Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 16 November 2010

BERSELINDUNG DI SEBALIK TUNTUTAN?

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 16 November 2010

Oleh: Kawan Lama

Membaca artikel Sdr Zakir dalam blog beliau Bigdogdot.com yang bertajuk ‘Chauvinis Cina Kembali Menuntut’ semalam, bukanlah merupakan sesuatu yang baru dilakukan oleh pertubuhan-prtubuhan bukan melayu khususnya kaum Cina. Tuntutan-tuntutan yang dilakukan juga tidak pernah menyimpang daripada tuntutan asal mereka sejak sebelum merdeka lagi. Sebelum merdeka, tuntuan ini disalurkan melalui pemimpin-pemimpin persatuan khususnya persatuan-persatuan perniagaan yang terlibat dan berurusan secara langsung dengan penjajah. Namun pendekatan ini bertukar selepas merdeka iaitu saluran politik.

Apa yang kita terlepas pandang adalah bagi masyarakat Cina, Pertubuhan/Persatuan mereka adalah lebih teratas kedudukannya berbanding dengan saluran politik. Saluran politik hanyalah sebagai alat dalam memastikan tuntutan mereka dipenuhi walaupun ia mengambil masa yang panjang. Justeru itu, kita dengan jelas dapat melihat bahwa melalui saluran politik, sama ada dalam parti memerintah mahupun pembangkang, mereka tetap mempunyai wakil atau suara dalam dalam mengketengahkan tuntutan mereka. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | 4 Comments »

Hadi-PAS perlu sokongan Melayu untuk memerintah Negara, UMNO perlu berundur ? Jangan Mimpi la .. !

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 16 November 2010

Oleh : Hatta _Adnan

Presiden PAS, Hadi Awang, berkata PAS perlu berusaha meningkatkan sokongan orang Melayu jika ingin menguasai pemerintahan Negara kerana kekuatan politik di negara ini terletak di tangan orang Melayu termasuk anggota UMNO.

Oleh itu, PAS perlu bersikap terbuka dengan berdakwah dan memujuk mereka yang bukan anggota untuk mereka menerima PAS mengambil alih pemerintahan negara.

“Kita tidak boleh menang dengan hanya undi dari ahli PAS, tetapi undi daripada bukan ahli juga diperlukan. Kita juga perlu undi daripada ahli UMNO juga”.

Persoalannya: Sejak bila PAS memikirkan pasal bangsa Melayu ?

Orang Melayu mesti berfikir banyak kali kalau mahu memberi sokongan kepada PAS untuk menggantikan UMNO sebagai parti pilihan bagi orang Melayu. PAS selama ini yang hanya menjadi tukang salak kepada DAP dan PKR demi pertahankan jawatan dan kuasa sahaja, bukannya berperanan sebagai tulang belakang untuk membela nasib serta maruah bangsa Melayu. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Sejarah | 4 Comments »

Selamat Hari Raya Aidil Adha~ SahabatMantap

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 16 November 2010

Dari Kami : Warga Sahabat Mantap

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »