Namewee Kebal?
Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 1 September 2010
Oleh: Kawan Lama
Namewee dah rasa diri dia kebal? Dulu masa buat videoclip dalam u tube mempermain-mainkan lagu ‘Negaraku’ jadi ‘Negarakuku’, atas dasar kesian kerajaan sendiri bagi alasan – kononnya budak metah, dan kita nak jaga keharmonian kaum. Guna le muka bapak Namewee untuk mintak belas kesian dari kerajaan.
Terbaru ni, Namawee buat hal lagi. Kali ni kononnya nak bela budak sekolah yang kena hamun dengan cikgu besar kat sekolah semasa assembly pagi. Nak jadikan besar, heboh-heboh le pasal kenyataan berbaur perkauman oleh cikgu besar tu. Yang kita tak tahu apa yang dilakukan atau dikatakan oleh bebudak yang biadap tu terhadap cikgu besar tuuu. Mungkin kot budak tu buat hal dulu yang menyebabkan cikgu besar tu bertindak demikian. Entah apa yang dikatakan oleh budak tu, langsung tak ditimbulkan atau ditimbulkan. Mungkin perkara ini sengaja dirancang kot. Tau-tau ape le nak jadi sekarang ni…. Cikgu besar ni pun satu hal. Tak bolehh le macam tu… macam tak rasional je tindakan beliau.
Namewee kini dilihat bertambah bongkak. Orang yang hina lagu Kebangsaan Negara sendiri iaitu Negaraku tidak wajar diberikan tempat untuk hidup di bumi Malaysia ini. Orang yang mengutuk anggota Keselamatan Negara seperti Polis dan Tentera, tak layak diberikan perlindungan undang-undang. Beliau sendiri tak menghormati Perlembagaan Negara. Beliau sendiri membelakangkan perpaduan. Beliau dari jauh telah menburuk-burukkan imej negara. Orang yang sebegini memang buta sejarah atau sengaja mahu merubah sejarah Malaysia.
Kes Namewee ini mendapat pembelaan daripada beberapa individu, persatuan dan parti politik pembangkang khususnya DAP dan PKR. KIni Namewee tak perlu pakai wajah kesian mak bapak dia lagi. Kini dah ada peguam untuk mewakili beliau. Huh handalnya si biadap ni. Guna isu perkauman terhadap cikgu besar tu, sedangkan dia sendiri adalah seorang yang begitu rasis kalau dinilai daripada lagu-lagu dalam videoclip u tube beliau.
Orang macam Namewee ni tak layak lagi menjadi warganegara Malaysia. Beliau lebih mengagung-agungkan Lee Kuan Yew dan Mao Tze Tong. Adalah lebih baik beliau minta je jadi warganegara Republik China atau Republik Singapura. Kan tak masalah. Semua orang Cina je. Tak perlu le nak risau pasal nak jaga hal perkauman. Kat Sigapura kaum cina dapat ‘kelebihan’. So Namewee, apa tunggu lagiiii….
Walau apapun, pihak berkuasa perlu menahan Namewe dalam lokap atau penjara. Kalau tak boleh, guna Akta Hasutan 1948. Kalau tak boleh juga, guna ISA. Bagi budak kecik ni pengajaran sikit.
Saya tengok, ada individu yang sanggup adakan sidang media tapi tak panggil semua media. Panggil cuma akhbar/media cina je. Apa punya taktik le ni. NTv7 juga nak jaga-jaga sikit. Nampaknya dah mula condong hentam kerajaan dalam isu-isu seumpama ini sejak kebelakangan ni???
Apakah ada kebenarannya dalam satu kenyataan yang menyatakan bahawa; ……memang benar komunis tu dah tak wujud secara fizikalnya, namun perjuangannya tetap diteruskan oleh mereka-mereka yang berjiwa komunis……???
iskandar said
tangkap sahaja si Name Wee Tung itu.Tak kira apa bangsa,kita mahu siapa yang kurang ajar dengan negara,bangsa dan agama ,tangkap dan hantar ke Kemunting dan bagi bersih otaknya.
dion said
jangan kerana nak jaga pendatang org melayu dilacurkan
Affuan said
Pembelaan DAP dan PKR? Aku kira kjaan UMNGOK yang ada skang ni lebih berhak untuk menjatuhkan hukuman. Kes sekecik ni pun pandang sipi je. Ada hati nak menyalahkan orang.