Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PERMAINAN DAP-HALANG SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Posted by Sahabat MANTAP di Ahad, 14 Februari 2010

Oleh: Putera_Adnan

“Sebagai makluman, Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 1431H/2010M dalam mesyuaratnya bertarikh 3 Februari 2010 telah memutuskan bahawa majlis perarakan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul adalah dibatalkan dan diteruskan dengan Majlis Perhimpunan Ummah pada 26 Februari 2010 yang akan diadakan di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang” berikut adalah surat pekeliling yang ditandatangani oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Muhammad Yusoff Wazir.

Surat pekeliling yang ditandatangani oleh Muhammad Yusoff “Kami terkejut dengan kenyataan palsu itu dan kerajaan negeri serta Jabatan Agama Islam sebenarnya telah merancang mengenai pelbagai program sempena sambutan ini tiga bulan lalu,” kata Guan Eng pada 13 Februari 2010. Siapa yang berbohong dan buat kenyataan palsu? Memang terbukti DAP ada niat untuk halang perarakan Maulidur Rasul.

Guan Eng menafikan pada mulanya menghalang perarakan Maulidur Rasul yang akan diadakan pada 26 Feb 2010. Dengan arahan siapa Muhammad Yusoff mengeluarkan surat pekeliling itu? Kalau DAP buat tindakan sebegini ianya tidak rasis, tetapi kalau orang Melayu silap cakap sikit melenting habis marah mengatakan ianya rasis. Tindakan DAP ini menyokong kuat apa yang telah disebut oleh Zahrain terhadap Guan Eng. Apakah perarakan Maulidur Rasul ini mahu dihalang kerana ianya dikatakan boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam di Pulau Pinang? Mengapa Guan Eng takut untuk berarak sama dengan orang Islam? Sudah tentu takut kerana sudah buat banyak perkara yang merugikan orang Islam di Pulau Pinang.

Lars Helle, Ketua Editor akhbar Dagbladet berani menyiarkan karikatur penghinaan tersebut kerana mereka tahu umat Islam di dunia ini tidak bersatu. Perarakan Maulidur Rasul menjadi lebih awal di Norway untuk memprotes penghinaan ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW. Kalau di negara lain buat salah, mereka akan berkokok dengan alasan hak asasi. Di mana keadilan dan kebebasan beragama untuk orang Islam di Norway?

Di Norway, sebuah akhbar harian Dagbladet pada 3 Februari 2010 telah menghina Nabi Muhammad SAW dengan menyiarkan sekeping gambar menunjukkan seorang lelaki sedang duduk di hadapan komputer dengan menggambarkan Nabi Muhammad sebagai bxxx. Pada 8 Januari 2010, seorang bernama Lynette Lincoln telah menghina Nabi Muhammad dengan cara yang sama. Di Malaysia, perarakan untuk menyambut hari keputeraan baginda Nabi Muhammad SAW juga mahu dihalang oleh DAP di Pulau Pinang. Satu demi satu, soal agama dicabar dan dipersendakan oleh orang bukan Islam. DAP berani buat begitu kerana tahu umat Islam di Malaysia berpecah kerana fahaman politik. Ini alasan kukuh untuk mengajak ahli politik Melayu dalam UMNO, PAS dan PKR duduk semeja. Jika tidak bersama dalam soal agama, lebih banyak lagi penghinaan akan dibuat. Demi alif, ba dan ta, segerakan penyatuan.

3 Respons to “PERMAINAN DAP-HALANG SAMBUTAN MAULIDUR RASUL”

  1. sumir said

    Pulau Pinang negeri yang ketua menterinya Lim Guan Eng dari DAP diserang hendap dan segenap penjuru alam bumi Pulau Pinang oleh pemuda UMNO Pulau Pinang. UMNO Pulau Pinang dengan sinis menyindir Lim Guan Eng jangan mempermainkan Islam kerana Pulau Pinang dikatakan tidak mengadakan perarakan maulidur rasul 1431H.

    Perangai dan tindak tanduk pemuda umno Pulau Pinang macam diserang histeria atau penyakit gila mengoyang.

    Sudah tiada modal dan isu bagi umno Pulau Pinang. MENGAPA PEMUDA UMNO PULAU PINANG DAN UMNO TIDAK MENGAMUK DAN MEMBUAT BANTAHAN NEGERI JOHOR, PERLIS, PAHANG YANG DIKATAKAN TIDAK AKAN ADA PERARAKAN DI JALANAN UNTUK MENYAMBUT MAULIDUR RASUL?.

    Jelas pemuda umno Pulau Pinang tidak peka tentang Islam yang sebenar. Kedua pemuda umno PP berketuakan seorang yang berpenyakit fikiran dan mencari paplisti murhan serta ada kepentingan politik perut pemimpin.

    Kita cadang pemuda umno PP perlu mengadakan demo atau unjukrasa jalanan setiap hari dan membuat kenyataan berbau politik perkauman. Demo atau unjukrasa diadakan di Bangunan KOMTAR setiap pagi dan di ketuai oleh Pemuda UMNO Pulau Pinang (PP). Semua saluran tv, tv2, tv3,dan semua surat akhbar arus perdana menyiarkan berita di muka depan agar mengambarkan Pemuda umno PP pejuang Islam dan pejuang bangsa Melayu di Pulau Pinang.

    Wahai pemuda umno Pulau Pinang pemimpin umnolah yang menjadikan orang melayu Pulau Pinang melarat. Nasi sudah menjadi bubur. Namun Lim Guan Eng tidak separah umno menindas melayu.

  2. sumir said

    Rakyat yang menilai isu ini ketawa terbahak-bahak melihat kebankrapan idea pemimpin UMNO. Kemudian mereka berasa kasihan kepada pemimpin-pemimpin tersebut kerana sanggup bertegang leher hingga tercungap-cungap di kaca televisyen hanya kerana upacara yang bukan fardu itu.

    Tidak lama selepas itu, Johor, Pahang, dan Perlis mengumumkan mereka tidak akan mengadakan perarakan Maulidur Rasul. Akhbar proUMNO, TV3,RTM, dan Pemuda UMNO terdiam. Isu perarakan Maulidur Rasul menjadi senjata makan tuan. Rakyat yang sebelum ini menggeleng kepala melihat telatah tak senonoh golongan itu tersenyum sumbing penuh makna kepada mereka. Tidak tahulah bagaimana golongan tak senonoh tu rasa. Tak tahu juga di mana mereka sorokkan muka.

    Kita melihat keterserlahan kepandiran UMNO dalam isu ini. Namun, yang penting kini bukan celaan yang dilemparkan kepada DAP Pulau Pinang yang berselirat dengan nada perkauman itu, tetapi yang tersirat di sebaliknya.

    Golongan yang semakin hari semakin membesar ini tidak teruja dengan mainan politik murahan UMNO. Mainan politik murahan UMNO hanya laku di kawasan pedalaman yang masih jauh terasing dari dunia siber dan ledakan maklumat terkini. UMNO akan menerima padah daripada kepandiran mereka jika terus mengamalkan politik lama. UMNO akan hanya berjaya jika kawasan-kawasan pedalaman ini dibiarkan ketinggalan dan penduduk-penduduknya dijadikan manusia yang hanya tahu meminta-minta.

  3. sumir said

    UMNO tersungkur lagi dalam kes pembatalan perarakan Maulidul Rasul. Parti itu ghairah mempertahankan perkara-perkara yang remeh-temeh tetapi meninggalkan yang utama, yakni menjadikan Islam sebagai teras perjuangan. Sedang mereka bersungguh-sungguh hingga sanggup mengemukakan bukti dan bertegang leher mengenai amalan yang tidak pernah dilakukan pada zaman Rasulullah itu, Perlis, Pahang, dan Johor mengumumkan bahawa mereka tidak akan mengadakan perarakan.

    Rakyat ingin mendengar rintihan dan lalakan UMNO mengenai hal ini. Jika tiada apa-apa tindakan, itu bermakna mereka tidak berprinsip. Lim Guan Eng tak buat tak boleh, Pahang, Johor, dan Perlis tak buat tak apa. Sekali lagi senjata UMNO makan tuan!!!
    Pulau Pinang akan berasa lega sekarang ini. Surat yang dikatakan betul oleh UMNO dan dijaja dengan sungguh hati itu, bolehlah diterima sebagai betul oleh Kerajaan Negeri
    Pulau Pinang. UMNO nak letak muka di mana sekarang? Adakah UMNO akan tukar fikiran dan kenyataan kali ini? Mungkinkah mereka akan kata perarakan di Perlis, Pahang, dan Johor patut ditiadakan, Penang mesti teruskan kerana Lim Guan Eng kata akan ada perarakan? Itu pemikiran orang bertamadunkah?

    Barangkali semua ini berlaku kerana Allah hendak menunjukkan kepada kita semua betapa jahilnya UMNO dalam hal ehwal sosiologi Islam ini. Jika hal itu pun mereka terlalu jahil, apatah lagi perkara-perkara yang fardu. Inilah akibatnya apabila hukum-hakam Islam ditolak. Sudahlah begitu, orang bukan Islam hendak mendekati Islam pun dipandang dengan penuh prasangka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: