Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

RAKYAT DAH MUAK DAN JELIK DENGAN POLITIK

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 11 Februari 2010

Oleh :- Anak Kecil Dari Gunung

Jangan letakan agenda politik mengatasi pembangunan. Rakyat lebih suka berbincang dan bercakap fasal pembangunan dan kesejahteraan daripada bertelagah fasal politik

Kita sokong penuh titah Baginda Sultan Selangor baru-baru ini sayang negeri Selangor. Negeri yang kaya raya, yang dah capai taraf negeri maju. Kata orang, Selangor ini macam Califonia di Amerika Syarikat, lebih kaya daripada negeri lain. Orang dari seluruh Malaysia bertumpu ke Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana nak cari makan

Oleh sebab itulah Selangor maju, lagipun banyak sekali pembangunan di Selangor. Walau apa-apa pun tuduhan pemimpin negeri hari ini, barisan menteri besar dari UMNO yang lalu banyak berjasa kepada Selangor. Masing-masing buat macam-macam untuk bangunkan Selangor. Selangor maju kerana wawasan barisan pemimpin ini. Memang mudah cari salah orang lain. Memang sedap menuduh orang yang dulu tak betul, rasuah dan pelbagai lagi. Tapi kerajaan Selangor hari ini kena jujur. Tanya diri sendiri, apakah yang mereka buat untuk bangunkan Selangor? Apakah nilai tambah yang mereka adakan untuk maju Selangor?

Sebaliknya, mereka asyik cari salah kerajaan lama, semua tak betul. Mereka habis masa kumpul orang untuk dengar ceramah hentam kerajaan negeri yang lalu. Tak habis lagi marah pada orang yang sebelum ini. Banyak sangat politik sehingga kurang berkerja, Banyak sangat demokrasi, tak bawa banyak perubahan dan kebaikan

Kita harap kerajaan negeri Selangor dengar nasihat Baginda Sultan. Tumpukan pada kerja baiki taraf hidup rakyat. Majukan negeri. Bangunkan negeri, Janganlah asyik berpolitik, ini masa bantu rakyat dan majukan negeri. Kita tak mahu rakyat terkorban kerana pemimpin negeri sibuk berpolitik. Rakyat dah pandai menilai, mereka bagi peluang memerintah. Mereka juga boleh menumbangkan kerajaan yang ada seperti mereka menumbangkan kerajaan negeri yang lama. Jangan lupa kuasa undi rakyat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: