Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 22 November 2010

Hentikan Isu tidak membina! Masa untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab pada masyarakat!

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 22 November 2010

 oleh: Tun Teja Millenia

Semakin hari semakin jelak membaca isu-isu yang tersiar di akhbar tempatan dan media sosial. Isu-isu berbangkit yang terus menjadi bahan untuk bermusuh dan berpecah di antara semua kaum masih menjadi tajuk hangat. Apakah sudah ketandusan idea untuk berdebat?

Isu perkauman, isu hak orang Melayu, isu perlembagaan, isu kaum Cina, isu kaum India sudah mula merimaskan dan memualkan. Sebanyak mana pun diperkatakan, sebanyak manapun diperdebatkan, yang hitam tetap hitam dan yang putih tetap putih. Hakikatnya, sudah masanya untuk kita keluar dari gelanggang perlawanan yang tidak menguntungkan sesiapa malah memudaratkan.

Lebih bermakna jika menumpukan fokus kepada isu-isu sosial dan nasib rakyat yang tidak terbela serta melarat. Memikirkan dan membuat perancangan bagaimana untuk menambah baik dan menangani isu-isu sosial yang sedang parah menimpa masyarakat kita amnya masyarakat orang Melayu. Tidak perlu lagi melayan suara-suara sumbang yang tidak henti-henti meniup sentimen perkauman dan menuntut perkara yang bukan-bukan. Meminta dan menuntut semua yang sudah diberi tapi masih lagi tidak tahu erti bersyukur. Semuanya sudah termeteri kemas di dalam Perlembagaan. Bak kata presiden UMNO, Ayuh kita tinggalkan isu ini. Tutup buku! Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain | 1 Comment »