Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 17 November 2009

ANWAR MEMANG MUDAH LUPA…

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 17 November 2009

Oleh :- Mawar Berdarah

Bukan main sakan lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim, penasihat ekonomi ‘yang bernilai RM1 sebulan’ itu membelasah Pemuda UMNO di Dewan Rakyat semalam. Sebabnya, Pemuda UMNO menggesa Menteri Besar Kelantan disiasat kerana terlibat dengan rasuah berhubung isu penajaan haji. Yang menariknya bila Anwar bin Ibrahim itu menyebut ayat berikut: “Tan Sri Yang Dipertua…kita cakap soal Melayu, ketuanan Melayu, harapan Melayu….bangsa apa ini yang boleh menghina seorang pemimpin.”

Pelik pula rasanya bila makhluk yang seorang ini bercakap tentang Melayu. Lebih pelik lagi bila dia mempersoalkan orang lain menghina pemimpin. Pak syeikh ni lupa agaknya, siapa yang mula mengajar rakyat negara ini menghina pemimpin dengan cara yang cukup biadap dan di luar batas-batas peradaban Melayu? Dia lupa kut siapa yang ‘pedajal’ Allahyarham Tun Ghafar Baba. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »