Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Wasiat Raja-Raja Melayu…Penuh dengan Iktibar.

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 7 Ogos 2009

Oleh: Sahabat Mantap

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya. Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

• Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
• Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain
gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlabersama-sama kaum lain.
• Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
• Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
• Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
• Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
• Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Renungkan lah…

Advertisements

2 Respons to “Wasiat Raja-Raja Melayu…Penuh dengan Iktibar.”

  1. D14 said

    Kepada sahabat2 semua…wasiat raja ni lah yang akan memantapkan kaum melayu.
    Bersatu melayu…melayu untuk melayu!!!!

  2. Tapi sayang..

    Si blogger Tukar Tiub hisyamuddin rais perfahaman komunis Karl Marx, melayu yang tak sedar di untung nampaknya mempersendakan wasiat Raja Raja Melayu.

    Kadang kadang aku pelik dengan pihak berkuasa yang memejamkan mata dan memekakkan telinga terhadap aktiviti melayu ‘murtad’ itu.

    Apakah pihak polis tidak mengetahui kegiatannya men’yesat’kan anak anak melayu? Kalau dulu mereka kononnya dari Universiti Utama Bangsar (UBU) yang tidak pernah wujud, mendalangi anak anak muda yang tidak punya jati diri, kononnya mereka berjiwa seni, bebas, pengkagum pejuang Marxis Che Guevera, merempat dan berpeleseran di sekitar Bangsar kini mengembabgkan sayap mereka di Pasar seni …penyokong tegar segala aktiviti jalanan an war al juburi!

    Saya berharap ada pihak cawangan khas yang membaca tulisan ini dan akn bertindak untuk mengambil tindakan sewajarnya. Sudah sekian lama blogger ini dibiarkan membuat penghinaan demi penghinaan .. jangan dibiarkan barah ini berterusan!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: