Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PAS Akan Dihalau Penyokong Sendiri

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 30 Mac 2009

Oleh: Tenda Biru

Selamat sudah cerita penamaan calon P.59 Bukit Gantang yang menyaksikan 3 orang calon yang layak bertanding. Calon BN Ismail Saffian, calon PAS Dato’ Seri Nizar Jamaluddin dan calon Bebas Kamarul Ramizu Idris. Pilhan Raya Kecil kali ini akan menyaksikan kekuatan setiap calon yang bertanding untuk menunjukkan kekuatan parti masing-masing. Bagi BN, PRK ini akan menjadi medan untuk menilai sejauh mana keyakinan rakyat terhadap BN setelah diuji dengan pelbagai cabaran dalam parti BN itu dan komponennya khususnya UMNO. Bukit Gantang akan menjadi medan kepada UMNO untuk menilai penerimaan rakyat terhadap transformasi yang sedang dilakukan UMNO untuk memantapkan parti dengan kepimpinan baru yang padu dan segar.

Pakatan Rakyat menyedari kebangkitan UMNO ini dengan kepimpinan yang baru mulai merasa cemas untuk mengukur tahap penerimaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Hanya dengan meletakkan calon PAS, Dato’ Seri Nizar ‘seorang MB yang sah’ telah melancarkan kempen mengelirukan rakyat dengan mencanangkan beliau adalah mangsa kezaliman BN. Harus diingat DS Nizar adalah orang luar dan bukan calon pilihan DS Hadi Awang. Pakatan Rakyat dijangka akan terus memainkan isu perlembangaan negeri untuk mengelirukan rakyat dan akan terus meraih simpati umum dalam siri kempen-kempen yang akan dijalankan. Bagaimanapun mereka terlupa atau mereka terlepas pandang bahawa rakyat Bukit Gantang telah menyampah dengan lenggok tarian PAS yang kini sibuk meng’ortodok’an rakyat Perak dengan dakyah karut untuk meng’kelantan’kan Perak kononnya.Jika, diukur semasa penamaan calon hari ini apa yang boleh dilihat kekuataan parti adalah seimbang. Cuma, PAS tidak boleh terlalu yakin kerana kelibat-penyokong-penyokong yang hadir dalam lingkungan 10,000 orang adalah mereka yang diangkut dari luar khususnya Pantai Timur. 80% penyokong yang datang adalah terdiri daripada luar Bukit Gantang dan seperti biasa arahan pemimpin atasan untuk meramaikan majlis. Seperti mana ceramah-ceramah kempen Pakatan Rakyat yang lebih didominasi oleh penyokong luar Bukit Gantang. Hantarlah Anwar Ibrahim atau sesiapa pemimpin atasan PAS yang meramaikan majlis adalah orang luar. Ini jelas, kekuatan Pakatan Rakyat di Bukit Gantang adalah kerana peyokong luar yang tidak akan mengundi apatah lagi akan membuat onar di bumi Bukit Gantang. Ayuh Bukit Gantang halau penyemak-penyemak ini dari tanah kamu.

Calon BN, Ismail Saffian adalah penduduk asal Bukit Gantang. Penerimaan beliau di bumi sendiri telah diakui oleh rakyat disitu. Tanyalah orang Bukit Gantang atau penyokong-penyokong PAS tegar Ismail Saffian adalah pilihan yang terbaik. Penyokong tegar PAS lebih menyenangi calon BN itu walaupun berlainan ideologi namun kehendak dan kesenangan imej yang dibawa akan menghantar DS Nizar di peti sejuk Pasir Panjang. Penyokong tegar PAS Bukit Gantang sudah menyampah dengan permainan kotor PAS kerana DS Nizar sendiri bukanlah anak tempatan yang menjadi pilihan penyokong PAS disitu. Mereka menyedari DS Nizar hanya mahu bertanding, membalas dendam dan memalukan UMNO bukan untuk berbakti kepada rakyat jauh sekali mendengar permasalahan masyarakat disitu.

PAS Perak juga menyedari peluang untuk mempertahankan kerusi itu sukar kerana calon BN adalah pilihan rakyat tempatan. Bagaimanapun kerana desakan teman sebantal PAS terpaksa akur dan DS Nizar akan menjadi bahan eksperimen Pakatan Rakyat untuk mengukur tahap penerimaan rakyat Perak.

PAS ibarat seperti “Hendak Diluah Mati Emak, Hendak Ditelan Mati Bapak”._gaRaManis

Advertisements

3 Respons to “PAS Akan Dihalau Penyokong Sendiri”

  1. bumilangit said

    ‘MANTAP tergolong dari kalangan pemikir yang rasional dan pragmatik’.

    tolonglah… apa jenis analisis ni?
    ni dah sampai tahap menghina kemuliaan akal dan ilmu aku.

  2. shafifah said

    JILSAH BERSAMA MUFTI MESIR

    JILSAH BERSAMA MUFTI MESIR

    SOHIBUS SAMAHAH ALLAMAH PROF DR ALI JUMA’AH

    pada:

    JUMAAT , 10 APRIL 2009

    14 RABIUL AKHIR 1430

    aturcara:

    7.25 : – AZAN & SOLAT MAGHRIB

    – BACAAN RATIB AL-HADDAD

    8.30 : – AZAN & SOLAT ISYAK

    – CERAMAH SS MUFTI MESIR

    – BERSURAI

    di MASJID AL-FALAH USJ 9.

    SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

    http://pondokhabib.wordpress.com

  3. KekohSokmo said

    teori tinggal teori
    beend mereput
    2-1
    hehehehehhehehehehheheheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: