Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Pakatan Rakyat Harus Profesional Dan Perlu Akur Dengan Keputusan Sultan

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 7 Februari 2009

Oleh: Putera_Adnan

POLITIK Perak terus bergolak apabila Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin enggan meletak jawatan Menteri Besar dan menunggu keputusan mahkamah untuk menentukan kedudukannya itu, sedangkan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan beliau dan barisan Exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta-merta. Tindakan Mohammad Nizar itu jelas menentang keputusan baginda yang sudah memutuskan untuk tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), seperti juga sikapnya kelmarin yang tidak menghormati institusi istana apabila terus mengumumkan pembubaran DUN tanpa terlebih dulu mengadap dan memohon perkenan Sultan Perak. Semalam juga kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Ipoh memohon bagi mengisytiharkan kekosongan di tiga kerusi DUN iaitu kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. Pengisytiharan itu dipohon bagi memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengiktiraf kekosongan ketiga-tiga kerusi bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan. Sejauh yang berkaitan dengan Barisan Nasional (BN) dan istana, pergolakan di Perak itu berakhir apabila Sultan Azlan sudah diyakini bahawa BN dengan sokongan majoriti 31 Adun menguasai DUN, sekali gus berupaya membentuk kerajaan negeri yang baru. Perkara ini jelas apabila Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan semalam menyatakan Baginda selepas menemui semua 28 Adun BN dan juga tiga anggota Bebas, yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota Dewan. Menurut kenyataan itu lagi, sekiranya Mohammad Nizar tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK terbabit dianggap telah dikosongkan.

Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak hendaklah bersikap profesional untuk menerima hakikat mematuhi prinsip demokrasi iaitu kehilangan kuasa di DUN negeri itu, seperti juga BN akur terhadap keputusan pilihan raya umum lalu apabila Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan negeri. Sebagai bekas Ketua Hakim Negara, Sultan Perak sudah tentu tahu selok-belok undang-undang yang berkaitan dan membuat pertimbangan yang sewajarnya, untuk menggunakan budi bicara Baginda di bawah Perkara XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan DUN Perak. Selepas pelantikan Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, BN Perak kini boleh menumpukan kepada usaha mentadbir secara berkesan. Sudah tidak ada masa untuk terus berpolitik kerana tumpuan hendaklah terus ditumpukan kepada pentadbiran bagi memperbaiki segala kelemahan yang wujud selama 11 bulan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Jika rakyat tidak puas hati sama ada terhadap BN atau Pakatan Rakyat, mereka boleh membuat penghakiman pada pilihan raya umum akan datang. Kita berharap politik Perak aman selepas ini dan kepada Pakatan Rakyat, adalah lebih elok untuk menerima keputusan itu tanpa perlu mengadakan demonstrasi yang boleh menghuru-harakan keadaan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: