Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Barisan 1, Pakatan 2

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 8 April 2009

Oleh: Anak Kajang

bas1

Penderhaka kepada Raja Melayu akhirnya dipilih oleh 21,860 orang pengundi untuk menjadi wakil mereka di Bukit Gantang. Kemenangan ini pastinya disambut gembira oleh DAP. Harus diingat bahawa masih ada lagi 13,890 orang yang layak mengundi tetapi tidak turun mengundi. Mereka ini juga berhak mendapat pembelaan yang sepatutnya daripada wakil parlimen Bukit Gantang yang baru. Mungkinkah orang-orang PAS di Changkat Ibol akan menjadi jutawan segera setelah tanah yang dijanjikan dibeli oleh orang-orang di Kuala Sepetang.

Barisan Nasional berjaya menambah bilangan undi sebanyak 662 undi berbanding PRU12 yang lepas. Manakala undi PAS meningkat sebanyak 1,845 undi. Jumlah peratusan turun mengundi yang naik 2.35% berbanding 72.65% pada tahun lepas. Bukit Gantang menjadi saksi di mana PAS sanggup membiarkan penderhakaan terhadap Raja Melayu dan membenarkan DAP membaca ayat suci Al-Quran di atas pentas politik mereka. Demi undi, PAS sanggup tidak menegur yang salah. Bila ada rakan seagama lain yang menegur, dicela dan dinistanya orang itu.

Itulah cara berpolitik PAS. Politik telah mengatasi segalanya-galanya bagi orang PAS. Tabik buat BN kerana menerima keputusan di Bukit Gantang dengan terbuka. Menerima dengan hormat proses demokrasi tanpa perlu mengepung bangunan, tidur di atas jalan dan bermesyuarat di bawah pokok untuk membantah pilihan yang telah dibuat. Polis dan SPR pun tidak dipersalahkan bila menang. Mungkin ada hikmah sebaliknya buat BN. Barisan satu, Pakatan dua. Mungkinkah kedudukan ini akan berubah bila berjumpa di Bukit Lenjan nanti?._(GPMM)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: