Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Hadiah berharga buat PM baru : Taib

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 10 April 2009

Oleh: Anak Kajang

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, menyifatkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Malcom Mussen Lamoh, pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air, sebagai hadiah paling berharga BN Sarawak kepada Datuk Seri Najib Razak. Ia katanya, adalah hadiah rakyat Sarawak kepada Perdana Menteri yang baru itu sebagai tanda keyakinan mereka terhadap slogan ‘Satu Malaysia’ yang dibawa oleh Najib.

“Ia juga bukti sokongan dan perpaduan erat dalam BN, yang mana bukan saja parti komponen BN Sarawak, malah pemimpin dari Semenanjung dan Sabah pun turut menemui pengundi di DUN Batang Air sepanjang kempen. “Pada pilihan raya kecil DUN Batang Air, semua pemimpin tertinggi BN dari Sarawak, Semenanjung dan Sabah turun padang seperti yang diminta oleh Najib sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri dua bulan lalu,” katanya pada sidang media di Kuching.

Taib yang juga Pengerusi BN Sarawak berkata, kemenangan besar BN itu juga menggambarkan sokongan pengundi di kawasan itu kepada BN semakin meningkat apabila majoriti calon BN meningkat kepada 1,854 undi berbanding 806 undi pada 2006. “Keputusan yang dibuat penduduk di DUN Batang Air, menggambarkan sentimen sebenar, sokongan padu rakyat Sarawak kepada Najib. “Ini cara penduduk Batang Air menzahirkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri kita yang baru,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Satu Respons to “Hadiah berharga buat PM baru : Taib”

  1. cik said

    Hadiah berharga kerana Bn menag ke atau sebab anaknya dilantik…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: