Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for Oktober 2009

Pas tolak kerajaan perpaduannya sendiri

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 30 Oktober 2009

Oleh:- Mawar Berdarah

MASIHKAH kita ingat dialog dalam filem ‘Ahmad Albab’ arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, antaranya berbunyi, ”Harta itu bukan engkau yang punya tetapi Ahmad Albab yang punya, Ahmad Albab.” Begitulah juga apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan sebarang pintu rundingan berhubung kerajaan perpaduan sudah ditutup, UMNO tidak perlu berasa gundah gulana. Ia kerana idea kerajaan perpaduan bukanlah UMNO atau BN ‘yang punya’ tetapi Abdul Hadi ‘yang punya’. Justeru apabila beliau sendiri menutup pintu rundingan dan sekali gus mengetepikan ideanya maka semua pihak perlu menerimanya dengan hati terbuka. Apa yang penting sepanjang isu tersebut berlangsung, UMNO sudah menunjukkan keikhlasan untuk sentiasa bersedia berunding dengan Pas demi perpaduan orang Melayu dan umat Islam.

Tetapi malangnya, kesediaan UMNO yang hanya menyahut idea Abdul Hadi itu telah dipandang serong. Sejak dari awal lagi isu ini tercetus iaitu selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac tahun lalu, UMNO dikecam dengan pelbagai tuduhan. Malah puak-puak di dalam Pas dengan sewenang-wenangnya menuduh bahawa idea kerajaan perpaduan itu adalah permainan politik UMNO yang dilihat sebagai sebuah parti yang lemah.Untuk mengelakkan kita terkeliru dengan isu kerajaan perpaduan ini dan bagi memastikan UMNO tidak terus dipandang serong adalah wajar kita mengimbas kembali apa yang dikatakan oleh Abdul Hadi ketika mengemukakan idea tersebut. Presiden Pas itu membuat cadangan berkenaan dengan hati yang ikhlas apabila melihat berlaku kekalutan dalam arena politik negara. Atas sebab itu beliau mencadangkan supaya kerajaan perpaduan diwujudkan. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | Leave a Comment »

MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 30 Oktober 2009

Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung

Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label islam dalam membela dan merancang pembangunan umat islam dan negara ini.Umno sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan FELDA.

Dalam Islam kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun yang lalu berusaha membasmi kemiskinan dikalangan umat islam dengan membuka tanah rancangan FELDA dan adakah ini bukan tuntutan islam? Kerajaan Barisan Nasional (BN), pimpinan UMNO membangunkan negara ini bagi melahirkan Umat Islam yang di hormati dan bermaruah dengan pembangunan negara, teknologi dan ketenteraan yang termaju. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

DILEMA PERNIAGAAN DI NEGARA PAKATAN

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 29 Oktober 2009

Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung

Setelah hampir 30 tahun berniaga Bazar Ramadhan di pasar Chowrasta di Pulang Pinang, pada tahun ini perniaga Melayu di halau dan tidak dibenarkan berniaga oleh ketua Menteri DAP, Lim Guan Eng atas alasan mereka tidak mempunyai lesen perniagaan. Maka inilah akan menjadi nasib orang Melayu ditanah Melayu sendiri. Di bawah kerajaan Selangor yang dikongkong oleh DAP dan PKR, mereka tidak menjaga kepentingan orang melayu. Peluang mendapat kontrak kerajaan negeri menjadi tipis bagi perniaga dan kontraktor melayu. Kontrak angkut sampah yang dulu diceburi orang Melayu sekarang hampir semuanya diambil alih kontraktor india dan sedikit cina. Kontrak angkut tanah sekarang dipegang hampir semua sekali oleh kontraktor cina sahaja.

Kontraktor kelas F Melayu pun terpaksa bersaing dengan ramai kontraktor Cina dan India. Inilah akibatnya apabila kuasa politik melayu jatuh ke tangan parti politik yang telah berjaya membohong orang melayu kononnya mereka akan membela hak orang melayu. Apa yang sedang berlaku ialah perjuangan “Malaysian Malaysia” yang diterajui oleh DAP sedang dilaksanakan dinegeri –negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Nasib orang Melayu akan menjadi saperti nasib orang melayu Singapura terpaksa minta dan mengemis kepada orang lain di negeri sendiri. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

SPEECH BY TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD AT THE CRIMINALISE WAR CONFERENCE AND WAR CRIMES TRIBUNAL 2009 AT PUTRA WORLD TRADE CENTER, KUALA LUMPUR ON WEDNESDAY, 28 OCTOBER 2009

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 29 Oktober 2009

WAR AND CRIME

1. As one of the convenors of this conference on the Criminalisation of War, I must express my appreciation for the number of people who have shown enough interest to attend it.

2. I hope and pray that we can take yet another step towards a war-free world, toward making war no longer a solution for disputes between nations, by making it into a crime instead, making those who resort to aggressive war as criminals who must be punished for the crime of the mass killing of people, which is what war is about. If the killing of one person is murder, a crime deserving of the most severe punishment, why must we regard the mass killing of people as legitimate and proper? There is something wrong in a creed that regards the killing of one person as different from the killing of people in their thousands and millions of people. The thousands and millions are made up of single individuals in the final analysis. The mass killing in war cannot be regarded as anything other than the mass murder of individuals who make up the masses. Since individuals are being killed, the fact that the individuals are killed together doesn’t alter the fact that individuals are killed and therefore the killing must still be regarded as the killing of individuals which constitutes murder. And those responsible for the murder of these individuals must therefore be murderers and must be regarded as criminals and punished accordingly.

Baca baki entri ini »

Posted in Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

NIK AZIZ TERSEPIT DIANTARA ANWAR DAN DAP

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 29 Oktober 2009

OLEH:- Anak Kecil dari gunung

Kita sudah naik jelak dengan soal perpadaun yang tidak berkesudahan. Memang memalukan, dulu semasa Muktamar Pas, Presidennya sendiri yang berkata mahu bekerjasama dengan UMNO, Tetapi apabila Nik Aziz menentang, maka terus Umno disalahkan. Dalam Muktamar itu, mereka memuji UMNO walaupun mengakui UMNO ada kelemahan, Tetapi bila didesak sekutu mereka demi kepentingan politik, macam-macam caci-maki di lontarkan kepada UMNO.

Kenapa PAS tidak mengambil tindakan? Bukankah dalam Muktamarnya juga ada pewakilannya sendiri yang tidak suka dengan tindakan PAS pusat kerana gagal berpegang kepada prinsip,Terutamanya tentang akidah dan untuk mewujudkan sebuah negara Islam. Tetapi sekarang, atas nama Tahaluf Siyasi dalam bahasa Arabnya atau politik permuafakatan dalam Bahasa Melayu,PAS seolah-olah menghalalkan cara untuk berpakat dengan PKR dan DAP yang memang terkenal dengan cauvanis semata-semata mahu menjatuhkan BN. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

Perpecahan Islam yang disengajakan

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 27 Oktober 2009

Oleh: Tanah Liat

ARTIKEL DR RIDUAN TEE ABDULLAH

Dari Artikel Mingguan Malaysia.

Saya dituduh tali barut UMNO dan dibayar berjuta-juta untuk menulis artikel. Oh! Senang sekali untuk jadi kaya. Tulis artikel mengutuk pembangkang atau berbau perkauman, UMNO akan bayar. Mungkin selepas ini, pembaca boleh menyertai saya untuk jadi kaya. Begitulah banyak sekali duit UMNO! Inilah pemikiran ultra kiasu. Mereka tidak boleh diusik langsung.

Saya dicabar kenapa tidak menegur UMNO yang dikatakan mengamalkan rasuah? Untuk makluman semua, sila baca artikel saya dalam Utusan Malaysia (22 Disember 2008). Saya ada menulis bahawa makan rasuah lebih hina daripada makan babi atau lebih baik makan babi daripada makan rasuah. Begitulah hinanya mengambil dan makan rasuah. Kenapa pembangkang tidak menyokong saya ketika itu? Inilah mentaliti kelas ketiga masyarakat kita, bila kena pada orang lain kita suka, bila kena pada diri sendiri, ibarat meludah ke langit. Bersih sangatkah kita? Ingatlah, kita hanya manusia biasa, tidak lari dari salah silap. Saya tidak nafikan bahawa kewujudan pakatan pembangkang penting dalam sistem demokrasi sebagai check and balance. Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

Brutalisme dan Sikap Biadap Pegangan Pakatan Pembangkang

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 26 Oktober 2009

Oleh: Kawan Lama

22 Okt 09 lalu, Mahkamah Majistret Wialayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM 3,000 terhadap Tian Chua Chang Ahli Parlimen Batu kerana kesalahan mencederakan anggota polis di perkarangan Parlimen pada 11 Disember 2007. Beliau telah memenangi kerusi Parlimen tersebut dalam PRU 12 lalu atas tiket PKR. Hukuman tersebut akan menyebabkan beliau kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen berdasarkan kepada Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan. Rayuan yang dikemukakan oleh peguambela beliau agar pihak mahkamah mempertimbangkan hukuman tersebut kerana Perkara 48 (1)(e) tersebut bukan sahaja menghukum Tian Chua malahan rakyat yang beliau wakili telah ditolak oleh mahkamah atas alasan sebagai wakil rakyat ia bukannya keistimewaan khas dan mereka juga tidak terlepas daripada tindakan undang-undang Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

PAS BAGAN PINANG HALALKAN GOBALAKRISHNAN GUNA AL-QURAN

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 26 Oktober 2009

Oleh :- Anggerik Desa

gobalarishnan

Parti PAS di Bagan Pinang telah menghalalkan pemimpin-pemimpin DAP dan PKR untuk berucap di pentas mereka dan menyelitkan firman Allah swt di dalam ceramah mereka. Apakah yang sebenarnya bermain-main di kepala pemimpin PAS di Bagan Pinang apabila N. Gopalakrishnan cuba menjadi ustaz pada malam itu dan menggunakan ayat suci Al- Quran?? Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Politik | Leave a Comment »

NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 26 Oktober 2009

Oleh: Dr. Mohd Redhuan Tee

Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock. Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini. Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pendidikan | Leave a Comment »

Who Kills Unity In Diversity?

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 23 Oktober 2009

By: Salzahedra

The Federal Constitution of Malaya (Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu) is a document of faith, beliefs and sense of belonging and loyalty to a country known as Malaysia. It is not a treaty of various races or ethnics in Malaysia that constitute of Malays, Chinese, Indian, the Bumiputeras Sabah and Sarawak. It is book of guidance to develop Malaysia and live as a proud Malaysian.

I am proud to be a Malaysian, Malay and a Muslim. We are unique. Malaysia consists of a multiracial, cultural and religion. We uphold the spirit Unity In Diversity of Malaysia since our Merdeka, 1957. And I strongly believe that my Chinese and Indian friends have the same spirit too. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | Leave a Comment »

“AGENDA PAKATAN RAKYAT GUNA ISLAM”

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 23 Oktober 2009

Oleh: Anggerik Desa

PKR, DAP & PAS

 

 Terdapat kini trend pemimpin pembangkang bukan islam yang ghairah menggunakan ayat al-Quran pada kempen pilihan raya

Terbaru, seorang pemimpin PKR, N. Gobalakrishnan membaca sepotong ayat suci itu ketika ceramahnya di Bagan Pinang N. Gobalakrishnan memetik ayat Ali Imran ayat 54 yang bermaksud, orang-orang kafir itu membuat tipu daya dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Politik | Leave a Comment »

‘Orang munafik, tapi alim lidahnya’

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 23 Oktober 2009

Oleh:-Mawar Berdarah

PEMIMPIN Pas yang dipimpin Datuk Nik Aziz Nik Mat yang dikatakan mursyidul itu terang-terangan mengatakan ahli-ahli UMNO itu tidak Islam. Sedalam mana ilmu tuan guru yang diagung-agungkan ahli-ahli Pas itu kita sendiri pun tidak tahu. Mereka dengan lantang mengatakan demikian seolah-olah hukum Tuhan dan syurga neraka berada dalam ketentuannya.

Apakah mereka akan lebih Islam jika seseorang itu menghafal dan menyampaikan dua atau tiga ayat al-Quran dalam ceramah atau pun takbir apabila berkumpul ramai? Tetapi selepas itu ayat-ayat al-Quran dan takbir mereka tadi semacam menghalalkan ayat mereka untuk mencaci, memaki hamun pemimpin dan membuat fitnah yang membabi buta selepas itu tanpa memikirkan sensitiviti sekeliling. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

MAMPUKAH PR MENTADBIR.???

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 22 Oktober 2009

Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung

Kewibawaan kerajaan negeri yang ditadbir pakatan pembangkang semakin dipersoalkan rakyat apabila mereka tidak mampu membuat keputusan dengan tepat dan memuaskan hati semua pihak. Insiden itu juga, Menunjukkan pakatan pembangkang gagal menunaikan janji-janji yang di taburkan kepada rakyat sebelum Pilihan Raya Umum ke 12 tahun lalu.

Kewibawaan Kerajaan yang dikuasai pakatan pembangkang sudah mula dipersoalkan rakyat. Mereka ( Pakatan Pembangkang ) menghadapi begitu banyak masalah. Apabila mereka berjanji, mereka tidak dapat menunaikannya dan keputusan yang mereka buat tidak memenuhi jangkaan rakyat. Meraka juga cuai membuat keputusan yang tepat dalam satu-satu situasi. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

Cuti Umum Hari Malaysia…

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 22 Oktober 2009

Oleh: Tanah Liat

16 SEPTEMBER. HARI MALAYSIA CUTI UMUM

Berita baik mulai tahun depan, ulang tahun sambutan Hari Malaysia pada 16 September diisytiharkan sebagai cuti umum di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan itu yang dibuat oleh Jemaah Menteri baru-baru ini bertujuan mengingati sejarah penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

Menurutnya, ini bermakna mulai 2010, rakyat akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar iaitu Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Tambah beliau, menerusi Hari Malaysia, kerajaan mahu suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak selepas mereka membuat keputusan untuk menyertai Malaysia sejak 1963 turut dirasai penduduk di Semenanjung.

“Hari Merdeka pada 31 Ogos kekal diraikan bagi mengingati perjuangan mencapai kemerdekaan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan untuk mengingati detik bersejarah itu. Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

PAS,DAP,PKR PARTI CELARU

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 21 Oktober 2009

OLEH:- Anak Kecil Dari Gunung

Sebenarnya sudah lama Pas membuang matlamat utama perjuangan mereka. Kini tidak ada beza PAS,DAP dan PKR. Gerombolan parti pembangkang di kepalai Anwar Ibrahim, berjaya perdaya pengundi Cina,India dan Melayu untuk tujuan matlamat politik peribadi masing-masing. PAS tetap meneruskan dasar-dasar islam dan hudud bila sahaja mempunyai kerusi majoriti di Parlimen. Sebaliknya ketika berhadapan dengan pengundi Cina dan India, Anwar Ibrahim akan bercakap mengikut kehendak kaum tersebut.

Orang Cina dan India perlu tolak PAS kerana ia parti pembohong. Lihat di Selangor, PAS,PKR dan DAP tak sehaluan, mereka tidur sebantal untuk menjatuhkan UMNO walaupun mimpi lain-lain ! Mereka sebenarnya tidak boleh duduk sebumbung apatah lagi tidur sebantal kerana prinsip perjuangan yang jauh berbeza. PAS menolak berbincang dengan UMNO, parti yang seagama dan sebangsa tetapi bersekongkol dengan DAP yang jelas menentang penubuhan negara Islam! Amat malang jika orang Cina dan India menyokong PAS kerana parti itu tidak akan membawa apa-apa erti kepada mereka. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

1 Malaysia, Satu Hari dan Satu Suara

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 20 Oktober 2009

Oleh:-Mawar berdarah

Zaman mengampu dan Membodek sudah berlalu. UMNO sekarang mahukan Pemimpn yang buat kerja dan sentiasa mendampingi rakyat.Tidak perlu takut pada bayang-bayang jika pemimpin UMNO tahu tanggungjawabnya kerana era bermuka-muka sudah tidak sesuai lagi.

Presiden UMNO< Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, bersemangat ketika memberi nasihat ikhlas kepada Pemimpin dan Ahli UMNO yang hadir di pelancaran Lagu UMNO Perak di Bangunan UMNO Negeri di Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh. Lagu tersebut liriknya ditulis oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan digubah oleh Pemuzik terkenal Ahmad Dasila. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa | Leave a Comment »

Cinta Tiga Segi PAS-PKR-DAP, Siapa Yang Kene Jual ??……..

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 20 Oktober 2009

Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung

Sekiranya ditakdirkan Anwar Ibrahim Menjadi Perdana Menteri adakah beliau menghalalkan protes jalanan? Adakah beliau akan membenarkan rakyat memberontak sehingga melumpuhkan ekonomi negara.? Sudah pasti bila sahaja beliau menerajui negara ini beliau akan turut menggunakan pendekatan yang sama (Saperti Kerajaan Sekarang) malah mungkin lebih teruk terhadap golongan-golongan pemprotes jalanan.

Anwar Ibrahim merupakan seorang yang cetek pemikirannya, bukan seorang pemimpin yang unggul dan bukan juga pejuang tulen. Sehingga kini apa yang jelas perjuangan beliau hanyalah bersifat peribadi. Anwar Ibrahim hanya ada cita-cita, iaitu untuk menjadi Perdana Menteri. Nasfu serakah menguasai pemikiran beliau. Tiada yang lagi penting daripada cita-cita “Suci” tersebut walaupun terpaksa menggadai negara ini dan menjual kaum sendiri. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | 3 Comments »

Kempen Keahlian Baru DAP & PAS Bertentangan Dengan Dasar Dan Teras Parti Mereka?

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 19 Oktober 2009

Oleh Kawan Lama

Pakatan Pembangkang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS yang masih dibuai oleh kemenangan yang tidak dijanka mereka dalam PRU 12 lalu sedar bahawa mereka sebenarnya masih belum diterima oleh rakyat. Mereka juga tahu bahawa pakatan mereka bukannya pakatan setia kerana ada kecurigaan di antara satu sama lain. Kelemahan demi kelemahan dalam pentadbiran di negeri-negeri yang mereka perolehi semasa PRU 12 lalu terserlah dan amat membimbangkan. DAP yang menguasai Pulau Pinang takut akan kehilangannya kepada BN. PKR di Selangor takut kehilangan negeri tersebut kepada BN. Manakala PAS di Kedah takut kehilangan kuasa juga kepada BN. Kesemua ini begitu jelas selepas mereka kehilangan Perak kepada BN. Ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang kini tahu bahawa mereka tidak seperti BN yang diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

ARTIKEL OLEH DR RIDUAN TEE ABDULLAH

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 19 Oktober 2009

Artikel Bertajuk: Untungnya Bersatu Dalam Senyap

Oleh:-Dr Mohd Redhuan Tee Abdullah

PERGOLAKAN yang berlaku dalam sebuah parti politik MCA baru-baru ini, jangan dipandang terlalu serius oleh kita semua. Itu adalah perkara yang biasa berlaku dalam politik. Persoalan lebih penting adalah apa yang boleh kita belajar? Saya tidak terlalu bimbang dengan MCA dan Gerakan, kerana sebenarnya kedua parti ini tidaklah sekuat mana di kalangan orang Cina berbanding dengan sebuah lagi parti Cina yang ultra kiasu itu. Dengan sebab itu, saya tidak berapa ambil kisah atas nasib yang menimpa kedua-dua parti komponen BN ini.

Saya akan menjadi lebih teruja jika dapat melihat parti ultra kiasu itu bergolak. Tetapi sehingga ke hari ini parti tersebut jarang benar bergolak. Tetapi parti ini terus menjadi matang dan telah melalui banyak pengalaman berguna. Lebih penting lagi mereka telah dapat membaca dengan rapi akan psikologi orang Melayu. Ia semakin mendapat perhatian dan kepercayaan, sehingga ramai yang terpedaya. Apatah lagi parti ini amat jarang sekali kalah di kawasan majoriti Cina dalam mana-mana Pilihan Raya Umum (PRU) dan pilihan raya kecil. Silap-silap mereka akan menang di kawasan majoriti Melayu suatu hari nanti. Itu adalah tidak mustahil, jika orang Melayu bertindak marahkan nyamuk kelambu dibakar, berbanding mengamalkan carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis | 2 Comments »

Perubahan sikap tiga sayap mampu kembali memartabatkan Umno

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 16 Oktober 2009

Oleh:-Mawar Berdarah

SEMBOYAN perubahan dalam Umno yang ditiup dan diperincikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, bergema hebat dalam persidangan perwakilan ketiga-tiga sayap parti itu yang berlangsung semalam. Jika ucapan pemimpin tiga sayap itu dijadikan ukuran, jelas hasrat Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak melakukan transformasi terhadap parti terbesar di negara ini, sebaik mengambil alih teraju kepemimpinannya tahun lalu akan tercapai.

Ucapan sulung Muhyiddin selaku Timbalan Presiden memperincikan transformasi yang dihasratkan Najib ketika perasmian serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri umpama tiupan semboyan yang menuntut gelombang perubahan mula digerakkan. Selepas sekian lama Umno memperhalusi dan mendebatkan bagaimana bertindak menepati tuntutan suara, bahasa, gaya dan nuansa politik semasa, kini tibalah masa melaksanakannya. Momentum ke arahnya kelihatan disambut baik oleh ketiga-tiga sayap itu dengan lontaran input demi membuat persediaan mental seluruh jentera masing-masing. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

“TUJUH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU”

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 16 Oktober 2009

Oleh: Anggerik Desa

Patut sangatlah rakyat Negara ini diingatkan tentang tujuh wasiat raja-raja melayu sewaktu Perlembagaan nak digubal, Kesemua Baginda raja-raja melayu menurunkan tandatangan mereka sebelum merdeka malah banyak orang lupa akan hal ini termasuk orang Melayu kita sendiri. Kita nak ucapkan tahniah kepada Raja Nazrin Shah dan Raja Muda Perak kerana bangkitkan hal itu semula. Bagus sangatlah kerana dalam keadaan hari ini, hal itu patut diingatkan kerana Orang melayu dah banyak lupa fakta sejarah atau ambil mudah sejarah ada sesetengah orang lupa akan pentingnya sejarah. Bukan saja nak ungkit kisah lama atau kisah silam tapi sebagai pengajaran pada kita

Hari ini, banyak orang bercakap fasal Perlembagaan tetapi mereka tak ada maklumat yang cukup. Ada yang kata, sejarah biar tinggal sejarah lupakan saja macam mana Perlembagaan digubal. Kata mereka, keadaan hari ini sudah banyak berubah malah nilai pun berubah, Jadi sejarah tak releven lagi. Kerana masalah tak reti sejarahlah, maka banyak hal yang tak patut dibangkitkan semula, dibangkitkan. Sampai kita lupa bahawa soal kedudukan raja-raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu tak boleh disentuh. Sampai ada orang kata dasar tolong orang Melayu adalah dasar apartheid Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

PRK BAGAN PINANG: AL KISAH PAKATAN PEMBANGKANG

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 13 Oktober 2009

Oleh: Kawan Lama

Pilihanraya Kecil (PRK) N31 Bagan Pinang semalam (11/10/09) telah pun kita ketahui keputusannya. Calon Barisan Nasional (BN), YB Tan Sri Isa Samad telah memenangi dengan keputusan majoriti yang besar iaitu 5,435 undi. Tahniah TS Isa dan BN serta petugas-petugas yang tidak kenal erti penat dan putus asa. Namun apa yang menarik perhatian penulis adalah barisan pakatan pembangkang semasa membantu kempen calon PAS, Sdr Zulkefly Mohd Omar. Pertama, isu kempen dan keduanya, barisan pembangkang yang turun berkempen tempohari dilihat dan dipercayai telah memberikan satu isyarat bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan pakatan mereka mahupun masalah dalaman parti mereka sendiri. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 11 Comments »

PETIKAN 4 ARTIKEL OLEH DR RIDUAN TEE ABDULLAH

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 13 Oktober 2009

Untuk Bacaan Sahabat Dan Fikir2kan lah…….!!Terdapat 4 Artikel Dr Riduan Tee Abdullah Dalam Attachment ni…..

Artikel 1:- Orang Melayu mudah ‘cair’ bila dipuji

Oleh:-Dr Mohd Redhuan Tee Abdullah

KADANGKALA saya musykil kenapa orang Melayu mudah menjadi ‘cair’ apabila mendengar orang bukan Islam bercakap pasal Islam atau memuji Islam atau memetik satu dua ayat Quran untuk dijadikan hujah sandaran. Misalnya, ucapan beberapa pemimpin pembangkang bukan Islam yang memetik beberapa ayat suci al-Quran dan mahu mengambil pendekatan urus tadbir negeri mengikut cara pemerintahan Umar Abdul Aziz.

Benar, dari satu segi nampak orang bukan Islam cenderung kepada Islam. Tetapi kita perlu ingat adakah mereka ini benar-benar mahu beriman atau percaya kepada al-Quran atau sekadar lakonan semata-mata untuk mengaburi mata orang Melayu Islam? Saya cukup yakin bahawa golongan ini sudah dapat membaca dan memahami psikologi orang Melayu. Mungkin orang Melayu boleh memberikan jawapan apakah mereka sebenarnya sudah memahami psikologi mereka?

Orang Melayu mudah ‘cair’. Mereka biasanya mudah berasa terpesona dan terpegun bila ada orang lain yang memuji bangsa dan agama mereka. Justeru, mereka akan bermati-matian mempertahankannya tanpa menoleh ke belakang. Mereka akan mendabik berkata ‘tengok orang bukan Islam pun nakkan Islam, sedangkan orang Islam sendiri menolak Islam’.

Lanjutan itu, mereka akan menjaja ke mana sahaja kata-kata ini, bahkan sanggup menolak rakan seagama yang sanggup menghulurkan tangan untuk berbaik-baik. Huluran tangan rakan seagama ini bukan sahaja ditolak mentah-mentah, tetapi dijawab dengan andaian-andaian negatif dan prejudis. Mereka rela bekerjasama dengan orang bukan Islam daripada orang Islam sendiri. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Politik | 1 Comment »

INSAFLAH WAHAI PENYOKONG PAS DAN PKR

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 13 Oktober 2009

Oleh:-Mawar Berdarah

SEBAGAI parti yang kononnya berlandaskan Islam, terimalah kekalahan sebagai ketentuan Ilahi, bukannya menimbulkan pelbagai tuduhan atau fitnah yang lain pula ke atas BN. Kenapa mesti bising dan menuding jari ke arah orang lain apabila kalah. Kata akan buat bedah siasat dan terima dengan hati yang terbuka.Cuba buat muhasabah diri. Dr. Badrul Amin meminta diputuskan hubungan dengan keluarga yang menjadi polis atau yang menjadi ahli UMNO.Kemudian Salahuddin buat tuduhan palsu kononnya anggota Pas diserang dengan pedang samurai oleh Pemuda BN.Kenapa mesti membawa Nizar dari Perak yang dianggap penderhaka kepada raja untuk berceramah di Bagan Pinang? Kenapa Nizar tidak tumpukan kerja di Parlimen Bukit Gantang seperti yang sepatutnya? Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

TINDAKAN PAS YANG SEMAKIN TERDESAK

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 9 Oktober 2009

oleh:-Mawar Berdarah

Pas kini sanggup membuat apa sahaja termasuk menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbentuk provokasi bagi tujuan menimbulkan kekacauan di kalangan penduduk Bagan Pinang. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sendiri telah melihat SMS itu yang jelas mengajak anggota pemuda parti itu datang ke kawasan ini untuk berhadapan dengan jentera UMNO atas jihad fisabilillah. Beliau yang hairan dengan tindakan terbaru Pas itu mengingatkan kepada semua pengundi supaya tidak mengendahkan SMS itu kerana ia semata-mata bertujuan menimbulkan suasana yang tidak stabil menjelang hari pengundian. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

PAKATAN RAKYAT TAK SEHALUAN

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 6 Oktober 2009

Oleh: Anggerik Desa

Isu keretakan hubungan dalam kepemimpinan Pakatan Rakyat ( PR ) di Selangor khususnya, sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Sejak lebih setahun lalu pelbagai isu kontroversi melanda kerajaan negeri pimpinan PR itu. Antaranya, isu ladang babi mega, isu Pengurus Besar PKNS dan isu penempatan kuil di seksyen 23, Shah Alam

Terbaru, isu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan ( selcat ) yang sering menimbulkan perbezaan pandangan antara Pas dengan Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) dan DAP di Selangor Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Politik | Leave a Comment »

KEMERDEKAAN DAN TUJUH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 2 Oktober 2009

Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung

Jarang-jarang anak Pascamerdeka menyambut hari bersejarah negara ini dengan penuh keinsafan. Sebaliknya, rata-ratanya bergembira kerana tidak berpengalaman hidup sengsara semasa sebelum merdeka dan juga tidak berpengalaman dalam perjuangan menuntut kemerdekaan negara.

Namun bagi mereka yang berpegalaman hidup dibawah belenggu penjajah, seterusnya terlibat pula dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, lazimnya setiap kali ulang tahun kemerdekaan tiba, air mata mereka mengalir, terutama apabila mendengar laungan merdeka. Meraka sedih bercampur gembira, sedih mengenangkan hidup yang sukar dan diperhamba dibawah cengkaman penjajah. Pada masa yang sama mereka gembira pula kerana sejak 52 tahun merdeka, negara ini sentiasa aman, maju dan makmur. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Sejarah | Leave a Comment »