Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 4 Ogos 2009

Biarpun Mereka Berbeza Ideologi Politik Ke’Parti’an, Tapi Suara Mereka senada Seirama

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 4 Ogos 2009

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Masyarakat cina bukan hanya pandai bercakap tentang permuafakatan, pengorbanan dan sokongan untuk mendidik anak bangsa mereka, sebaliknya mereka menterjemahkan semua kata-kata itu melalui tindakan. Biarpun mereka berbeza ideology politik, kepartian , dalam soal kelangsungan pendidikan bangsa mereka, suara mereka senada, pendirian mereka seirama. Bagi mereka, soal pendidikan merupakan soal kelangsungan hidup bangsa.

Lihat saja strategi masyarakat cina untuk memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan tinggi. Hari ini misalnya ada 20 buah institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 24 buah politeknik yang tersenarai dalam laman Web rasmi kementerian Pengajian Tinggi-majoritinya diisi oleh pelajarmelayu dan Bumiputera. Namun pada masa yang sama, bilangan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini berjumlah 450 buah. Majoriti pelajar di IPTs ini merupakan pelajar cina dan bangsa bukan melayu yang lain. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan | 1 Comment »

H1N1 Telah meragut 8 nyawa TETAPI Pakatan Rakyat dengan mudahnya mendedahkan rakyat untuk dijangkiti…Apa sumbangan Pakatan Rakyat dalam menangani wabak ini?

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 4 Ogos 2009

Oleh: Tenda Biru

Wabak H1N1 tidak begitu diendahkan oleh rata-rata rakyat Malaysia. Saban hari semakin banyak sekolah-sekolah dan kolej-kolej yang terpaksa ditutup kerana wabak ini. Sehingga ke hari ini wabak H1N1 telah meragut 8 nyawa. Moga-moga dengan lapan terkorban di sebabkan wabak H1N1 ini, semua pihak akan lebih serius di dalam menangani wabak ini.

Pihak Pakatan Rakyat (PR) yang selalunya dilihat cenderong untuk menonjolkan diri kononnya mereka adalah “pembela nasib rakyat Malaysia” juga dilihat tidak mengendahkan isu ini. Mereka yang selama ini suka memperjuangkan beberapa isu dengan mengadakan rapat-rapat umum dan ceramah-ceramah, memandang sepi isu ini. Mungkin kerana wabak ini dilihat tidak memberikan “political millage” seperti mana isu kematian mendiang Teoh di bangunan SPRM maka ianya dibiarkan untuk ditanggung sendiri oleh Kerajaan Barisan Nasional. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pautan Web, Politik | Leave a Comment »

Masyarakat Jangan Tersalah Menilai Ciri-Ciri Ulama Sebenar

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 4 Ogos 2009

Oleh: Anak kecil Dari Gunung

Ulama secara ideal adalah orang yang arif dalam ilmu dan orang yang tersohor tetapi disebabkan makna ulama itu sudah dicampur aduk maka yang bukan Ulama pun dipanggil Ulama.

Tetapi masyarakat kita, asal orang itu tahu serba sedikit mengenai agama, dipanggil Ustaz dan yang boleh bercakap, digelar Ulama.

Ulama dalam konsep sebenar adalah mereka yang memiliki ketinggian intelektual dalam bidang hebat serta bersedia menyumbang pemikiran untuk pembangunan ummah, bukan memiliki ciri tertentu yang ditetapkan masyarakat seperti memakai serban atau berjubah. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »