Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

ERTI Kemerdekaan……..dulu dan kini?????

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 30 Ogos 2010

Oleh: Kawan Lama

Esok 31 Ogos 2010 genaplah 53 tahun Malaysia merdeka. Setiap kerajaan negeri sedang mengaturkan progam-program sambutan kemerdekaan masing-masing. Sebagai ibunegera Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur setiap tahun mengadakannya di Dataran Merdeka/Bangunan Sultan Abdul Samad. Bermula mala mini, kemeriahan dan keghairahan sambutan kemerdekaan akan dapat dirasai dan dinikmati oleh warga kota. Pada kebiasaannya, pada Merdeka Eve ini, ia bermula dengan aturcara bacaan tahlil di masjid-masjid. Kemudian di ikuti dengan hiburan di Padang Dataran Merdeka/ Kelab Sultan Sulaiman. Pada kemuncaknya, YAB Perdana Meenteri akan melaungkan Kemerdekaan sebanyak tujuh kali dan dikuti oleh rakyat /para penonton yang hadir. Apakah kemeriahan dan kegairahan sambutan kemerdekaan kebelakangan ini berupaya menterjemahkan sekelumit apa yang dirasai 53 tahun dahulu?

Nikmat dan erti kemerdekaan hari ini adalah jauh berbeza dengan tahun 1957. Semangat, perasaan gembira bercampur hiba semua terasa. Tanggal 31Ogos 1957 meruapakan tarikh keramat bagi penduduk Tanah Melayu kerana mendapat hak ke atas diri dan bumi yang dipijak serta langit yang dijunjung.

Setelah dijajah lebih 350 tahun, hak dan harga diri telah dirampas, maka untuk mengembalikan maruah dan harga diri sesebuah negara itu bukannya tanggungjawab mudah. Tanah Melayu amat bertuah kerana memiliki barisan pemimpin Melayu yang sedar dan memahami akan peri pentingnya membangunakan sumber manusia selari dengan pembangunan negara. Program-program pembangunan modal insan melalui pendidikan mula diberikan keutamaan.

Peluang pedidikan dibuka luas kepada bangsa Melayu. Sekolah-sekolah agama, Melayu dan aliran Inggeris, baik sekolah rendah mahupun menengah, mula diwujudkan di setiap kampong/daerah. Sekolah-sekolah vernacular seperti cina dan Tanil juga telah lama wujud. Pusat Pengajian Tinggi mula ditambah sedikit demi sedikit – MARA (RIDA), UKM, UPM, USM selain daripada kejayaan mengalihkan Universiti Malaya ke Kuala Lumpur dari Singapura sebelum ini. Bukan itu sahaja, sekolah untuk orang dewasa juga diwujudkan. Tujuan utamanya adalah untuk membasmikan buta huruf.

Hasil daripada kebijaksanaan, titik peluh dan kegigihan kepimpinan terdahulu dan pejuang kemerdekaan Negara maka inilah yang kita nikmati hari ini. Kita boleh tengok orang Melayu pakai kereta berjenama, rumah besar, anak-anak belajar di luar Negara, mempunyai syarikat besar dan bermacam-macam lagi. Ini adalah hasil pengorbanan pejuang dan orang Melayu terdahulu. Apakah rahsia kekuatan yang mampu menaikkan orang Melayu setnding dengan bukan Melayu? Jawapannya mudah. DASAR EKONOMI BARU (DEB). Inilah yang dicanang-canang oleh pemimpin bukan Melayu khususnya DAP sebagai dasar yang tidak adil dan perlu dihapuskan. Tapisejak dah lebih 50 tahun merdeka, orang Melayu sendiri yang mahu ianya dihapuskan. Dasar seumpamanya, iaitu untuk membela nasib untung orang Melayu juga tidak boleh diwujudkan. Takut nanti kaum lain tersinggung. Takut kaum lain kata ini persaingan yang tidak adil. Dan macaam-macam lagi….

Kalau dulu, orang Melayu amat menghormati Raja. Tapi kini orang Melayu yang berselindung dibalik kopiah putih/serban berbaringan membuat demonstrasi menghalang Raja. Kali ini mereka juga sanggup juga menggantikan nama DYMM Tuanku YDP Agong dengan Ketua Menteri berketurunan cina dan beragama Kristian dalam doa pada sembahyang Jumaat. Begitulah keranah mereka. Mempergunakan agama sebagai topengan politik.

Orang Melayu bersama kerjaaan pula juga ada karenahnya. Ada yang kuat dalam parti sampai tak mau turun daripada jawatan. Kalau nama tak dicalonkan, maka buat sabotaj/boikot danmacam-macam lagi. Hal sebegini di warisi pulak oleh generasi muda. Belum apa-apa, dah pandai nak susun barisan. Kelak apabila peluang tiba, senang le nak jadi PM ke, Calon ke? Menteri ke dan macam-macam lagi kerenah?

Cerita-cerita di atas bukannya bermaksud untuk menghentam mana-mana pihak, parti, atau kaum. Beginilah senarionya negara kita pada dewasa ini. Baru 53 tahu merdeka banyak yang kita kecapi tetapi masih banyak lagi kita ketinggalan. Kita perlu bangkit sebagai sebuah negara terutama di rantau Asia. Kita mampu. Jangan kita lupa bahawa kita mempunyai banyak aset/keupayaan untuk berbuat demikian.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: