Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

H1N1 Telah meragut 8 nyawa TETAPI Pakatan Rakyat dengan mudahnya mendedahkan rakyat untuk dijangkiti…Apa sumbangan Pakatan Rakyat dalam menangani wabak ini?

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 4 Ogos 2009

Oleh: Tenda Biru

Wabak H1N1 tidak begitu diendahkan oleh rata-rata rakyat Malaysia. Saban hari semakin banyak sekolah-sekolah dan kolej-kolej yang terpaksa ditutup kerana wabak ini. Sehingga ke hari ini wabak H1N1 telah meragut 8 nyawa. Moga-moga dengan lapan terkorban di sebabkan wabak H1N1 ini, semua pihak akan lebih serius di dalam menangani wabak ini.

Pihak Pakatan Rakyat (PR) yang selalunya dilihat cenderong untuk menonjolkan diri kononnya mereka adalah “pembela nasib rakyat Malaysia” juga dilihat tidak mengendahkan isu ini. Mereka yang selama ini suka memperjuangkan beberapa isu dengan mengadakan rapat-rapat umum dan ceramah-ceramah, memandang sepi isu ini. Mungkin kerana wabak ini dilihat tidak memberikan “political millage” seperti mana isu kematian mendiang Teoh di bangunan SPRM maka ianya dibiarkan untuk ditanggung sendiri oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Demonstrasi pada hari Sabtu yang lalu sebenarnya juga tidak perlu kerana akta ISA akan diperbahaskan di Dewan Rakyaat dalam sidang yang akan datang. Mengumpulkan rakyat berdemonstrasi sehingga 20,000 orang walaupun sasaran asalnya 100,000 orang sebenarnya (gagal dicapai) hanya mendedahkan peserta-peserta demonstrasi tersebut untuk dijangkiti wabak H1N1 ini.

Apa faedahnya demonstrasi anti ISA tersebut kepada rakyat Malaysia? Sehinggakan risiko penularan wabak H1N1 langsung tidak diambil kira? Adakah “political millage” lebih penting dari nyawa mereka? Sudahlah tiada tindakan dan saranan yang mereka usahakan di dalam membantu kerajaan untuk membendung wabak ini, bahkan usaha dan tindakan mereka boleh membawa kepada mudarat yang lebih besar.

Bagaimana nanti jika ada di antara 20,000 orang penunjuk-penunjuk perasaan ini yang menjadi korban terbaru wabak H1N1 ini? Siapakah yang akan bertanggung jawab? Adakah kerajaan Barisan Nasional juga yang akan dipersalahkan? Kepada mereka yang menyertai demonstrasi ini dengan niat untuk “suka-suka”, “sendiri mau ingatlah”. Adakah risiko yang anda ambil itu berbaloi?

Kepada penyokong-penyokong tegar Pakatan Rakyaat yang mengikuti demonstrasi ini pula, apakah pengaruh akta ISA ini kepada hidup anda? Jika anda menjadi korban wabak H1N1 yang seterusnya gara-gara mengikuti demonstrasi ini, siapakah yang akan menyara keluarga anda? Menurut unjuran WHO, wabak H1N1 ini boleh memakan angka korban sehingga 28,000 orang di negara ini.

Jestru itu perhimpunan-perhimpunan yang berisiko seperti demonstrasi anti ISA Sabtu lalu sebenarnya patut dielakkan jika Pakatan Rakyat benar-benar mengutamakan keselamatan rakyat Malaysia terutamanya penyokong-penyokong mereka sendiri kerana perhimpunan-perhimpunan seperti itu akan hanya meningkatkan jumlah korban wabak tersebut.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: