Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 6 Februari 2010

‘Pakatan Kian Rapuh’

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 6 Februari 2010

Oleh:- Anggerik Desa

Petikan Dari Utusan Malaysia ( ZULKIFLEE BAKAR )

‘PAKATAN Rapuh’ (PR), ‘Parti Kian Rapuh’ (PKR) – inilah dua istilah yang mungkin layak untuk menggambarkan pelbagai kekalutan dalam pakatan pembangkang yang disertai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas. Tahun 2010 atau lebih tepat lagi menjelang dua tahun pakatan berkenaan diwujudkan sejak Mac 2008, kesepakatan yang dicapai atas dasar untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) mula menunjukkan tanda-tanda keretakan yang boleh menjuruskan kepada perpecahan.

Perbezaan ideologi, perasaan ingin menjadi parti dominan dan hasrat mahu menunjukkan siapa lebih berkuasa telah memungkinkan pergolakan berlaku dalam pakatan yang baru berusia setahun jagung itu. Sama ada hendak diakui atau tidak, dalam konflik yang berlaku, PKR – sebuah parti yang ditubuhkan atas semangat dendam dan marah pada tahun 1999 – paling merasai tempiasnya. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 7 Comments »