Archive for Disember 2010
Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 28 Disember 2010
Oleh : Hatta_Adnan
Semasa Persekutuan Tanah Melayu dilanda darurat lebih 50 tahun lalu, gerakan pengganas komunis yang diketuai Chin Peng menjadi musuh utama masyarakat. Mereka mengganggu ketenteraman awam. Sesiapa yang tidak menyokong atau menentang perjuangan mereka merampas Tanah Melayu dari tangan penjajah British akan diugut, diseksa, dimusnahkan harta benda, dibunuh malah ada yang seluruh keluarganya dibunuh.

Begitulah kejamnya gerakan komunis ketika itu. Siapa yang halang gerakan mereka akan terima akibat buruk. Ketika itu komunis yang didominasi kaum Cina turut mendapat sokongan segelintir kaum Melayu yang diketuai oleh Abdullah CD. Alhamdulullah, semua itu telah berlalu dan negara pun telah mencapai kemerdekaan daripada penjajah British pada tahun 1957.
Rupa-rupanya bibit-bibit keganasan pengganas komunis masih ada lagi. Kali ini ianya bukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) tetapi oleh parti politik pula. Dan sekarang Melayu seperti Abdullah CD pun wujud juga. Walaupun mereka tidak bertindak seperti di zaman dharurat tetapi cara mereka menentang musuh secara ugut dan gertak sama seperti yang dilakukan pengganas komunis dahulu itu. Simbahan cat merah keatas kediaman dan kenderaan masih menjadi amalan.
Tidak mustahil beberapa kes bunuh sejak akhir-akhir ini yang tidak diketahui sebabnya mugkin ada kaitannya dengan gerakan mereka. Itulah yang terjadi kepada sesiapa yang menentang kerajaan DAP Pulau Pinang sekarang ini. Akibat terlalu lantang mengkritik pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang sehingga menimbulkan pelbagai isu, beliau diugut oleh dua individu dipercayai samseng yang mahu dirinya menghentikan perbuatan itu. Baca baki entri ini »
Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | 3 Comments »
Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 27 Disember 2010
Oleh : Hatta_Adnan

Pluralisme adalah salah satu perjuang Anwar sejak dulu lagi. Beliau ke serata dunia memberi ceramah dan penerangan mengenai pluralisme. Di “Religion and Pluralism in a Divided World” (Agama dan Plurisma dalam Dua Dunia)di LCE (The London School of Economics and Political Science), United Kingdom ,Anwar menyindir dan mengkritik umat Islam.
Menurut Anwar pihak yang tidak menerima fahaman pluralsime agama adalah jumud dan konservatif. Semasa ceramah beliau berkata umat Islam harus terbuka dan terus menuduh umat Islam yang menolak pluralisme sebagai pihak yang terlibat dalam satu perancangan untuk menyerang agama lain terutamanya Kristian yang mahu memurtadkan dan menukarkan akidah kelompok Islam.
Anwar berkata pluralisme amat ditakuti oleh golongan Islam malah menuduh golongan yang menolak pluralisme bagaikan takut kepada bayang bayang.Anwar menyokong Lina Joy murtad,beliau turut mempersoalkan mengapa harus diambil tindakan kepada Lina Joy yang mahu murtad. Paling menyesakkan dada apabila Anwar memperalatkan dan memanipulasi makna ‘Maqasid Syariah'(objektif perundangan syariah) untuk menghalalkan idea beliau. “Maqasid Syariah” dipergunakan untuk mencapai matlamat besar Anwar bagi menghalalkan pluralisme agama. Baca baki entri ini »
Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | 1 Comment »
Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 24 Disember 2010
Oleh: Kawan Lama

Saudara Zairil Khir Johari mungkin berasa bangga apabila menadapat tepukan gemuruh semasa menyampaikan ucapan beliau bertajuk “Selamatkan Impian Bapa Kemerdekaan” dalam perhimpunan pakatanpembangkar 2 tempohari. Beliau lebih gembira apabila menerima penghargaan daripada Lim Kit Siang apabila teks ucapan beliau dipaparkan dalam Blog LKS. Teks ucapan beliau berkisar kepada isu menghentam kerajaan BN khususnya UMNO. Bagi beliau, kerajaan BN telah gagal dalam melaksanakan agenda pembangunan negara dan masyarakat khususnya agenda pembangunan orang Melayu sejak merdeka lagi. Lantaran itu, penulis rasa terpanggil untuk mengulas dan memberikan pandangan tak seberapa terhadap pemesongan fakta seorang anak bekas Menteri Melayu dalam kabinet kerajaan BN ini.
Menuduh kerajaan BN membelakangkan impian Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj adalah suatu tuduhan liar dan tidak bertanggung jawab. Apa yang dihasratkan oleh Tunku adalah Malaysia setelah menjadi sebuah negara merdeka, ia terbina atas semangat kepunyaan (belonging) dan kekitaan yang membawa kepada semangat cintakan tanahair (patriotisme). Baca baki entri ini »
Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | Leave a Comment »
Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 21 Disember 2010
Oleh: Kawan Lama
Konvensyen pakatan pembangkang kedua yang diadakan baru-baru ini memberi kita perspektif yang lebih mendalam mengenai kekuatan gabungan dan kerjasama di antara PAS, DAP dan PKR. Apa yang mengikat mereka untuk bersama-sama dalam pakatan pembangkang hanyalah satu ‘common doniminator’ iaitu keinginan untuk menghancurkan UMNO. Selain daripada itu, ketiga-tiga parti ini begitu perbeza daripada dasar dan perjuangan mereka.
Kali ni penulis amat tertarik untuk mempersoalkan mengenai ‘kerelaan’ DAP untuk bersama-sama dalam pakatan tersebut. Apakah faktor penarik untuk DAP berada dalam pakatan dan apakah muslihatnya. Baca baki entri ini »
Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | 1 Comment »
Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 15 Disember 2010
Oleh: Kawan Lama

PAS akan menjadi parti dominan dalam pakatan pembangkang sekiranya mereka menang dalam PRU 13 kelak, begitulah ucapan yang dikeluarkan oleh Datuk Harun Taib,Ketua Dewan Ulamak PAS di Kuala Terengganu kelmarin (Utusan Malaysia, 13/12/10). Bagi beliau PAS akan lebih terserlah berbanding denga UMNO dalam mengemudi bahtera pakatan pembangkang. Benarkah begitu? Apa pulak pandangan DAP dan PKR? Apakah asas yang digunapakai? Apa pulak yang cuba disampaikan oleh PAS kepada masyarakat Malaysia dan rakan mereka dalam pakatan pembangkang? Baca baki entri ini »
Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »
Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 10 Disember 2010
Oleh: Hatta_Adnan

Anwar ibrahim sengaja membawa isu ketuanan melayu untuk menaikkan kemarahan orang melayu. setelah mengadakan perjanjian dengan DAP, anwar telah menggunakan strategi mencabar ketuanan melayu dengan tujuan menaikkan kemarahan orang melayu.
Apabila orang melayu bangkit dengan kemarahan untuk mempertahankan hak orang melayu, membuatkan orang bukan melayu akan beranggapan bahawa memang benarlah melayu ini ingin menjadi tuan kepada negara ini. bila kita melatah dengan terus-terusan memperjuangkan hak dan ketuanan melayu membuatkan masyarakat majmuk di negara ini terus terpisah dan akhirnya orang bukan melayu akan memberikan sokongan kepada anwar yang kononnya sangat liberal dalam soal bangsa.
Sanggup melacur bangsa kerana kuasa !!
Strategi anwar untuk membuatkan orang lain memandang serong terhadap melayu terbukti bila anwar pernah membuat kenyataan dalam konvesyen pkr baru2 ini dengan menyebut, jika orang melayu tuan, di mana letaknya orang cina? di mana letaknya orang kadazan? Baca baki entri ini »
Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Sejarah | 14 Comments »
Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 3 Disember 2010
Oleh: Kawan Lama
Sejak beberapa minggu yang lalu persoalan mengenai patriotisme menjadi bauh mulut dan sanggahan baik daripada pemimpin kerajaan mahupun pembangkang. Ini ekoran daripada kenyataan yang dibuat oleh YB Dato Seri Zahid Hamidi dalam menjawab soalan di parlimen mengenai keanggotaan dalam ketenteraan mengikut kaum di Malaysia. Penulis yakin semua rakyat Malaysia sayangkan tanah tumpah darahnya. Mereka akan melakukan yang terbaik dalam menterjemahkan rasa cinta terhadap Malaysia. Semangat patriotisme memang tidak dapat dinafikan, merupakan fitrah dalam diri manusia dalam mempertahankan diri dan tanah air (wilayah yang diduduki). Ikatan ini juga terdapat dalam dunia haiwan dan sentiasa emosional sifatnya. Namun apabila menyentuh mengenai patriotisme persoalan yang timbul di benak fikiran yang dangkal ini, apakah tahap/nilai partoitisme yang ada pada masyarakat kita pada hari ini? Apakah dengan menjadi warganegara sudah cukup untuk menyatakan bahawa semangat patriotisme ini tersedia wujud sejak dilahirkan di bumi bertuah ini? Baca baki entri ini »
Posted in Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »
Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 2 Disember 2010
Oleh : Anak Kecil Dari Gunung

Ketuanan Melayu sudah terlalu kerap dipertikaikan, baik dalam kalangan pembangkang mahupun penyokong kerajaan sendiri. Ada usaha untuk menghapuskan hak istimewa kaum Bumiputera dalam ekonomi dan pendidikan atas dasar kesamarataan. Ungkapan kebebasan beragama pula diputarbelitkan sehingga memberikan gambaran bahawa islam bukan agama utama di Malaysia. Ironinya sendiri demi memenuhi nafsu untuk menduduki tampuk kuasa pemerintahan secara tergesa-gesa.
Kewujudan institusi raja juga disanggah tanpa menyingkap bukti sejarah. Sudah acap kali pula raja-raja Melayu meitahkan rakyat supaya akur pada kontrak sosial tetapi tidak diendahkan. Walau bagaimanapun golongan “ Mabuk Kuasa “ ini terus menyempurnakan agenda mereka dengan mengheret rakyat yang tidak bersalah. Mereka seolah-olah mendapat tenaga luar biasa setelah mendapat sedikit kuasa melalui pilihanraya hasil permainan sentimen politik yang sempit. Dengan sokongan masyarakat luar yang sejak dahulu mencemburui pencapaian baik Malaysia dalam pelbagai bidang, usaha mereka sudah kelihatan seperti misi global.
Apakah yang tidak kenanya dengan negara padahal Negara sudah mengecap kemakmuran dan keharmonian sejak puluhan tahun dahulu? Adakah ketenteraman dan keamanan bukan sesuatu yang berharga hingga kita sanggup menggadaikannya dengan melakukan huru-hara dan demontrasi tanpa di ketahui hujung pangkalnya?
Tujuh wasiat raja-raja Melayu yang didedahkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Muda Perak ,baru-baru ini mungkin boleh mengeembalikan sebahagian masyarakat kita yang sedang berada di dalam dunia khayalan supaya kembali ke alam nyata . ini bukanlah kali pertama raja Melayu mengingatkan rakyat tentang kontrak sosial yang dimeterai sebelum Negara mencapai kemerdekaan. Baca baki entri ini »
Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan, Politik, Program, Sejarah | 4 Comments »
Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 2 Disember 2010
Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Kita sedih kerana banyak orang Melayu sendiri yang lupa semua itu, terutamanya golongan muda. Mereka lahir pada zaman senang. Mereka tidak faham mengapa perlindungan perlu di berikan kepada orang Melayu. Apa perlunya hak istimewa orang Melayu?
Kita rasa salahnya cara kita didik anak-anak muda ini. Tidak cukup pelajaran sejarah. Kalu ada pun tidak ada penghayatan. Kita tumpu pada peperiksaan, kita lupa mereka perlu menghayati pengajaran sejarah, bukan menghafal macam burung kakak tua untuk lulus periksa.
Banyak orang lupa perlunya kita beri perlindungan kepada orang Melayu . Mereka lemah serba- serbi, terutamanya dalam hal pelajaran dan ekonomi. Sebab itulah ada Dasar Ekonomi Baru ( DEB ). Baca baki entri ini »
Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Sejarah | Leave a Comment »