Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 17 Ogos 2009

Pertahankan Kuasa Politik Melayu/Islam!

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 17 Ogos 2009

Oleh: Tenda Biru

gambar hiasan

Inilah yang akan terjadi kepada anak bangsa Melayu akan datang jika kuasa politik tidak lagi kita kuasai, jika bangsa pendatang yang memerintah kita kelak? Inikah yang pemimpin-pemimpin Melayu mahu lihat?

Anak-anak muda hari ini terlalu ghairah berpolitik. Malangnya mereka sangat kurang atau terlalu cetek tentang ‘kuasa politik’. Kuasa politik Tanah Melayu harus di terajui oleh Melayu/Islam. Ertinya ketua pentadbiran Melayu/Islam dan EXCOnya mestilah lebih 51% Melayu/Islam. Jika perkara ini TIDAK berlaku ini bermakna ‘kuasa politik Melayu/Islam’ tidak wujud.

Ketika ini kuasa politik negara masih lagi di tangan Melayu/Islam. Jika sekiranya Pakatan Rakyat berjaya berkuasa, pasti ‘kuasa politik’ Melayu/Islam musnah. Begitu juga dari segi ekonomi. Selama ini ekonomi Islam juga telah dibantutkan oleh kaum kafir. Ianya bukan sahaja berlaku di negara-negara Islam di Timur Tengah, tetapi ianya sedang rancak berlaku di Malaysia.

Oleh kerana dari mula asalnya lagi kaum kafir di Malaysia sudah menguasai ekonomi Melayu/Islam, maka dengan mudah mereka akan terus menekan ekonomi Melayu/Islam. Hingga kini kerajaan telah gagal mengatasinya walaupun berbagai agenda dan program telah dilakukan. Mereka tahu bahawa dengan menguasai ekonomi, maka dengan mudah mereka akan dapat menguasai politik pula.

Sekarang Malaysia sedang berada diambang peralehan kuasa politik dari kuasa tulen kaum Melayu/Islam kepada kuasa campuran yang kononnya lebih adil dan telus. Selain itu, kita juga sedang berhadapan dengan krisis di antara DAP(Cina) dan UMNO(Melayu/Islam). Tetapi malang sungguh bagi kaum Melayu/Islam kerana berpecah dikala menghadapi krisis ini. Sedangkan DAP(Cina) sudah bersatu padu. Paling malang bagi Melayu/Islam kerana PAS dan PKR pula membantu menambah kuatkan DAP(Cina).

Walaupun PM nya Melayu/Islam tetapi jawatan menteri-menteri yang penting seperti pertahanan di terajui oleh kaum bukan melayu/Islam bagaimana kedudukan Melayu/Islam?

Oleh itu, Melayu/Islam haruslah mempertahankan kuasa politiknya yang tulen supaya kuasa memerintah yang tulen dapat dikekalkan oleh kaum Melayu/Islam 100%.

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 2 Comments »