Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung
Tuk Najib juga beri amaran kepada pemimpin UMNO semasa mereka berkumpul di Janda Baik supaya jaga parti dengan betul. Tunjuk teladan yang baik. Cakap mesti serupa bikin. Jangan berpeluk di atas pentas. Tapi bercekak kat luar. Kalau pemimpin bercakaran, parti rosak. Amaran macam itu kenalah diambil serius, Tambahan pula dalam keadaan hari ini banyak rakyat pandang serong kepada UMNO. Persepsi terhadap umno tak begitu baik. Gambaran bahawa pemimpin UMNO rasuah, sombong, haloba dan tak dengar rintihan orang ramai. Semua ini dah jadi macam kebenaran bagi kebanyakan orang.
Pemimpin UMNO dikecam dalam blog, dalam akhbar pembangkang, dalam diskusi diinternet dan di kedai kopi. Pendeknya, “Hentam UMNO” satu budaya dalam kalangan rakyat. Orang Umno pun tumpang sekali. Ada yang lebih kuah daripada sudu. Mereka kata umno tak betul tapi tak bersedia nak buat perubahan. Macam mana UMNO nak bersih, berprinsip dan berjuang untuk nusa dan bangsa kalau orang UMNO sendiri hanya pandai bercakap dikedai kopi. Dan tumpang kecam UMNO apabila orang lain kecam UMNO. Baca baki entri ini »