Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Kursuskan DAP,PKR dan PAS sebelum kursuskan UMNO !!

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 3 September 2010

Oleh: Hatta_Adnan

Sketsa jiwa dan pandangan terdetik bila isu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan pembangunan Usahawan Shah Alam ni dari PKR, Yaakob Sapari ingin mengadakan kursus agama secara percuma kepada ahli-ahli dan pemimpin UMNO…Dahsyat sungguh, Tinggi bebenor ilmu agama si Yaakob Sapari ni yer…!

Adakah patut? Sepatutnya Si Yaakob Sapari ni mengadakan kursus agama terlebih dahulu kepada ahli DAP dan PAS mahupun KEADILAN sebelum kesediaan untuk memberi kursus kepada pemimpin UMNO…. Pendapat yang lain sepatutnya kursus tersebut diberikan kepada individu-individu bukan islam agar lebih jelas tentang tatasusila orang islam. Cermin diri sendiri dulu sebelum bercerita pasal orang lain !

Sepatutnya Si Yaakob ni tubuhkan biro dakwah untuk DAP yang semakin kurang ajar dan parti-parti pembangkang yang lain adalah tindakan paling afdal berbanding memberi kursus percuma yang tidak memberi apa-apa kepentingan. Kalau di lihat, pemimpin parti DAP semakin berani mencemar masjid-masjid di Negara ini dengan memberi takzirah kepada orang islam tanpa menutup aurat. Yang orang islam ni …fuuhhh bila pandang perempuan cantik bagi takzirah dengan tidak bertudung…CAIR HABIS…..senyum pun dah macam kerang busuk… ! Senang-senang jer pemimpin parti politik pembangkang mencabuli hak asasi umat islam. Memalukan sungguh… !

Berbalik pada si Yaakob , sapa dia ni nak untuk memberikan kursus kepada pemimpin UMNO?? Ilmu agama tinggi sangat ker? Dan sepatutnya si Yaakob Sapari pelu sedar bahawa dia ni bukannya EXCO Agama pun….nak memandai-mandai berbuat demikian. Rasa-rasanya sebelum menawarkan diri untuk mengadakan kursus untuk UMNO, beliau ni seharusnya menjelaskan terlebih dahulu kepada pengikutnya tentang hukum-hakam wanita memasuki ruang masjid apatah lagi orang kafir seperti pemimpin parti pembangkang. Sepatutnya Si Yaakob ni perjelaskan halal dan haram kepada mereka ( pemimpin kafir ) yang tidak tahu hukum-hakam islam sebelum membuat penawaran yang tidak sepatutnya…atau ini semua permainan politik pembangkang. Tau jer la pembangkang ni semuanya pandai bermain cerita wayang murahan .

Pemimpin parti pembangkang sendiri sudah tidak sedar diri …mengapa? Sedangkan Sultan Selangor, Sultan Shafaruddin Idris Shah sendiri tidak pernah menyerahkan sebarang anugerah atau merasmikan majlis di dalam ruangan masjid dan ianya hanya berlangsung di luar masjid. Pendirian Sultan Shafaruddin Idris Shah ini patut di contohi dan kerana baginda sendiri menghormati masjid sebagai pusat ibadat.

Jadi selepas ini, sebelum nak memperbetulkan orang lain, sila perbetulkan diri sendiri…. !

2 Respons to “Kursuskan DAP,PKR dan PAS sebelum kursuskan UMNO !!”

  1. sumir said

    Umno hipokrit, benarkan MP MIC masuk masjid
    selepas akhir Ramadan baru lalu “disajikan” dengan serangan Umno dan Perkasa terhadap kehadiran Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching di sebuah surau, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa Umno berpura-pura dalam isu yang hampir sama yang melibatkan wakil rakyat Hulu Selangor dan juga ADUN BN.

    “Sepanjang bulan Rejab, Shaaban dan Ramadan kita telah dihidang dengan bermacam-macam berita berhubung kononnya berlaku penyalahgunaan masjid dan surau apabila Selangor berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

    http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=7911

  2. sumir said

    Ustaz Kamal’ MIC pula didakwa masuk masjid

    Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan Umno tanpa syak lagi “berkura-kura”, berpura-pura dan memutarbelitkan fakta berhubung isu bukan Islam dibenarkan memasuki surau dan masjid.

    Beliau yang juga anggota biro politik PAS juga malah mendakwa pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pula terus menjadi “kesinambungan wadah kepuraan Umno dalam bersandiwara”

    Menulis dalam blognya hari ini, Khalid memuatkan kembali beberapa keping gambar, antaranya menunjukkan pemimpin Umno memberikan ‘tazkirah’.

    Terdapat juga gambar Kamalanathan – yang didakwanya digelar ‘Ustaz Kamal’ oleh perayu undi Umno semasa kempen pilihan raya kecil lalu – menyampaikan sumbangan dalam sebuah masjid.

    Dimuatkan juga sekeping gambar Kamalanathan dalan sebuah progam gotong royong di Masjid Felda Soeharto, Hulu Selangor yang mana pengerusi MAIS didakwa turut hadir.

    “Lebih hebat, ‘Ustaz Kamal’ bersama pengerusi MAIS menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta.

    “Ke mana perginya ahli parlimen berkopiah dan mereka-mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya umat Islam telah dihina?” soalnya.

    Sebelum ini, tindakan ahli parlimen Serdang daripada DAP memasuki sebuah surau di Kajang mencetuskan perasaan tidak puas hati banyak pihak, terutamanya oleh pemimpin Umno dan BN.

    MAIS malah memberikan amaran keras kepadanya ekoran tindakan itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: