Oleh: Kawan Lama
Tragedi pembunuhan Allahyarhamah Dato Sosilawati Lawiya bersama tiga orang yang lain pada 30 Ogos 2010 lalu merupakan satu lagi kes pembunuhan kejam yang perlu kita pandang serius. Kita tidak tahu berapa banyakkah jumlah kes pembunuhan kejam yang telah berlaku. Namun apa yang pasti, kita tidak akan melupakan tragedi pembunuhan kejam Allahyarham Dato’ Mazlan dan Mendiang Canny Ong, Ekoran daripada kes-kes seperti ini, pelbagai reaksi yang dipaparkan oleh masyarakat umum. Walau apapun luahan yang dipaparkan oleh umum, namun kita masih lagi merupakan warga Malaysia yang tetap menghormati undang-undang dan Perlembagaan Negara. Tiada kelihatan demonstasi jalanan mahupun ketegangan kaum yang terjadi.
Semasa berhari raya di rumah sanak saudara dan rakan taulan, cerita kes pembunahan Dato Sosilawati merupakan topik hangat. Ada macam-macam pandangan dan telahan yang diutarakan. Namun apa yang menarik dan hangat dipersoalkan adalah mengenai suspek utama kes pembunuhan tersebut – seorang peguam! Di manakah letaknya intergriti seorang pengamal undang-undang? Baca baki entri ini »