Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

MCA JELAS SANGAT BERANI MENYANGGAH PERLEMBAGAAN……..!

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 3 September 2010

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Selepas satu dekad Gabungan Persatuan –persatuan Cina (Suqui) membuat 83 tuntutan yang menafikan hak orang Melayu dan Bumiputera yang lain, kini Malaysian Chinese Association (MCA) pula mengambil langkah yang sama atas nama perjuangan kaum Cina. Sebanyak 12 tuntutan yang dikemukakan oleh MCA, hasil resolusi Kongres Ekonomi Cina yang diadakan pada 14 Ogos lalu, merupakan desakan untuk memenangi sokongan kaum Cina dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 yang akan datang. Sebagaimana Suqui mengambil peluang mengemukakan tuntutan menjelang PRU 1999, sekarang giliran MCA pula. Democratic Action Party (DAP) yang sudah lama memperjuangkan politik perkauman sempit seolah-olah mendapat tonik baharu untuk menghadapi pilihanraya kelak.

Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek secara terus terang dan berani bersedia berkongsi pandangan dengan DAP, meskipun sedar bahawa tindakannya itu akan menimbulkan persoalan dan kemarahan. Malah beliau terang-terangan membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, yang mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengguris hati kaum lain.

Presiden MCA ingin membuat tafsiran sendiri terhadap gagasan Satu Malaysia iaitu “kesamarataan hak setiap warganegara tanpa mengira kaum”. Beliau seolah-olahnya tidak perasan kewujudan Perlembagaan Malaysia yang secara terang-terang menyatakan bahawa orang Melayu dan kaum Bumiputera yang lain terpelihara dari segi pemilikan ekuiti ekonomi. Hal ini diperkukuhkan oleh kenyataan Datuk Seri Dr. Rais Yatim bahawa tuntutan Presiden MCA itu bertentangan sama sekali dengan perlembagaan Malaysia. Katanya, Perkara 153 memberikan hak yang terasas kepada orang Melayu dan juga penduduk asal Sabah dan Sarawak serta pihak yang dilindungi oleh semua peruntukan undang-undang.

MCA jelas sangat berani menyanggah Perlembagaan yang dipersetujui semua pihak termasuk MCA sebelum British menyerahkan kemerdekaan kepada Malaysia. Ibarat Belanda mendapat tanah, mereka tidak puas dan bersyukur dengan apa yang sudah dimiliki mereka sedangkan mereka sedar dan tahu bahawa orang Melayu, kaum Bumiputera lain dan kaum India masih tercicir dalam bidang ekonomi.

Agaknya apa lagi yang tidak cukup dan tidak puas bagi orang Cina di bumi Malaysia ini? Secara umumnya kaum mereka merupakan yang paling kaya dan inilah adalah FAKTA. Siapakah yang menguasai perniagaan – baik yang kecil mahupun yang besar? Siapakah pula yang menguasai carta individu terkaya di Malaysia dan di Asia atau di dunia sekalipun? Adakah 30 peratus ekuiti ekonomi yang diperuntukkan untuk kaum Bumiputera terlalu besar untuk dilepaskan oleh mereka? Jika itulah asas yang dipegang, maka bagaimana dengan tuntutan orang Melayu dan Bumiputera yang lain yang masih jauh ketinggalan dalam konteks ekonomi dan taraf hidup di bumi mereka sendiri? Bukankah hati mereka juga mesti dimenangi kerana sokongan mereka turut diperlukan pada PRU ke-13 nanti?

Walau apa-apapun, kaum Cina sangat konsisten dan cukup bersatu padu memperjuangkan nasib kaum mereka walaupun berbeza platform politik. Hal ini berbeza daripada kaum lain, terutamanya Melayu yang seolah-olah tidak mempunyai keinginan untuk bersatu, sebaliknya semakin giat merobohkan sisa-sisa kesatuan yang ada itu.

Orang Melayu yang mencipta peribahasa “bersatu teguh bercerai roboh”, tetapi mereka tidak mangambil ikhtibar daripadanya. Kita senang hati melihat kaum lain boleh bersatu dan berjaya tetapi tidak senang hati jika orang Melayu bersatu dan berjaya. Sebarang usaha untuk menyatupadukan orang Islam/Melayu akan diperlecehkan dengan alasan yang karut marut.

Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak berhadapan dengan cabaran kepimpinan yang amat besar. Meskipun perpaduan kaum telah dapat dipupuk demi mencapai kemerdekaan dengan tolak ansur orang Melayu yang tidak terkira, peredaran masa membawa bersama perubahan pemikiran dan semangat. Setiap masa akan muncul cabaran baharu yang mampu menggoyahkan perpaduan yang sedang kita nikmati ini.

Satu Respons to “MCA JELAS SANGAT BERANI MENYANGGAH PERLEMBAGAAN……..!”

  1. sumir said

    Kalo MCA ok je…tak ada respon dari pembaca pun..DAP je yang mewakili orang cina kat malaysia ni.MCA rakan kongsi UMNO..tidur sebantal pun minpi berbeza ke???…Tahukah anda UMNO.MCA,MIC tu parti perkauman tetapi berlagak baik dalam Brisan Nasional untuk memebela x kira bangsa poraaaah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: