Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 29 Ogos 2009

Apa dah jadi, tak aman lagi…

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 29 Ogos 2009

Oleh:-Mawar Berdarah

AKHIR-AKHIR ini banyak ditimbulkan soal hak orang Melayu dan kontrak sosial. Keadaan yang pada suatu ketika, kita lihat seperti aman damai selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 bertukar seolah-olah tidak dapat dibendung lagi perasaan geram sesetengah orang sehinggakan mereka ini lupa akan sensitiviti orang Melayu.

Malahan ada juga di kalangan pembangkang yang baru merasa kuasa setahun jagung sudah berani memperkecilkan agama Islam. Gelagat orang seperti ini boleh membangkitkan perasaan marah di kalangan orang Melayu yang sekian lama agak diam. Walau bagaimana pun ada juga di kalangan segelintir mereka yang membiarkan diri mereka dikudakan oleh orang yang lantang bersuara tidak mengira sentimen dan perasaan orang lain. Sikap orang Melayu telah dapat kita lihat dengan sikap tolak ansur yang berlaku di Pulau Pinang. Walaupun UMNO pada masa dulu memperolehi majoriti dalam kerajaan negeri, tetapi disebabkan sikap baik hati telah memberikan Gerakan memerintah Pulau Pinang. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa | 1 Comment »