Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

ANWAR MEMANG MUDAH LUPA…

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 17 November 2009

Oleh :- Mawar Berdarah

Bukan main sakan lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim, penasihat ekonomi ‘yang bernilai RM1 sebulan’ itu membelasah Pemuda UMNO di Dewan Rakyat semalam. Sebabnya, Pemuda UMNO menggesa Menteri Besar Kelantan disiasat kerana terlibat dengan rasuah berhubung isu penajaan haji. Yang menariknya bila Anwar bin Ibrahim itu menyebut ayat berikut: “Tan Sri Yang Dipertua…kita cakap soal Melayu, ketuanan Melayu, harapan Melayu….bangsa apa ini yang boleh menghina seorang pemimpin.”

Pelik pula rasanya bila makhluk yang seorang ini bercakap tentang Melayu. Lebih pelik lagi bila dia mempersoalkan orang lain menghina pemimpin. Pak syeikh ni lupa agaknya, siapa yang mula mengajar rakyat negara ini menghina pemimpin dengan cara yang cukup biadap dan di luar batas-batas peradaban Melayu? Dia lupa kut siapa yang ‘pedajal’ Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Dia juga lupa kut siapa yang hasut orang dengan segala macam dongeng tentang Tun Mahathir dan ramai pemimpin-pemimpin UMNO lain. Kalau tak dia, budak-budak dia. Sebelum ada parti yang ditubuhkan untuk dia, keluarga dan mereka yang sekepala dengannya amalan menghina pemimpin memanglah tak seteruk mana. Tapi bila parti yang dijangka terkubur sebelum 2020 itu timbul, haru-biru jadinya. Cerca dan hina sudah tak bertapis lagi.

Berbalik pada Pemuda UMNO, pak syeikh tu nak hingaq apa. Selama ni kalau ada khabar angin pemimpin kerajaan buat salah, pemuda-pemuda pembangkang pun bukan main sakan lagi. Siap berarak, buat memorandum, buat kenyataan media hentam kiri kanan. Bila kena tang kawan kita, awat melatah tak tentu hala..

Petikan dari blog depa kata

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: