Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for Julai 2009

PAS SANGGUP BERKORBAN APA SAHAJA UNTUK MENJAGA HATI DAP

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 28 Julai 2009

Oleh:- Tenda Biru

Makin sehari semakin nampak jelas PAS bertambah taksub kepada DAP. Sehinggakan ada ahli PAS yang sudah beranggapan ‘PAS itu DAP, DAP itu PAS!’ Tetapi malangnya, DAP tidak pernah beranggapan begitu, sebaliknya mereka tetap berkata bahawa DAP itu tetap DAP.

Hari ini PAS telah menyatakan bahawa DAP ialah parti yang teragung dan tersangat baik bagi membela nasib masa depan orang melayu/Islam.

PAS sanggup berkorban buat apa saja demi menjaga hati dan perasaan DAP. Walaupun apa yang dilakukan itu banyak pihak meragui ‘kehalalan’ perbuatan itu, namun PAS akan lakukan juga demi untuk menunjukkan betapa sayangnya PAS terhadap DAP.Sebaliknya DAP pula TIDAK pernah memeberi reaksi seperti yang PAS berikan kepada DAP. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

PKR, Parti Untuk Orang-Orang Yang Kecewa

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 22 Julai 2009

Oleh: Tenda Biru

Apa nak cakap lagi, PKR ialah sebuah parti politik tempat berkumpulnya MANUSIA-MANUSIA YANG KECEWA. Lihat sahaja contoh-contoh terbaru, Zaid Ibrahim contohnya, ini satu kesilapan PM terdahulu yang dengan niat sucinya nak ambil manusia yang terkenal lebih PRO kepada pembangkang dari UMNO sendiri sebagai sanator dan menteri penuh! Pelbagai isu yang dimainkan oleh beliau. Sekarang dia nak pujuk Tengku Razalie masuk PKR pula. PKR masih tak belajar dari kesilapan. Di Perak juga buat macam ini tarik sana tarik sini akhirnya dia yang kena balik. Kesiannnnnn, ni nak main tarik-tarik, lompat-lompat lagi?

Baru-baru ini pula si cina Chua Jui Ming masuk PKR. Ini juga orang kecewa di buang dari jawatan menteri kemudian masuklah PKR. Dan lepas masuk PKR boleh cakap macam-macam tentang keburukan MCA. Masa jadi menteri dulu tak bising-bising. Biasalah, masa itu dia senang, seronok dan mewah serta di sanjung, bila kena turun dari jawatan menteri apa lagi kecewalah jawabnya. Dan yang paling kecewa ialah ketua mereka iaitu ANWAR IBRAHIM! Ini lagi lah kecewa, maklumlahkan, 1 langkah je lagi nak jadi PM! Mahu tak kecewa!! Jadi tak hairanlah perjuangan PKR ialah “menjadikan Anwar Ibrahim sebagai PM”.

Tapi percayalah, wahai semua penyokong-penyokong PKR, anda juga akan turut kecewa seperti para pemimpin-pemimpin anda. Buat apa habiskan masa memperjuangkan seorang PELIWAT yang tak habis-habis MENIPU rakyat!

Harap-harap mahkamah tak terikut-ikut dengan tarian penipuan Anwar Ibrahim yang selagi boleh akan cuba melengah-lengahkan proses perbicaraannya itu.

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 4 Comments »

Nik Aziz: Gaya Kepimpinan Nabi??? ( I Yer ker?? )

Posted by puteraadnan di Rabu, 22 Julai 2009

“Tuan Guru” Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Kepimpinan Gaya Nabi. Sebuah buku hasil penulisan Habibulah Izzah Ahmad telah berjaya diterbitkan. Pastinya buku ini mencipta satu lagi kontroversi di dunia politik tanahair.

Siapa tidak kenal dengan Nik Aziz. Individu yang digelar “Tok Guru” atau “Tuan Guru” oleh ramai pengikut ajaran PAS dan Pakatan “Riot” umumnya. Nik Aziz berlatar belakangkan pendidikan agama dari India, Pakistan dan Mesir. Menjadi ahli PAS pada 1967 dan menjadi MB Kelantan sejak 1990 hingga kini. “Tok Guru” PAS ini berumur 78 tahun, dan mentadbir Kelantan sebagai MB Kelantan lebih dari 18 tahun. Sepanjang perjalanan karier politiknya, “Tok Guru” PAS ini kononnya membawa kepimpinan “ulama” atau kepimpinan “nabi”? Mungkin itulah yang cuba digambarkan oleh penulis buku di atas!

Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Program, Sejarah | 13 Comments »

BEGINIKAH CONTOH MB YANG DI KAGUMI OLEH PAS?

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 22 Julai 2009

GerejaNgeh

Oleh Mawar Berdarah

‘Segak’ pula DS Mohd Nizar Jamaluddin di foto ini bersama abang bersongkok di sebelah beliau. Nizar tampak begitu khusyuk serta mengetap bibir mulut mungkin tanda begitu sedih dan sayu apabila melihat api lilin yang beliau pegang itu.Atau pun Nizar mungkin sedang menahan kesakitan kerana cecair lilin yang panas meleleh ke tangan beliau! Apa pun, foto di atas menimbulkan pelbagai persoalan kepada Nizar dan ‘abang yang bersongkok’. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 4 Comments »

SATU MALAYSIA UNTUK SEMUA…

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 18 Julai 2009

Oleh :- Anggerik Desa

Konsep Satu Malaysia itu memang bagus sangat dijadikan pegangan, kita satu dan serupa. Satu Negara rakyat sama-sama hidup dalam satu negara. Semua dapat hak yang sepatutnya. Tapi hak yang dilindungi Perlembagaan Negara. Apabila Najib mulakan konsep Satu Malaysia, maknanya kita kena lihat dari kaca mata yang lain. Kita tak boleh hidup dalam tempurung kaum lagi. Kita kena lihat diri kita sebagai satu rupa bangsa yang besar

Tak mudah nak capai hasrat itu. Dari kecil lagi anak-anak kita pergi tadika yang berbeza dan sekolah yang berbeza. Mereka tak banyak peluang untuk berinteraksi antara satu sama lain. Mereka pula amalkan budaya dan penganut agama yang berbeza Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

DAP, PAS DAN PKR PECAHKAN KUASA POLITIK MELAYU?

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 16 Julai 2009

Oleh: Tenda Biru

DAP, PKR,PAS

Kuasa politik menentukan siapa yang berhak memerintah dan berkuasa dalam sesebuah negara demokrasi. Kuasa politik juga akan menentukan kaum yang mana lebih berhak memerintah sesebuah negara.

Sebagai contoh, satu masa dulu di Singapura, melayu ada suara dalam pemerintahan negara itu. Tetapi malangnya pada hari ini suara melayu sudah ditenggelamkan dan melayu sudah tidak bersuara lagi. Inilah bencana dan bahana yang di timpa oleh melayu Singapura bila sudah kehilangan kuasa politiknya.

Kebijaksanaan Lee Kuan Yew memerintah telah dengan mudah kuasa politik melayu dapat dihapuskannya. Sekarang kita kena berfikir bijak sebelum terjerat. Kita kena ingat siapa Lim Kit Siang, apa hubungannya dengan Lee kuan Yew, dan apa kaitan DAP dengan PAP?

Mengapa DAP yang anti-islam sanggup membantu dan menyokong PAS, adakah mereka benar-benar ikhlas?

Mengapa LKY tetiba datang memberi ucap tahniah kepada DAP, PAS dan PKR?

Persoalan ini perlu dikaji dan dijawab secara ilmiah bukannya emosi.

Mungkin, DAP dan PAP ada niat buruk untuk menghapuskan kuasa politik melayu di Malaysia pula.

Orang melayu harus sedar dan ingat jangan jadi melayu Singapura, mula-mula berkongsi kuasa politik dan akhirnya terus kehilangan kuasa politik.

SUMBER:-BLOGGER

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Pautan Web, Politik | 1 Comment »

BN KALAH BERMARUAH

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 16 Julai 2009

Oleh:-Mawar Berdarah

board

Keputusan rasmi Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan, menang dengan majoriti “nyawa-nyawa ikan” sebanyak 65 undi.

PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.
Alhamdulillah, walaupun Barisan Nasional tewas di DUN Manek Urai, namun kita berjaya mengurangkan majoriti dengan perbezaan yang mendadak jika dibandingkan dengan PRU 12 tahun lalu.

Buat semua yang berkhidmat di Manek Urai, Jutaan Terima Kasih diucapkan . Kita tidak tewas sebenarnya. Kita berjaya menarik lebih ramai pengundi. Mungkin Allah tidak memberi kemenangan pada kita kali ini. Kerana Allah mahu kita bekerja lebih keras.

Jutaan Terima Kasih kepada jentera PRK Manek Urai. Jutaan Terima Kasih. Pendekatan 1Malaysia berjaya. Jadikan kekalahan bermaruah ini sebagai semangat baru untuk kita terus berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara.

Sumber:-blog puteri UMNO

Posted in Agenda Zionis, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

Penentuan di Manik Urai- PAS atau UMNO pilihan rakyat hari ini.

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 14 Julai 2009

Oleh: Tenda Biru

1 Malaysia 100 hari pimpinan DS Najib PM Malaysia telah memberi pukulan hebat terhadap Pakatan Rakyat. Kini sudah nampak jelas tanda-tanda sokongan padu rakyat terhadap kerajaan yang dipimpin oleh DS Najib.

Manik Urai adalah tempat yang akan menentukan sama ada betul dan tepat dakwaan seperti disebut diatas.

Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

SATU MALAYSIA: JATI DIRI BANGSA

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 11 Julai 2009

Oleh :- Anak Kecil Dari Gunung

Tiada satu pun etnik dinegara ini terpinggir daripada arus kemajuan Negara malah semuanya menikmati hasil kekayaan dibumi yang amat bertuah ini. Malah, Malaysia turut menjadi “syurga” kepada pendatang asing mencari rezeki untuk menanggung keluarga mereka dinegara asal

Tidak dinafikan dalam era dunia tanpa sempadan, masih terdapat segelintir rakyat dinegara ini yang hidup dalam arus kemiskinan. Namun, perlu di ingatkan bahawa segala dasar dan perancangan yang dilaksanakan oleh kerajaan menurunkan paras kemiskinan daripada 52.2 peratus pada 1970 kepada 3.6 peratus pada 2007. Begitu juga peratusan miskin tegar sebanyak 4.0 peratus pada 1990 berjaya diturunkan kepada 0.7 peratus pada 2007. Taraf kehidupan rakyat Malaysia kini jauh lebih sempurna berbanding dengan sebelum merdeka Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Politik | 1 Comment »

PAKATAN RAPUH (PR) PAKATAN RAKYAT (PR)

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 3 Julai 2009

Oleh: Salza Hedra

Penulis amat tertarik dengan perkembangan terbaru dalam Pakatan Pembangkang yang menamakan pakatan mereka sebagai Pakatan Rakyat (PR). DAP, PKR dan PAS telah bersetuju untuk bersama atas satu tujuan utama iaitu menjatuhkan kerajaan BN dan memusnahkan UMNO. Untuk itu, mereka ‘bekerjasama’ dengan menjajakan kepentingan rakyat sebagai pemanis mulut dan halwa telinga kepada rakyat. Mereka berjaya dalam mempermainkan rakyat dalam PRU 12 lalu dan kini setelah setahun lebih PRU 12 berlalu, pakatan rapuh yang dibina atas tujuan tidak ikhlas dan mempunyai kepentingan berbeza antara setiap parti kini mula menampakkan wajah sebenar dan ertikata ‘pakatan’ mereka. Di antara ketiga-tiga parti ini, PAS menjadi bahan tunggangan DAP dan PKR. PAS dilihat lebih diarahkan supaya ‘mengorbankan’ prinsip perjuangan mereka berbanding dengan PKR apatah lagi DAP. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

ORANG CINA BUKAN WARGANEGARA KELAS DUA ….

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 2 Julai 2009

Oleh :- Anak Kecik Dari Gunung

Ada sebahagian rakyat Cina negara ini yang masih percaya mereka warganegara kelas dua. Mereka kata tak dapat hak macam yang Bumiputera dan orang melayu dapat. Ada yang menganggap dasar pilih kasih berlaku secara berleluasa dinegara ini. Cakap-cakap gini memang sedap. Sampai jadi modal pilihan raya. Kita sedar ada dalam kalangan kaum cina yang rasa terdapat dasar kerajaan yang berat sebelah, yang memihak kepada kaum Bumiputera

Kita tak pertikaikan hal itu. Memang betul keadaan itu terjadi. Lagipun istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera itu dilindungi Perlembagaan. hal itu kita fikir tak patut kita bangkitkan lagi. Memang orang Melayu dan kaum Bumiputera lain memerlukan perlindungan dalam banyak hal. Namun, dasar membantu itu bukanlah dasar aparteid macam yang dikatakan oleh seorang wakil DAP johor Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »