PRU 12 lalu. Namun selepas pakatan di antara parti pembangkang berlaku, makin ramai di kalangan ahli PKR telah mengisytiharkan diri mereka keluar daripada PKR atas alasan yang sama:

1. YB Jamaluddin Mat Radzhi Behrang Perak

2. YB Othman Jailu Changkat Jering Perak

3. YB Badrul Hisham Abdullah, Klang Selangor

4. YB Radzi Salleh Lunas Kedah

5. Zamil Ibrahim Bekas Setiausaha Ahli Parliem Merbok/Exco Pemuda PKR Pusat

6. Jeffrey Kitingan Naib Presiden

7. Christina Liew Timbalan Pengerusi Negeri/Timbalan Ketua Wanita

Di sini disertakan beberapa kenyataan-kenyataan oleh pemimpin dan ahli PKR kenapa dan mengapa mereka meninggalkan parti :

1. Anuar Shaari, bekas Ketua PKR Bahagian Permatang Pauh dan bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim

  “Saya mengambil keputusan ini kerana begitu kecewa dengan hala tuju parti yang terlalu banyak politiking, sandiwara dan sikap pemimpin atasan yang double standard.”

 “Saya telah mengenalinya selama 30 tahun, saya melawatnya semasa beliau dipenjara di Sungai Buloh, begitulah rapatnya persahabatan kami, dan apabila beliau mengajak saya menyertai PKR, saya pun menyertainya kerana saya fikir PKR boleh membela nasib kaum India, (rupanya) saya tersilap.

2. Datuk K. Nallakaruppan, bekas Ketua PKR Bahagian Kepong

 “Saya dikecewakan dan kini saya sedia mengorbankan persahabatan saya dengan Anwar (Ibrahim) kerana kini saya tahu kaum India tiada tempat dalam parti ini.”

3. Ezam Mohd Noor, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia dan bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim

“Saya tidak nampak keikhlasan di kalangan pucuk pimpinan parti itu untuk menyelesai krisis dalam PKR. Saya sudah hilang kepercayaan terhadap keikhlasannya (Anwar) untuk memperkukuhkan parti.”

4. Safaruddin Md. Amin, bekas Ketua Penaja PKR Sik

“Kami kecewa dengan apa yang berlaku dalam parti ini, ada budaya cantas-mencantas dan membelakangkan ahli (PKR).”

5. SD Mohamad Johari Yasin, bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Malaysia

“Saya SD Mohamad Johari Haji Yasin, berkuat kuasa 4 haribulan Julai 2007, meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan Bahagian Shah Alam dan dengan ini mengisytiharkan keluar dari PKR kerana sudah tidak lagi yakin kepada keikhlasan dan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

6. Mohd Zukri Aksah, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Pahang

“Saya cuma meninggalkan parti, parti yang dulunya sangat saya percaya boleh mengungguli sebuah perjuangan, tetapi hari ini telah sarat dengan permainan politik yang tiada kesudahan. Besar tulisan di muka depan Suara Keadilan kononnya “Anwar Mampu Satukan Pembangkang,” tetapi sedih perselisihan Ezam-Azmin diambil mudah oleh Anwar, tidak pernah menawarkan satu jalan penyelesaian yang ampuh dan munasabah.

“Parti ini sudah rosak akidah perjuangannya, keutamaannya adalah kedudukan pemimpin besar tertentu dan permainan politik berkaitan dengan bagaimana mempertahankan kedudukan itu, serta bagaimana menghalang orang lain untuk mencapai makam yang sama. Agenda rakyat sudah terkebelakang, isu rasuah tinggal sebagai rencah ceramah, bukan lagi berupa gerakan penentangan, reformasi tercicir di dalam peraturan tetap Angkatan Muda sekadar hiasan slogan, itupun peninggalan zaman edan Ezam.”

“Mungkin tindakan saya memasukkan bendera-bendera dan dokumen parti ke dalam karung dan kotak ini kelihatan keterlaluan tetapi saya ingin beritahu inilah nasib pemimpin dan anggota bawahan seperti kami. Selama ini kami berjuang untuk parti tetapi langsung tidak dihargai.

7. Aminah Abdullah, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang

“Rakan-rakan yang masih berada dalam parti jangan marah dengan tindakan saya ini tetapi fikirlah mengenai pengorbanan kita selama ini. Saya tidak menghasut sesiapa meninggalkan parti tetapi percaya masing-masing mampu berfikir dengan rasional.”

8. Mustafa Khalid Hanafi, bekas Pengarah Pilihanraya PKR Kedah

“Kami bukan gila harta duniawi seperti mereka, tolong buktikan kepada ahli-ahli PKR dari mana Anwar (Ibrahim) memperoleh wang untuk membaik pulih serta menghias ‘istana’ barunya di Bukit Segambut.

“Kita keluar PKR bukan kerana dibeli tetapi sudah muak dengan lakonan Anwar dan Azmin (Ali).”

9. Sdr Zamil Ibrahim bekas Setiausaha Ahli Parlimen Merbok

Lebih 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Kedah, Pulau Pinang dan Perak bertindak keluar dari parti itu

Bekas Setiausaha Ahli Parlimen Merbok yang juga Exco Pemuda PKR Pusat, Zamil Ibrahim, berkata mereka melihat pemimpin parti itu kini tidak jujur dalam memperjuangkan hak rakyat, selain banyak wujud salah guna kuasa dalam parti itu.

Katanya, keengganan Anwar yang juga Ketua Umum PKR menyahut cabaran bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan supaya bersumpah laknat bagi membuktikan dia tidak terbabit dengan kes liwat pemuda itu seperti didakwa juga menyebabkan mereka hilang kepercayaan terhadap pemimpin itu.

“Jika benar dia tidak terbabit dalam dakwaan kes liwat itu mengapa dia takut untuk bersumpah laknat bagi membersihkan namanya.

“Dia kerap bercakap bohong demi menjaga masa depan politik peribadinya dan sebab itu dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998,” katanya pada sidang media mengumumkan tindakan mereka keluar parti di sini, semalam.

10. Kenyataan Mohd Radzi Salleh ADUN Lunas

Seramai 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Padang Serai termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh mengumumkan keluar daripada parti itu.

“Amat menyedihkan, PKR tidak lagi memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu sebaliknya hanya mengutamakan kepentingan politik peribadi dan pemimpin-pemimpin atas pula hanya pandai bersandiwara dan bermain politik peribadi,” katanya.

“Namun semenjak PKR berjaya menguasai dan memerintah beberapa negeri selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu (2008), saya lihat hala tuju parti telah berubah. Ia menjurus kepentingan peribadi pula, orang yang bekerja kuat untuk pucuk pimpinan parti pula diketepikan

11. Abdul Manap Shahardin bekas calon PKR Bagan Pinang

Salah seorang anggota pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) Khamis malam mengisytihar keluar parti bersama 63 anggota PKR dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Abdul Manap Shahardin dan rakan-rakannya itu, yang keluar PKR kerana kecewa dengan parti tersebut yang disifatkannya sebagai sebuah parti yang mempunyai pemimpin yang hanya pandai bercakap sahaja tetapi tidak melaksanakan apa yang mereka sendiri perjuangkan

12. Kamal Nasser Taufik  bekas AJK Bahagian Merbok

Selepas kira-kira 500 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jerai mengumumkan keluar parti minggu lalu, malam tadi lebih 1,000 ahli parti itu dari Bahagian Merbok pula, termasuk Ahli Jawatankuasa (AJK) bahagian itu, Kamal Nasser Taufik mengikut langkah mereka.

Beliau berkata, tindakan keluar parti secara beramai-ramai itu kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan dan perjuangan parti itu yang dilihat bukan lagi memperjuangkan rakyat sebaliknya, mengutamakan kepentingan peribadi

Walau apapun alasan yang diberikan oleh kepimpinan tertinggi PKR termasuk DS Anwar ‘Pengkhianat Bangsa’, isteri beliau, Datin Wan Azizah dan orang kesayangan beliau YB Azmin Ali, yang jelas kepada kita, PKR sedang menuju kea rah kehancuran. Semua dakyah dan tipu helah mereka telah terbongkar. Janganlah kerana mahukan kuasa dan bercita-cita untuk merealisasikan impian yang terputus sekerat jalan, nasib rakyat.agama, bangsa dan negara dijadikan taruhan. Kelak, ‘Yang Menang Jadi Arang, Yang Kalah jadi Abu’. ‘Menang Sorak Kampong Tergadai’.

Advertisements

2 Respons to “PKR KINI MENUJU KEHANCURAN”

  1. Halim Tuah said

    berpendapat bahawa perlantikan seseorang spt Datuk Seri Anwar Ibrahim sbg Penasihat Ekonomi Negeri Selangor adalah merupakan ‘JALAN BELAKANG PENGUASAAN SECARA LANGSUNG’ ke atas Menteri Besar Selangor. HalimTuah menambah bahawa ianya adalah perlantikan ‘DERHAKA’ yg membelakangi DYMM Sultan Selangor yg berkuasa melantik Menteri Besarnya sendiri! DAULAT TUANKU!

  2. Hj. Mat said

    KENAPA PAS MENENTANG KONSERT GAY, TETAPI BERSEKONGKOL DAN MENYANJUNG GAY TEGAR YANG SEDANG DIBOGELKAN OLEH PEMBANTU-PEMBANTUNYA SENDIRI DAN JUGA PAKAR-PAKAR FORENSIK, AIR MANI SIAPA DALAM “J…R” SAIFUL. INI CUMA BOLEH DISAHKAN BILA DNA TERTUDUH DIPERIKSA, OII BARU FAHAM KENAPA BERIA-IA TAK NAK BAGI DNA. DULU GUNA KY JELLY SEKARANG SUDAH KENA JELLY FISH. TAUBATLAH PAS

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: