Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Nik Aziz Tidak Bantah DAP Hina Islam , tOK gUru ape ni???

Posted by puteraadnan di Khamis, 13 Ogos 2009

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam. Sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

Kata Tok Nik….” DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,” katanya kepada pemberita di sini semalam ketika diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP kebelakangan ini yang dilihat menghina Islam.

Nik Aziz berkata untuk meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam, PAS sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpin pemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.

Ntah apa apa Nik Aziz ni…Nik Aziz juga mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang melabelkan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat. Tapi pada hakikatnya sememangnya Anuar adalah pengkhianat bangsa melayu dan tidak harus dikatakan islam dan melayu terhadap Anuar. Sebaliknya beliau berkata perkara yang patut dipertikaikan adalah jika berlaku kepincangan dalam pelaksanaan dasar PKR dan bukannya membuat serangan peribadi.

“Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya rasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang,”

Ingat-ingatlah saudara melayu ku….!

Advertisements

15 Respons to “Nik Aziz Tidak Bantah DAP Hina Islam , tOK gUru ape ni???”

  1. D14 said

    Manusia macam ni ker yang di katakan TOK GURU…yang dibangga2kan oleh pengikut PAS?
    Tok Guru bukan macam ni perangai dan perwatakannya…. kalo mcm ni juga perwatakan,tidak bantah DAp Hina Islam maka dia ni serupa juga dengan Anuar…PENGKHIANAT!

    • oooii…mangkok..dgar dulu…
      dap kate islam tu x elok mmang patut pon…sebab dia kapir..dan dia x paham islam tu ape…
      ini d sebabkan pandangannyer itu..islam yg d bawa oleh umno..boleh maki allah dan rasul..seperti menolak hukum allah…
      yang umno tu kate dia islam..tapi hari2 menolak hukum islam..menentang ajaran islam..berkawan dngan israel..(zahid hamidi)…itu lagi bapak pengkhianat…ha jawab..

    • dolah said

      Nik Aziz cakap tak serupa bikin, apa yang nik aziz buat untuk rakyat kelantan? jangan ingat kami tak tahu… beli tanah banyak2 mana datang duit…nik aziz tak rasa malu! janganlah tamak sangat rakyat terpaksa tadah tangan pada kerajaan untuk anak2 nak makan kesian…

  2. jgn cuba main api
    kita dah feed up dgr ni semua..politic punya pasal nak jadi ketua …nak pegaruh…tunggu kami tak diam bersatu lah umat islam malaysia..selama ini mereka selesa tak bawah naungan islam.

  3. shafifah said

    JADUAL PENGAJIAN ILMU HUJUNG MINGGU INI 14-16 OGOS 2009

    KLIK :

  4. kelopak hijau said

    hahaha..lg sekali nik aziz opss..ulama dan tok guru ni buat lawak..dah mcm2 lawak dah dia ni buat..kalah pelawak2 malaysia yg ada skng..dulu cina baca potongan ayat suci Al-Quran masa “promosi” pilihanraya dulu nik aziz kata xpe..”sekurang2nya dia nk belajar mendalami Islam”..pastu isu perobohan rumah penyembelihan babi dulu pun dia dok mengalah jgk..la ni terang2 orng tu dok kutuk ISLAM pun dia kata ” DAP kalau hina Islam pasal dia bukan islam”
    APA NI NIK AZIZ!!!! MANA PEGI PERJUANGAN ISLAM KAMU TU..SEMUA APA YG KAWAN2 SEKUTU DIA BUAT DAH JADI HALAL SKNG NI..
    cuba kalau samyvellu yg buat sume ni..mau nik aziz melompat pegang keris bersilat pg petang siang malam x abis2..kalo sekutu dia yg buat semuanya BOLEH!!
    dah la tu nik aziz oi..keluar la dari politik..tukar la dgn org lain plk pegang mursyidul am tu..
    dah merapu sgt dah aku tgk sedara seagama aku sorang ni..kalo dulu dia ckp mahathir nyanyuk nmpknya dia lebih teruk dari nyanyuk skng ni..dan aku pun percaya dah ramai ahli2 PAS yg meluat dgn dia skng ni..smpai president PAS pun dia sanggup langgar..kalo mcm tu baik tukar nama parti PAS tu kepada nama PNA(parti Nik Aziz)..senang cerita kan..yg aku heran nape la ahli2 PAS ni takut sangat nk tegur Nik Aziz..seolah olah sume yg dia buat tu betul!! mcm ada kwn aku sorang ni ckp..” eh xbaik ckp Nik Aziz mcm tu..dia tu Ulama besar..Tok Guru”..abis tu Tan Sri Harussani tu bukan Ulama?? siap boleh maki2 lg mufti perak tu..yg tu x salah??
    ape benda la jahil kemaruk sgt dgn nik aziz ni pun aku xtau la..adoyai!!
    sudah terang lg bersuluh apa sebenarnya matlamat PKR dan PAS ni sume..sume nakkan kuasa sampai sanggup menghalalkan apa saje..yg salah sume org lain dan yg betulnya sume dia dan konco2nya..tp dlm ramai2 aku cukup tertarik dgn datuk Dr Hassan Ali..pasal ISLAM jgn main2 dgn dia..mcm ni la pejuang parti ISLAM sebenar..xtunduk ikut punggung sekutu..banyak lg la nk tulis ni..kang ckp aku ni penulis upahan UMNO lak kang..haha..
    apa pun aku tabik kat saudara ustaz ridhuan tee..mmg dia berani..xmcm separuh org yg berani bila nampak ada kepentingan semata mata..
    apa komen anda sebagai bijak pandai?? lu pikir la sendiri..salam..

    • jihad said

      assalamualaikum,,,adakah kamu ne seorang yg bertanggungjawab terhadap allah dan rasulnya?
      tolonglah merdekakan pemikiran kita yg jadi pak turut manusia kpd pak turut nabi muhammad,,,
      kenal tak sape dia 2?
      tak pelah aku terang ckit pe yg aku tahu.cth seorang engineer yg ada tauliah.dari sape?tahu tak?
      tak pelah kesian,,aku terangkan pe yg aku tahu.bermaksud bukan dari segi nk baiki keta ke motor ke atau sebagainya,,datangnya untuk baiki manusia tu yg di katekan tauliah dari allah..skrg nabi dh lama wafat,sape yg nak kita rujuk lagi?
      tak pelah sedih aku lihat zaman kini,,aku terangkan ape yg aku tahu.
      ada riwayat bahawa hadis nabi sebut ulamak itu pewaris nabi,,,bilanya berlaku kerosakan manusia di situlah tempatnya,,,
      bila berlakunya salah faham jangan lihat sebelah tangan je,,lihat kedua belah tangan.
      lu pikir lah sendiri,,,,,,,

  5. piji_klate said

    assalamualaikum..
    astaghfirullahalazim,knpe ah fikiran orag2 melayu khususnya ORANG ISLAM zman skrg xley nk gnakn fikiran yg dkurnian ALLAH dgn baik.apekah taraf kta nk kutuk ulama’???????bnyk sgtkh ilmu kta??????tinggi sgtkh ilmu kta?????hbt sgtkh kta?????????
    pemikiran kta hruslh bteraskn al-quran &hadis,bkn hnya mngikutkn logik akal.cba kita imbau kmli pd zman RASULULLAH,antra cra bginda bdakwah adalh dgn MENCERMINKN PERIBADI bagnda yg mulia.kaum2 kafir trtarik dgn akhlak dan peribadi baginda lalu mmeluk islam.itulah cra yg trbaik utk kta mnarik hati2 org bkn islam utk mndkati islam pd zman skrg,bknnya mngutuk ulama’ yg mmbrikn kta ksedaran ya hkiktnya utk kbaikn kta brsma..snoga kta dkurniakn hidayah ALLAH…amin

  6. abu said

    Ayat Nik Aziz diputar belit. cari rakaman asal dahulu, kemudian cube telaah balik. jgn jadi blogger yg kupas isu daripada blog lain. ayat tu jgn diambil dari luar konteks. paham dahulu balik seluruh inti. marilah kita jadi bangsa yang buat research, jgn dok cedok brite org je. sampai skrg ni aku tgh cari, part mane yg dap hina islam directly? yg jeff ooi panggil jemaah islah malaysia tu islamic terrorist ke? atau yg mane? tolong enlighten sket.

  7. shafifah said

    Jadual Tafaqquh Fid Din Sepanjang Ramadhan 2009

    Klik :

  8. NERAKA said

    Saya bukan ape, setahu saya nik aziz nmg dari dulu suka bercakap begitu.. Sebab kenyataan yang begitu sudah biasa dari dulu lagi..
    saya di sini cume berharap kalo nik aziz keluarkan kenyataan, keluarkan sekali maksud dan keterangan.. tidak perlu buat rakyat ni pening2.. sebab ilmu yang ade pada dia tu pun bukan dia punye, kalo nak bercakap tentang kebenaran biarlah terang dan jelas.. tidak ade selindung2.. terus terang je..

  9. shabriduda said

    cabar lah media siar keseluruhan kenyataannya jangan la siar separuh2 ja.

    http://anwaribrahimblog.com/2009/08/20/fitnah-dan-adu-domba-perkauman-politik-pimpinan-umno-bn/

  10. matdollah said

    Apa2 pun yg kita buat atau kita katakan di dunia ini, semuanya akan dihisaf di akhirat, tak kira kamu tu engineer ke?, doktor ke? atau ulamak ke? semuanya akan disoal disana!. Waktu tu jangan nak bohonglah, semua tercatit tak perlu lagi bukti2 kukuh.
    Apa yg penting kita mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yg kita lakukan, jangan baling batu sembunyi tangan.
    Perjuangan Nik Ajis dan PAS belum 100% atau 50% atau 10% Islam, jangan nak temberanglah.
    Macamana sebuah parti politik yg berjuang dalam politik pilihanraya nak disamakan dengan perjuangan Rasullullah SAW yg 100% bertunjangkan Al-Quran dan Sunnah?, perjuangan Rasullullah SAW yg penuh hikmah dan berakhlak tinggi, nak kita samakan dengan politik memaki hamun, caci memcaci dan fitnah menfitnah?.
    Jika jalan yg ditempuh tidak 100% atau 50%, manakan sama hasil yg akan kita perolehi?, sudah tentu tidak akan serupa dengan perjuangan Rasullullah SAW.
    Sepatutnya dalam ceramah yg dianjurkan, kita ajak orang ramai utk dirikan solat, berakhlak mulia dan mengerjakan kebaikan, ini fardhu Ain hukumnya, bukan memaki hamun, sesatkan orang, sedangkan orang yg dihadapan kita tu pun ada yg tak sembahyang, tak puasa dan kaki maksiat (macamana nk masuk syurga?).
    Apa guna bakar semangat orang dengan perkataan berapi2, tak takutkah dengan api neraka yg akan membakar diri sendiri??.
    Mungkin habluminallah (hubungan dengan Allah) kita baik, tetapi Habluminanas (hubungan sesama manusia)kita teruk, ingat di dalam Islam tu kedua2nya adalah penting.
    Dan dalam perperangan para sahabat pun, Akhlak Mulia terhadap musuh diamalkan.
    Saya teringat akan sebuah nasyid yg boleh dijadikan nasihat utk kita semua:

    Akhlak Mulia, Allah Suka
    Akhlak Mulia, Rasullullah suka
    Akhlak Mulia, Ibu Bapa Suka
    Akhlak Mulia, Semua Orang Suka
    Akhlak Mulia, Bakal Ahli Syurga

    Jadi kalau nak masuk syurga Muliakanlah Akhlak Anda.

    • sedare oooii…..lain kali blaja la..islam tu ape..syariah tu ape…ni main ckap je…
      abis tu ameno tu islam ke..?
      kes memali ..keje sape..?
      mnteri bsar luar tabie..keje sape..?(zambri)
      rampas duit rakyat…keje sape..?
      buat kilang arak keje sape..?
      mencerce..tolak hukum tuhan keje sape..?dan bnyal lagi….
      50 thn memerintah..ape yg islam dapat..?
      melayu merempat..ekonomi hancur..gejala dadah bohjan/sia..rempit…jenayah dah pringkat gila babi dah…
      yg pas nak bwak…islam..serta melaksanakan segala hukumnye yg dperintah oleh allah d rasulnyer….
      pas bkawan dgn org bkan islam adalah utk berdakwah dan mnerangkan kebaikan islam pd mreka…
      umno buat ape..? bkawan dgn mca dan mic…satu bende islam pon depe tak paham…ha jawab…

      • matdollah said

        Yang sepatutnya blajar tu adalah kau sendiri!. Konon nak dakwah orang bukan islam hehehe geli hati…anak bini kat rumah pun tak terdakwah, masih terhumbang ambing, masih bergelumang dosa dan noda….silap2 nanti diri sendiri kena dakyah dengan bukan islam!! baru padan muka. Cerminlah muka tu, layak ke kau dan orng2 ko tu yg masih makan belacan dan budu nk jadi penyelamat Islam? hehehe memalukan!
        Toksa nak cakap dakwahlah…contoh baik pada diri sendiri pun tak ada, macammana orang lain nak ikut dan jadikan contoh?, siang malam mencerca, memaki hamun, memfitnah, ini kah bentuk dakwah yg nak dijadikan contoh?. Kalau tentang perbuatan baik buruk ni, org2 Atheis yg tak percaya Tuhan pun boleh terima: memaki, memfitnah, membohong merupakan perbuatan salah, nikan pula org2 Islam sendiri.
        Para Sahabat Rasullullah SAW merupakan sebuah Quran yg hidup, yang kerana itu 2/3 dunia jatuh tergelapak atas pangkuan para sahabat!!. Apakah 2/3 dunia yg jatuh atas pangkuan para Sahabat itu hasil dari perjuangan politik pilihanraya??, tentulah tidak!, jadi kenapa pilih jalan yg salah?!, kenapa pemimpin2 Pas tidak memilih jalan Rasullullah Saw dan para Sahabat, sebagai jalan mereka?, macammana boleh dihalalkan politik pilihanraya?.
        Jadi bila kita memilih jalan politik pilihanraya, bersedialah utk terima dan hadapi:
        kes memali ..keje sape..?
        mnteri bsar luar tabie..keje sape..?(zambri)
        rampas duit rakyat…keje sape..?
        buat kilang arak keje sape..?
        mencerce..tolak hukum tuhan keje sape..?dan bnyal lagi….

        Adakah Pas benar2 mengikuti Al-Quran dan Sunnah??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: