Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 2 November 2009

1MALAYSIA CABAR KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 2 November 2009

Oleh: Kawan Lama

Lim Kit Siang (DAP) menyuarakan bahawa 1Malaysia adalah suatu konsep yang gagal dan tidak menepati kehendak dan acuan warga Malaysia. Konsep ini tidak akan berjaya kerana ia tidak diterima oleh warga Malaysia secara total. Apa yang beliau sebenarnya maksudkan pada pandangan penulis, Lim Kit Siang dan DAP melihat ia adalah sesuatu yang di bawa oleh UMNO. Apa sahaja yang di bawa oleh UMNO mempunyai konotasi atau ikatan dengan Melayu.Tambahan pula, DAP mempunyai konsep Malaysian Malaysia yang diadaptasikan daripada Singapura ciptaan Lee Kuan Yew. Lantaran itu, 1Malaysia yang jauh lebih baik daripada Malaysian Malaysia jajaan mereka. Mungkin begitulah juga pandangan pakatan pembangkang yang lain termasuk PKR dan PAS. Apakah benar bahawa konsep 1Malaysia gagal menepati senario dan kehendak warga Malaysia? Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

SATU MALAYSIA MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 2 November 2009

Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung

Gagasan Satu Malaysia bukanlah fomula baharu kerana menurut Najib, Satu Malaysia merupakan kesinambungan gagasan utama Perdana Menteri terdahulu – Tunku Abdul Rahman Putra Al – Haj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr.Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi. Barisan kepemimpinan inilah yang memandu hala tuju Malaysia selama 52 Tahun Negara ini Merdeka.
Satu Malaysia merupakan gagasan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan menerapkan lapan nilai untuk mencapai matlamat tersebut, lapan nilai tersebut ialah ketabahan, penerimaan, pendidikan, integrity, meritokrasi, rendah diri dan budaya cemerlang.

Satu Malaysia tidak terpisah daripada dasar kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN), sebaliknya pelengkap kepada dasar yang sedia ada untuk menjamin kestabilan kearah mencapai pembangunan negara. Satu Malaysia merupakan fomula yang menjadi prasyarat untuk memastikan aspirasi negara mencapai status negara maju menjelang 2020 tercapai. Menerusi gagasan tersebut, Najib mahu memastikan bangsa Malaysia tanpa mengira warna kulit dan agama bersama-sama menggembleng tenaga mencapai wawasan 2020. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | 1 Comment »

1Malaysia, Perspektif Generasi Merdeka

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 2 November 2009

Oleh: One Nation Em-c

one nation em-c

Sesebuah negara yang majmuk seperti Malaysia amat memerlukan pelbagai konsep dan formula penyatuan rakyat jelatanya ke arah pembinaan satu negara bangsa yang kukuh, muafakat, progresif dan makmur. Konsep seperti ini juga diperlukan supaya generasi merdeka Malaysia mempunyai aspirasi yang serupa, melangkah ke destini yang sehala, dan sentiasa megah untuk mengibarkan panji-panji perjuangan negara pada setiap masa.
Pengaplikasian konsep ini memerlukan komitmen, kebijaksanaan dan ketegasan di kalangan pemimpin. Ia menuntut kematangan minda, toleransi dan pengorbanan di kalangan warga. Ia juga mengharapkan sumbangan ikhlas daripada seluruh organisasi masyarakat sivil dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk sama-sama mendukung serta menjayakannya.

Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan konsep 1Malaysia sebaik-baik sahaja beliau mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia yang keenam pada April 2009 yang lalu. Ia adalah konsep pembangunan negara bangsa Malaysia yang mencerminkan kesungguhan Perdana Menteri yang sentiasa berusaha untuk menyatupadukan warganegara majmuk.
Ia bermatlamat supaya kepelbagaian sosio-budaya dan ekonomi rakyat dapat dicanai dan digemblengkan menjadi ciri-ciri kekuatan nasional yang kemudiannya dapat diterjemahkan menjadi strategi pembinaan negara bangsa. Ciri-ciri kekuatan nasional ini juga boleh digunakan untuk mencorak dan melaksanakan program pembangunan insan, pembangunan negara dan pembangunan ekonomi, di samping memperkasakan keupayaan Malaysia menembusi aneka peluang serta aktiviti ekonomi dan perdagangan antarabangsa. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Sejarah | Leave a Comment »