Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for September 2009

PAKATAN RAKYAT GAGAL DI SELANGOR

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 29 September 2009

Oleh: Kawan Lama

Terkini, di Selangor dua isu besar yang begitu hangat diperkatakan. Isu SELCAT (Select Committee for Competency, Accountability and Transparency) di Selangor telah menjadikan Dr Hasan Ali dikambing-hitamkan dan disenarai-hitamkan oleh Pakatan Pembangkang khususnya daripada DAP. Selain itu, 30 buah lori yang membawa lembu di bangunan SUK Selangor semalam (28/09/09) telah memperlihatkan kemarahan dan rasa tidak puas hati rakyat Selangor terhadap perlaksanaan dasar kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan kerajaan Pakatan Pembangkang di negeri itu. Apakah Selangor akan menjadi seperti Perak? Apakah rakyat Selangor yang dahulunya dalam PRU 12 mahu mencuba perubahan dan beralih angin dalam kepimpinan negeri kepada Pakatan Pembangkang, kini telah merasa muak dengan kegagalan dan karenah kerajaan pilihan mereka? Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 12 Comments »

Petikan 8 Artikel Oleh Dr Riduan Tee Abdullah

Posted by puteraadnan di Isnin, 28 September 2009

Untuk Bacaan Sahabat dan fikir2kan lah…!! Terdapat 8 artikel Dr Riduan Tee Abdullah dalam attachment ni…

Artikel 1- NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU
Oleh: Dr. Mohd Redhuan Tee

Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya
amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya
Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.
Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati
semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguhsungguh
dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga
siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang
salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan
berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara
dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian
pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu
perkara dibuktikan. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan, Politik, Sejarah | 1 Comment »

Salam Aidilfitri

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 17 September 2009

oleh:- Sahabat Mantap

kad-raya-mantap-comfrm

Posted in Pelbagai & Lain-lain | 1 Comment »

HAPUS ISA DEMI SIAPA ?

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 15 September 2009

OLEH:- Anak Kecil Dari Gunung

Kita tak taulah apa muslihatnya orang buat demonstrasi nak hapuskan ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri. Kalau betul tak suka, buatlah perubahan tu cara yang betul. Betul demonstrasi jalanan bukan caranya nak selesaikan masalah. Nampaknya ada budaya baru masa ni. Kita orang yang suka aman. Tak suka kecoh dan rebut. Kita nak cari makan. Nak besarkan anak-anak. Nak tanggung keluarga. Kita tak nampak sebab mengapa kita perlu berdemonstrasi sampai susahkan orang ramai. Tak ada faedahnya cara tu. Lagipun bukan budaya kita.

Kita rasa pelik juga yang lantang tentang ISA tu bangsa lain. Tapi yang berarak tu orang Melayu. Apa jadinya? Adakah mereka didalangi orang lain? Ada tauke besar yang buat anak-anak kita berarak dijalan sedangkan mereka senang-senang hati tengok dari jauh? Anak-anak Melayu jangan lupa tujuan ISA sebenarnya. Kalau tak ada ISA dulu, entah apa jadi negara kita. Kita negara pelbagai kaum. Banyak isu sensitif. Banyak perkara yang tak boleh di sentuh demi hormat kaum lain dan nak jaga keharmonian sesama rakyat negara ni. Tapi nampaknya semua tu dilupakan. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa | Leave a Comment »

ISLAM dibenci..?

Posted by puteraadnan di Isnin, 14 September 2009

Oleh: Putera_Adnan

Membenci terhadap umat Islam bererti kita benci kepada Islam itu sendiri. Bila benci Islam, kitaakan menolak semua perkara yang terdapat dalam ajaran Islam, pemimpin Islam dan hukum-hukum Islam.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). Surah Al-Baqarah, ayat 214

Kenapa Islam dibenci? Bila Islam dibenci, umat Islam akan menjadi mangsa. Mereka kebanyakan daripada orang Asia Tengah, sebilangan kecil dari Asia termasuklah Malaysia dan Indonesia. Di Britain kebencian terhadap Islam semakin menjadi-jadi. Mereka melihat Islam mengancam kehidupan mereka. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa | Leave a Comment »

TUDUH UMNO DALANG!! PAS CUBA TUTUP KESALAHAN ISU ‘KEPALA LEMBU’

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 10 September 2009

Oleh:-Mawar Berdarah

Kenyataan tegas oleh Mahyuddin Manap, Pengerusi Kumpulan Penduduk Sekyen 23 telah menafikan terus tuduhan Mahfuz Omar sebelum ini yang menuduh UMNO sebagai dalang kepada perarakan ‘Kepala Lembu’!!! Isu itu timbul bila penduduk Seksyen 23 telah berarak sebagai membantah pembinaan kuil dikawasan kediaman mereka. Ternyata tuduhan mahfuz hanya untuk memburukkan UMNO sedang kan punca kejadian itu bermula dari sikap tidak puas hati penduduk kerana pihak kerajaan Selangor tidak mampu menyelesaikan perkara itu secara saksama. Malah kerajaan Selangor dilihat seperti menganaktiri kan penduduk Melayu bila semua bantahan mereka agar kuil tidak dibina di Seksyen 23 ditolak mentah-mentah oleh mereka. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa | 4 Comments »

PEMBINAAN KUIL HINDU SEKSYEN 13 MEMBELAKANGKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 9 September 2009

Oleh: Kawan Lama

“Islam adalah agama Persekutuan. Agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana mana bahagian Persekutuan.” – Perlembagaan Persekutuan

Apa nak kata kecoh pasal pembinaan kuil Hindu kat Seksyen 23 Shah Alam. Semua pun tau, kerajaan Pakatan Pembangkang di Selangor dan di negeri-negeri lain yang mereka terajui memang kecoh. Tapi saya bukan mau cerita pasal kecoh, tapi nak coret sikit pasal Pakatan Pembangkang yang kerap mementingkan diri mereka daripada rakyat di bawah kepimpinan mereka. Hal ini dapat dilihat jelas dalam peristiwa kekecohan yang timbul atas isu pembinaan kuil Hindu. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 3 Comments »

PERINGATAN TERAKHIR

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 8 September 2009

Oleh: Anak kecil Dari Gunung

Akhir-akhir ini ramai orang yang lupa diri. Hanya disebabkan warna bendera parti yang berbeza, ideologinya yang tidak sama, segala perkara dijadikan “ Modal “ politik untuk meraih sokongan. Soal sensiviti dan menghormati maruah orang lain kini sudah menjadi perkara kedua.

Natijahnya, fasal-fasal sensitif dalam Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 3(1),(2),(3) DAN (5), Perkara 11, Perkara 12, Perkara 38(5), Perkara 152, Perkara 153 dan Perkara 181(1), mula menjadi bahan perdebatan umum dan dipersoalkan kewajarannya.
Lebih parah , ada cadangan untuk mendakwa keputusan sultan di Mahkamah ekoran keputusan bagindayang tidak memihak kepada parti politik tertentu.

Kegetiran ini jika tidak kena gayanya bakal membawa petaka besar kepada negara. Tiadak ada bangsa dan negara yang mampu bertahan jika perlembagaannya ditafsirkan mengikut selera pemimpin politiknya, dan dipersoalkan secara terbuka oleh rakyat.
Maka, dalam konteks ini, peringatan “terakhir “ Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, pada 6 Ogos lalu tentang tujuh wasiat Raja- Raja Melayu, sewajarnya diteliti dengan penuh hikmah oleh semua pihak. Wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu mengandungi perkara berikut; Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

SIAPAKAH NIZAR? NIZAR PENGKHIANAT….

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 7 September 2009

Oleh: Sahabat Mantap ( Kenyataan Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah )

Melalui KOLUMNIS laman web Centre for Policy Initiatives (CPI), Helen Ang mengkritik dengan hebat beberapa siri artikel yang saya tulis dalam Mingguan Malaysia.

Artikel beliau bertajuk Ridhuan Tee‘s reverse take on racism, telah diposkan kepada beberapa laman web pembangkang dan membuka peluang kepada para pembaca laman web tersebut menyerang, mengecam dan menghentam peribadi saya sekali lagi, tanpa fakta ilmiah untuk berhujah sebagaimana artikel yang ditulis beliau.

Saya sepatutnya tidak mahu melayan mereka yang menulis tanpa membuat kajian dan penyelidikan terperinci seperti mana yang saya lakukan. Ternyata beliau tidak faham apa yang saya tulis. Mungkin disebabkan oleh tahap penguasaan bahasa Melayunya yang agak rendah setelah sekian lama tinggal di negara ini. Sebahagian kecil petikan artikel saya dimanipulasikan seperti yang dilakukan oleh akhbar Cina.

Petikan yang saya ambil daripada kata-kata Almarhum Tunku Abdul Rahman mengenai perlunya bandar raya Shah Alam bebas daripada arak dan kelab malam telah disalah tafsirkan. Helen Ang mengatakan bahawa ia adalah tulisan saya. Saya sungguh kasihan cara beliau berusaha untuk memahami artikel saya dalam bahasa Melayu mudah. Mujurlah saya tidak gunakan bahasa yang bombastik, jika tidak saya tidak tahu apa yang Helen Ang akan tulis.

Beliau juga menuduh saya ‘masuk Melayu’ dan bukan ‘masuk Islam’ agar diterima oleh orang Melayu, dan seterusnya menjadikan saya lebih berjaya. Bagaimanakah saya boleh ‘masuk Melayu’ sedangkan saya seorang Cina. Saya memeluk agama Islam, bukan ‘masuk Melayu’. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya memeluk Islam kerana kemuliaan dan kesucian Islam. Saya tidak pernah mengharap sebarang bantuan setelah memeluk Islam, kerana agama Islam mengajar saya prinsip berdikari. Bangsa seseorang tidak boleh ditukar walaupun ia telah memeluk Islam kerana bangsa itu adalah kejadian Allah SWT. Manakala agama, kita boleh pilih untuk dijadikan pegangan hidup seperti yang saya lakukan.

Dalam membahaskan fakta yang saya kemukakan, Helen Ang membandingkan antara Cina Thailand dengan Cina Malaysia. Helen Ang memujikan rakyat Thai kerana dapat menerima Perdana Menteri Thailand kini, Abhisit Vejjajiva berketurunan Cina. Begitu dengan Perdana Menteri sebelum itu seperti Chuan Leekpai dan Thaksin Shinawatra. Helen mempertikaikan kenapa orang Cina tidak boleh menjadi Menteri Besar Perak (DAP). Jawapannya mudah, kerana orang Cina di Thailand sudah tidak serupa Cina. Mereka boleh dikatakan lebih Siam daripada Siam. Persoalannya, adakah itu berlaku di Malaysia?

Ternyata dalam banyak perkara yang diulas, beliau tidak dapat memahami sejarah Tanah Melayu dan sejarah pembentukan Malaysia. Lebih malang lagi beliau tidak dapat memahami roh bagaimana Perlembagaan Persekutuan digubal hasil persetujuan semua kaum, melalui pakatan murni atau lebih dikenali dengan kontrak sosial. Begitu juga Perlembagaan setiap negeri, ada sejarahnya tersendiri. Saya harap kejahilan ini tidak berlaku kepada orang lain agar tidak buta sejarah.

Helen Ang juga perlu mengkaji 7 wasiat Raja-raja Melayu seperti yang disebut oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, yang telah membentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Helen Ang perlu memahami makna yang tersurat dan tersirat dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut. Jangan asyik mempertahankan dan membaca akhbar-akhbar Cina.

Kenapa beliau mempertikaikan kedudukan Menteri Besar Perak yang tidak dilantik dari kalangan DAP? Cuba Helen Ang bandingkan, kenapa Ketua Menteri Pulau Pinang mesti diserahkan kepada Cina? Tidakkah kerusi UMNO lebih banyak daripada kerusi parti-parti politik lain dalam pilihan raya 2004 dan sebelum itu? Kenapa kita tidak menghargai tolak ansur dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh orang Melayu? Sesuatu yang menguntungkan disenyapkan, yang tidak menguntungkan digembar-gemburkan untuk menagih simpati.

Helen Ang juga mempertikaikan fakta yang saya tulis akan bilangan rumah ibadat bukan Islam seperti kuil Hindu, tokong Cina dan gereja Kristian melebihi bilangan surau dan masjid. Di sini saya pamerkan statistik tersebut untuk pengetahuan beliau akan nasib Melayu di bumi Melayu.

Contohnya di Selangor mempunyai penduduk berjumlah 4.8 juta. Daripada jumlah itu orang Melayu mewakili 2.5 juta dengan kapasiti 259 masjid dan 939 surau. orang Cina Buddha berjumlah 1.3 juta mempunyai 1,015 tokong, orang India berjumlah 647,000 dengan 810 kuil berdaftar (bilangan ini belum dicampurkan dengan tokong dan kuil yang tidak berdaftar). Manakala, bilangan gereja Kristian biarlah Helen Ang yang cari untuk menampung jumlah 50,000 penganut Kristian.

Statistik :

Berdasarkan kepada statistik ini, jelas kepada kita, setelah dicampur semua rumah ibadat bukan Islam, kedudukan masjid surau sebenarnya jauh ketinggalan. Ini baru perbandingan satu negeri, bayangkan negeri- negeri lain. Adakah nisbah antara bilangan penduduk dengan bilangan rumah ibadat itu adil? Begitu besar bezanya. Sila rujuk Wikipedia, walaupun ia bukanlah sumber yang outentik dalam akademik. Tetapi saya yakin statistik ini tidak jauh bezanya.

Jangan kita bercakap kosong tanpa melakukan penyelidikan. Helen Ang mungkin terkejut bila saya paparkan statistik seluruh negara. Kenapa dalam sebuah negara majoriti Melayu boleh berlaku demikian? Inilah tolak ansur orang Melayu. Hormatilah tolak ansur ini. Jangan terlalu kiasu. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa | 5 Comments »

BOLEHKAH ANWAR DIPERCAYAI?

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 7 September 2009

Oleh:- Mawar Berdarah

“Saya Tidak Memilih PAS sebagai wadah perjuangan kerana parti itu mengamalkan pendekatan Islam yang kasar dan gopoh.” “Fahaman dan amalan sesetengah tokoh ulama PAS telah menghakis minat saya untuk berjuang memajukan umat Islam menerusi parti itu.”

“Saya tidak sanggup melihat bagaimana sebuah parti Islam menilai kebolehan pemimpin mereka berdasarkan sejauh mana seseorang itu boleh mengkafirkan saudara sesama Islam.” “Saya memilih memperjuangkan Islam menerusi Umno dan bertanding dalam pilihanraya tahun 1982. Saya telah membuat keputusan yang bijak dengan tidak memilih PAS. Pendekatan dakwah dan politik Islam amalan PAS boleh menjatuhkan kesucian agama.

(Ucapan Anwar Ibrahim di Majlis Talimat khas kepada kakitangan kerajaan di PWTC pada 11 April 1995) Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran | 2 Comments »

Orang Melayu Lupa Diri

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 5 September 2009

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

melayu lupa diri...

Kita sedih kerana banyak orang Melayu sendiri yang lupa semua itu, terutamanya golongan muda. Mereka lahir pada zaman senang. Mereka tak faham mengapa perlindungan perlu diberikan kepada orang Melayu.Apa perlunya hak istimewa orang Melayu?

Kita rasa salahnya cara kita didik anak-anak muda ini. Tak cukup pelajaran sejarah. Kalau ada pun tak ada penghayatan. Kita tumpu pada peperiksaan, kita lupa mereka perlu hayati pengajaran sejarah, bukan menghafal macam burung kakak tua untuk lulus peperiksaan.

Banyak orang lupa perlunya kita beri perlindungan kepada orang Melayu. Mereka lemah serba-serbi, terutamanya dalam hal pelajaran dan ekonomi. Sebab itulah ada Dasar Ekonomi Baru ( DEB ). Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | 4 Comments »

BERSUARA BERLANDASKAN FAKTA

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 4 September 2009

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Ketuanan Melayu sudah terlalu kerap dipertikaikan baik dalam kalangan Pembangkang mahupun penyokong kerajaan sendiri. Ada usaha untuk menghapuskan hak istimewa kaum Bumiputera dalam ekonomi dan pendidikan atas dasar kesamarataan. Ungkapan kebebasan beragama pula diputarbelitkan sehingga memberikan gambaran bahawa Islam bukan agama utama di Malaysia. Ironinya bahtera ‘ Pengkhianatan , ini turut di kemudikan oleh orang Melayu sendiri demi memenuhi nafsu menduduki tampuk kuasa pemerintahan secara tergesa-gesa.

Kewujudan institusi raja juga disanggah tanpa menyingkap bukti sejarah. Sudah acap kali pula raja-raja Melayu memerintahkan rakyat supaya akur pada kontrak sosial tetapi tidak di endahkan. Walau bagaimanapun golongan “ Mabuk Kuasa “ ini terus menyempurnakan agenda mereka dengan mengheret rakyat yang tidak bersalah. Mereka seolah-olah mendapat tenaga luar biasa setelah mendapat sedikit kuasa melalui pilihan raya hasil permainan sentimen politik yang sempit. Dengan sokongan masyarakat luar yang sejak dahulu mencemburui pencapaian baik Malaysia dalam pelbagai bidang, usaha mereka sudah kelihatan seperti misi global.
Apakah yang tidak kenanya dengan negara padahal negara sudah mengecap kemakmuran dan keharmonian sejak puluhan tahun dahulu? Adakah ketenteraman dan Keamanan bukan sesuatu yang berharga hingga kita sanggup menggadaikannya dengan melakukan huru-hara dan demontrasi tanpa diketahui hujung pangkalnya? Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

BOLEHKAH PAKATAN RAKYAT MENTADBIR NEGARA?

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 4 September 2009

Oleh:- Mawar Berdarah

Sedangkan DAP Tak Mahu PAS

Ketua Setiausaha DAP Lim Guan Eng hari ini mengulangi bahawa DAP akan menolak sebarang usul untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam ataupun Kristian, Kenyataan yang menunjukkan pertembungan awal parti bermajoritikan bangsa cina tersebut dengan parti rakan yang berteraskan Islam,PAS.

“Apa jua usul untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam atau Kristian adalah bercanggah dengan visi masyarakat yang berbilang budaya dan agama.lebih-lebih lagi ia bercanggah dengan perlembagaan pusat yang berasaskan undang-undang sivil (dan bukan undang-undang agama),”Kata Lim dalam ucaptama beliau di kongres 2008 Dap pada Ogos 23, 2008.

Ditanya mengenai hasrat ahli-ahli PAS untuk mencadang Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menubuhkan Kerajaan, Lim berkata DAP akan memberi sokongan kepada DATO’ Seri Anwar Ibrahim.
“Saya dah berulang kali mengatakannya dan saya telah katakana pada hari ke sepuluh saya dilantik sebagai ketua Menteri, “kata Lim
(Petikan dari Malaysiakini Syed Jaymal zahid Aug 23,08 6:06 Pm) Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa | 2 Comments »

ANWAR WIRAKAH ATAU PETUALANG BANGSA & NEGARA?

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 4 September 2009

Oleh:- Mawar Berdarah

Kita sedar bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim hanya mahu menjahanamkan bangsa Melayu kita dengan konsep kesamarataan beliau yang mahu memberi taraf yang sama kepada semua kaum di Malaysia. Kita lihat bagaimana beliau telah menaburi janji kepada kaum bukan Melayu dan menyokong Bar Council dalam forum “Memeluk Islam” dan menyokong agar pintu UITM dibuka kepada bukan Melayu.

Tanah ini Tanah Melayu dan sesungguhnya hakikat ini harus disedari dan ditaati oleh semua kaum. Agama Islam, Bangsa Melayu dan Bahasa Melayu sudah termaktub dalam Perlembagaan. Kenapa pula kita harus biarkan Dato Seri Anwar merungkai apa yang telah disempurnakan oleh pejuang – pejuang Melayu dahulu? Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa | Leave a Comment »

POLITIK PEMBANGKANG

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 3 September 2009

Oleh: Tenda Biru

Apa yang di buat oleh pembangkang semuanya molek, betul, liberal, adil dan semuanya yang baik-baik.

YB Gangster, rezab masjid tukar jadi tapak kuil hindu, songlap duit rakyat dan zakat, kroni, liwat, sebar fitnah dan terbaru permit penerbitan palsu, itu semuanya “halal” buat mereka kerana ianya dilakukan oleh pakatan pembangkang.

Kenapa ianya adil? Apa mereka buat sentiasa adil disebabkan adanya parti keADILan Rakyat bersama-sama mereka. Kenapa ianya halal? Kerana mereka adanya parti Pas bersama-sama mereka.

Polis jahat, sebab selalu patahkan rancangan jahat mereka.

SPRM pembunuh, kerana tangkap pembangkang songlap duit.

Pendakwaraya jahat, sebab dakwa pembangkang yang bersalah.

Mahkamah jahat, bila menjatuhkan hukuman pembangkang bersalah. Sebaliknya kalau menyebelahi mereka, mereka diam senyap.

SPR jahat, kalau pilihanraya mereka kalah. Kalau mereka pakai pengundi hantu SPR tak dapat tangkap,mereka senyap.

Nak buat macam mana? Ramai rakyat masih tertipu ataupun sememangnya suka ditipu oleh mereka.

Oleh itu, kita lihat dan perhatikan, apa pula yang mereka (pembangkang) lakukan selepas ini..

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

Salah Tafsir kebebasan Bersuara

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 3 September 2009

Oleh: Anak kecil Dari Gunung

Demokrasi bukan lesen untuk bebas bersuara atau melakukan apa-apa sahaja. Demokrasi juga mempunyai batas yang perlu di hormati. Baru-baru ini, majoriti umat islam di negara ini tersentak dengan kenyataan dua orang wakil rakyat DAP, Jeff Oii ( Ahli Parlimen Jelutong )dan Ronnie Liu ( Exco Kerajaan Negeri Selangor ) yang terang-terangan mempersendakan islam. Kononnya atas “ LESEN “ kebebasan bersuara dalam sistem demokrasi, Jeff Oii yang juga ketua staf Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, secara terbuka mengaitkan Syariah islam dengan ekstremis agama. Manakala Ronnie Liu pula mempersendakan hukum islam dengan menyatakan bahawa bir bukan minuman keras.

Apa yang sudah terjadi kepada dua orang wakil rakyat DAP ini? Jika kedua-duanya “ BUTA “ tentang islam, mengapa dengan angkuhnya mereka memperkatakan soal agama suci itu. Jika mereka mendakwa demokrasi memberikan hak untuk sesiapa sahaja bebas bersuara, mengapa dalam demokrasi juga dituntut kepentingan masyarakat perlu mengatasi kepentingan individu?

Bukankah kenyataan dangkal mereka itu menjejaskan keharmonian masyarakat sehingga menimbulkan kemarahan banyak pihak termasuk daripada sekutu DAP sendiri? Jadi, kitab demokrasi mana sebenarnya yang mereka rujuk sehingga “ terkeluarnya” kenyataan sebegitu? Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa | Leave a Comment »