Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 3 September 2010

PAS Ketepikan Hukum Hudud Demi DAP

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 3 September 2010

Oleh: Kawan Lama

PAS hari ini secara terang-terangan mengesahkan bahawa parti PAS adalah sebuah parti yang hanya memperguna dan memperalatkan agama Islam dalam usaha untuk mendapatkan kuasa politik. Pada 2 September 2010 lalu, bertempat di Kota Bharu, Kelantan, negeri ysang dikuasai PAS sejak tahun 1990 lagi, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui bahawa hukum Hudud tidak semestinya dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang ( DAP, PAS dan PKR ) menang PRU 13 kelak. Beliau menegaskan bahawa mereka dalam pakatan pembangkang telah sebulat suara dan bersetuju untuk tidak membincangkan perlaksanaaan hukum Hudud. Ironinya, para pemimpin PAS seperti Haji Hadi, Nik Aziz, Nasarudin, Harun Din, Hassan Ali, Mustafa Ali, Ahmad Sabu dan ramai lagi, yang dilihat garang dan berani mati untuk menegakkan perjuangan PAS dalam melaksanakan hukum Hudud, juga bersetuju tanpa bantahan terhadap ‘halangan’ besar dalam kerjasama pakatan pembangkang. Baca baki entri ini »

Advertisement

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

Kursuskan DAP,PKR dan PAS sebelum kursuskan UMNO !!

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 3 September 2010

Oleh: Hatta_Adnan

Sketsa jiwa dan pandangan terdetik bila isu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan pembangunan Usahawan Shah Alam ni dari PKR, Yaakob Sapari ingin mengadakan kursus agama secara percuma kepada ahli-ahli dan pemimpin UMNO…Dahsyat sungguh, Tinggi bebenor ilmu agama si Yaakob Sapari ni yer…!

Adakah patut? Sepatutnya Si Yaakob Sapari ni mengadakan kursus agama terlebih dahulu kepada ahli DAP dan PAS mahupun KEADILAN sebelum kesediaan untuk memberi kursus kepada pemimpin UMNO…. Pendapat yang lain sepatutnya kursus tersebut diberikan kepada individu-individu bukan islam agar lebih jelas tentang tatasusila orang islam. Cermin diri sendiri dulu sebelum bercerita pasal orang lain !

Sepatutnya Si Yaakob ni tubuhkan biro dakwah untuk DAP yang semakin kurang ajar dan parti-parti pembangkang yang lain adalah tindakan paling afdal berbanding memberi kursus percuma yang tidak memberi apa-apa kepentingan. Kalau di lihat, pemimpin parti DAP semakin berani mencemar masjid-masjid di Negara ini dengan memberi takzirah kepada orang islam tanpa menutup aurat. Yang orang islam ni …fuuhhh bila pandang perempuan cantik bagi takzirah dengan tidak bertudung…CAIR HABIS…..senyum pun dah macam kerang busuk… ! Senang-senang jer pemimpin parti politik pembangkang mencabuli hak asasi umat islam. Memalukan sungguh… ! Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa | 2 Comments »

MCA JELAS SANGAT BERANI MENYANGGAH PERLEMBAGAAN……..!

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 3 September 2010

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Selepas satu dekad Gabungan Persatuan –persatuan Cina (Suqui) membuat 83 tuntutan yang menafikan hak orang Melayu dan Bumiputera yang lain, kini Malaysian Chinese Association (MCA) pula mengambil langkah yang sama atas nama perjuangan kaum Cina. Sebanyak 12 tuntutan yang dikemukakan oleh MCA, hasil resolusi Kongres Ekonomi Cina yang diadakan pada 14 Ogos lalu, merupakan desakan untuk memenangi sokongan kaum Cina dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 yang akan datang. Sebagaimana Suqui mengambil peluang mengemukakan tuntutan menjelang PRU 1999, sekarang giliran MCA pula. Democratic Action Party (DAP) yang sudah lama memperjuangkan politik perkauman sempit seolah-olah mendapat tonik baharu untuk menghadapi pilihanraya kelak.

Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek secara terus terang dan berani bersedia berkongsi pandangan dengan DAP, meskipun sedar bahawa tindakannya itu akan menimbulkan persoalan dan kemarahan. Malah beliau terang-terangan membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, yang mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengguris hati kaum lain. Baca baki entri ini »

Posted in Politik | 1 Comment »