Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 21 November 2009

MENANTU NIK AZIZ: NAK TUMBANGKAN PRESIDEN PAS TAPI CALARKAN IMEJ MURSYIDUL AM

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 21 November 2009

Oleh: Kawan Lama

Pemecatan Syed Azidi (Kickdafella) pada awal November lalu mencerminkan ketengangan dan konflik dalaman PAS tidak pernah reda walaupun cuba dinafikan oleh pemimpin tertinggi mereka. Cadangan mengadakan EGM itu sendiri yang kemudian digantikan denga muzakarah, menambahkuatkan lagi dakwaan tersebut. Tuduh menuduh dan fitnah-menfitnah bermaharajalela dalam PAS hanya demi untuk mendpatkan kuasa di antara golongan ulamak dengan kumpulan Erdogan yang pro DS Anwar Pengkhianat Bangsa. Perkara berlaku disebabkan oleh terdapat usaha-usaha untuk menjatuhkan YB TG Hj Hadi sebagai Presiden PAS. Konspirasi ini dikatakan melibatkan Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, Nama besar yang dikatakaan turut terlibat adalah YB Husam Musa, anak didik Nik Aziz yang telah dicanang-canangkan sebagai pengganti kepada TG Hj Hadi. Walaupun tampak isu ini seolah-olah ‘sudah selesai’, namun sebenarnya jauh daripada kebenaran yang sebenarnya.

Pembongkaran Kickdafella ini telah memperlihatkan wajah sebenar PAS yang selama ini menggunakan Islam sebagai ‘topeng’ politik. Kronism, rasuah, salahguna kuasa, haloba, fitnah memfitnah, ‘tikam belakang’ dan membelakangkan kepentingan rakyat mula menjadi amalan. Budaya ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ kini menjadi pegangan. Pembongkaran ini mendedahkan juga wujudnya ‘tangan luar’ yang mengurusaturkan perubahan imej PAS masakini yang dilihat amat mudah dipergunakan untuk tujuan politik peribadi, dalam siri-siri demonstrasi jalanan dan ‘kebiadapan terhadap institusi Raja serta membelakangkan kesucian Perlembagaan Persekutuan. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Pelbagai & Lain-lain, Politik | 2 Comments »

1Malaysia sesuai ke peringkat global

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 21 November 2009

Oleh:-Mawar Berdarah

Petikan Dari Untusan Malaysia

Datuk Seri Najib Tun Razak yakin gagasan 1Malaysia yang terasnya kesatuan dalam kepelbagaian boleh dikembangkan ke peringkat global. Perdana Menteri berkata, banyak negara di dunia yang dulu merupakan negara bangsa iaitu satu negara satu bangsa kini berdepan perubahan komposisi kaum yang ketara akibat penghijrahan manusia.

”Kepelbagaian ini mencabar komuniti sesebuah negara yang dahulunya padu dan bersifat hanya satu kaum,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kemuncak Pemimpin Muda Asia 21 di sini malam ini. Najib berkata, pengangkutan udara yang semakin murah dan komunikasi lebih canggih menjadikan lebih ramai berani berhijrah tetapi pada masa sama kaum yang berhijrah tidak memeluk budaya di negara baru. Sebaliknya, kata beliau, mereka masih berpegang teguh kepada adat, budaya dan bahasa negara asal. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa | Leave a Comment »