Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 26 Ogos 2009

Taksub Menghalang Penyatuan Umat Islam..

Posted by puteraadnan di Rabu, 26 Ogos 2009

Inisiatif Majlis Raja-Raja untuk menyatu padukan semula umat Melayu angkara perbezaan politik telah mula menampakkan positif.

Apa yang ketara janji yang diluahkan oleh Raja-Raja Melayu mula dikotakan dengan pembabitan aktif sultan-sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri dalam meberi nasihat kepada orang Melayu mengenai betapa pentingnya mereka bersatu padu dan mengelakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Golongan ulama juga mula meningkatkan usaha untuk memperkukuhkan persaudaraan bangsa Melayu melalui ucapan dan ceramah-ceramah.

Semua ini membuktikan bahawa kerajaan beserta Raja-Raja Melayu menyedari bahawa jika perpecahan yang disebabkan oleh polemik dan perbezaan pandangan politik tidak dibendung dengan segera, masalah ini akan melarat ke tahap yang lebih gawat dan sekali gus merugikan orang Melayu sendiri.

Antara faktor utama yang mendorong kepada perpecahan ini ialah sikap taksub yang diamalkan oleh pengikut sesetengah fahaman politik.

Kemelut yang berlaku ini disebabkan oleh sesetengah orang Melayu yang tidak tahu membezakan politik kepartian dan nilai-nilai keagamaan. Kekusutan ini bertambah apabila sesetengah pemimpin parti pembangkang mengapi-apikan perasaan pengikut mereka dengan melemparkan segala macam fitnah dan tohmahan.

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | 1 Comment »

LIDAH BERCABANG ANWAR

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 26 Ogos 2009

Oleh:- Mawar berdarah

Berikut adalah kata-kata Anwar Ibrahim semasa berkuasa dulu.Renung dan fikirkan akan siapakah sebenar Anwar, dan bolehkah kita sebagai bangsa melayu dan beragama Islam terus mempercayai beliau?

“Para Pemimpin PAS janganlah menjadikan diri mereka sebagai pelawak sarkes yang hanya menjadi bahan untuk orang lain mengaut keuntungan sedangkan mereka hanyut dalam tepukan. PAS kini telah sedia diperalat oleh golongan pelampau yang bencikan Islam dan Bangsa Melayu serta mahu segala keistimewaan orang Melayu dihapuskan”

(Ucapan Anwar Ibrahim semasa merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Parit di perak pada 22 Mac 1987) Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa | 2 Comments »

PAS DAN UMNO SUATU PERBANDINGAN..yang mana betul, dan yang mana tidak betul!

Posted by puteraadnan di Rabu, 26 Ogos 2009

Oleh: Putera_Adnan

scan0001

scan0001

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Sejarah | 4 Comments »