Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 26 November 2010

KUASA DAN PRINSIP AKHLAK

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 26 November 2010

Oleh: Anak kecil dari Gunung

Anehnya, tatkala dunia menjadi semakin kecil, kesedaran tentang jurang perbezaan antara masyarakat dan kelompok manusia tambah melebar; Timur dan Barat, Utara dan Selatan, mereka yang berkuasa dan mereka yang terpinggir. Kesedaran ini tumbuh sebagai akibat daripada dasar dan amalan kuasa yang terpisah daripada prinsip akhlak.

Kedamaian dan keamanan dunia yang berkekalan tidak boleh dibangunkan di atas landasan hegemoni agama, budaya, ekonomi dan politik tetapi atas kesedaran dan keinsafan terhadap wujudnya “orang lain”. Maka timbullah keperluan dialog. Gerak ekonomi jelas menunjukkan kepada integrasi global. Resolusi teknologi dan ledakan maklumat bergabung menjadikan dunia satu perkampungan sejagat. Manusia dan budaya semakin dekat tetapi apakah mereka saling memahami dan menghormati antara satu sama lain? Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »