Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PAS DAN PKR MERESTUI TINDAKAN PENGUSIRAN ORANG MELAYU DI BANDAR PULAU PINANG DAN USAHA MELEMAHKAN SYIAR ISLAM OLEH DAP ATAS NAMA POLITIK

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 17 Februari 2010

Oleh: Kawan Lama

Kemelut politik Pulau Pinang semakin hari semakin menjurus ke arah penindasan dan tekanan terhadap untung nasib orang Melayu Pulau Pinang yang dinafikan haknya. Masalah penutupan gerai-gerai orang Melayu di bandar dan pembinaan rumah-rumah mewah yang menjangkau lebih daripada 500 ribu seunit dilihat tidak mampu dimiliki/beli oleh orang Melayu. Merasakan tindakan mereka mendapat sokongan daripada beberapa pemimpin parti komponen mereka, Ketua Menteri, YAB Lim Guan Eng (DAP) menambah luka orang Melayu dengan cubaan ‘mengusik’ kesucian agama Islam. Mesyuarat kerajaan negeri yanmg dipengerusikan beliau telah membatalkan perarakan Maulidur Rasul yang telah menjadi aturcara kebiasaan sejak dahulu lagi. Ini cuma langkah cubaan terawal beliau dan dilakukan secara halus. Niat jahat untuk meminggirkan orang Melayu dari bandar dan menafikan Islam Sebagai Agama Persekutuan ini adalah satu dasar yang berbeza daripada manifesto PRU 12 mereka. Di samping itu ia tersasar jauh daripada janji mereka untuk mentadbir berdasarkan Perlembagaan Negara sepertimana yang diucapkan pada Disember 2009 lalu.

Perkara ini bukan sahaja berlaku di Pulau Pinang sahaja malahan di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga. Apakah ini merupakan salah satu strategi pakatan pembangkang khususnya DAP dalam usaha untuk memastikan mereka mengekalkan kemenangan di negeri-negeri yang merupakan negeri-negeri penyumbang kepada ekonomi Malaysia? Kalau dari kacamata politik, maka ia ada kebenarannya. Kebanyakan kemenangan pakatan pembangkang dalam PRU 12 lalu di kawasan-kawasan bandar/maju di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor disumbangkan pengundi bukan Melayu. Maka mereka perlu berusaha sedaya upaya untuk meanambah jumlah pengundi bukan melayu dan mengurangkan pengundi Melayu di bandar dalam memastikan pakatan pembangkang mengekalkan kerusi-kerusi bandar khususnya di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.

Ketiga-tiga negeri ini merupakan pusat ekonomi yang telah dimajukan dan tersedia ada dengan prasarana lengkap yang dibangunkan oleh Kerajaan BN terdahulu. Lantaran itu, satu perancangan licik dan halus perlu dilaksanakan dalam usaha untuk ‘menyahkan’ orang Melayu dari kawasan bandar perlu dilakukan. Mereka mula menyedari bahawa ramai di kalangan pengundi Melayu khususnya telah mula sedar bahawa mereka telah tertipu dengan mainan politik oleh para pemimpin pakatan pembangkang khususnya DAP yang kini berkuasa di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kesedaran ini telah menyebabkan berlakunya peralihan sokongan mereka yang mula memperlihatkan sokongan terhadap BN. Ini merupakan ancaman kepada pakatan pembangkang khususnya DAP. Ia merupakan satu ‘signal’ awal yang ditonjolkan oleh pengundi Melayu khususnya di Pulau Pinang.

Lim Guan Eng dan barisan kepimpinan kerajaan Negeri Pulau Pinang mula resah terhadap perkembangan terbaru ini. Dalam usaha untuk menangani masalah ini, perbincangan dilakukan dengan komponen pakatan mereka iaitu PKR dan PAS. Apa yang terhasil daripada perbincangan tersebut, penulis tidak pasti. Namun apa yang penulis pasti, ramai pemerhati politik melihat bahawa peristiwa yang berlaku terhadap orang Melayu Pulau Pinang ini direstui oleh PKR dan PAS khususnya DS Anwar Ibrahim yang cuba mengalihkan pandangan umum terhadap kes perbicaraan Liwat II beliau dan Nik Aziz oleh isu yang ditimbulkan oleh Kickdefella.

Pada pandangan penulis, sokongan dan hujah-hujah yang diberikan oleh DS Anwar, YAB Nik Azizi dan beberapa pemimpin dan penyokong taksub PAS dan DS Anwar ini adalah sesuatu yang bermotifkan politik belaka. Mereka sanggup menggadaikan maruah agama dan bangsa demi kepentingan politik dan haloba kuasa mereka. Ia secara jelas membuktikan bahawa perjuangan mereka adalah untuk diri mereka sendiri. Bukan untuk Rakyat. Bukan untuk Agama. Dengan kuasa yang sedikit ada pada mereka hari ini, mereka sudah lupa pada orang yang meletakkan mereka ditempat mereka hari ini. Dengan kuasa yang ada pada mereka, mereka berbuat apa sahaja demi untuk mengekalkan kuasa. PAS bertunjangkan agama dalam perjuangan politiknya. Namun sedih bila Nik Aziz, pemimpin PAS dan penyokong taksub mereka menyamakan tindakan Guan Eng seperti Khalifah Umar. Guang Eng sama seperti Khalifah Umar? Kenyataan yang betul-betul mengelirukan.

Ramai pemerhati politik kesal kerana PAS tidak sedar dan tidak mahu menerima bahawa tindakan halus DAP ini lama-kelamaan akan ‘melenyapkan syiar Islam di bumi Melayu. Keegoan PKR yang ditonjolkan oleh Firaun-Firaun kecil mereka hanya mahukan DS Anwar jadi PM. Yang lain tidak penting bagi mereka. Apakah Nik Aziz, Hj Hadi dan para pemimpin serta penyokong taksub PAS mahukan pemimpin yang hanya pentingkan diri sendiri dan mempunyai sifat diri yang ‘diragui’ dengan kes liwatnya sedang berjalan.

Penulis hanya mahu memberikan pandangan sejujur boleh. Apakah kita masih mahu menafikan apa yang sebenarnya berlaku di Pulau Pinang itu? Sekiranya jawapannya ‘Ya” maka jawapan ini amat dikesali. Penulis ingin mengingatkan golongan ini bahawa perpecahan yang berlaku dalam parti komponen pembangkang hari ini adalah bukti nyata bahawa sebenarnya beberapa pemimpin dan penyokong mereka hari ini tidak sehaluan dengan kepimpinan Tertinggi mereka. Mereka tidak mahu lagi rakyat tertipu hanya dengan kata-kata rethorik dan sandiwara politik yang dipamerkan. Terdapat pemimpin yang ditekan hanya kerana mereka menyatakan pandangan ikhlas mereka. Ada yang diugut untuk di bawa kemuka Lembaga Displin parti hanya kerana membentangkan pandangan dan luahan rasa tidak puas rakyat terhadap cara dan corak kepimpinan yang dilakukan. Tindakan berani wakil-wakil rakyat pakatan pembangkang yang telah keluar parti menjadi wakil rakyat bebas. Ada ahli dan penyokong parti telah keluar parti dan tidak lagi memberikan sokongan dan kepercayaan mereka kepada pakatan pembangkang. Kenapa semua ini berlaku? Bukankah ini bukti nyata bahawa mereka tidak setuju dan tidak meredhai tindakan kepimpinan tertinggi mereka yang seringkali membelakangkan kepentingan rakyat.  Mereka tidak gemar dengan sandiwara dan pembohongan yang acapkali dilakukan oleh pemimpin mereka sendiri.

Silapnya terletak kepada para pemimpin pakatan rakyat sendiri. Mereka mempunyai agenda dan visi yang berbeza. Masalah inilah yang menyebabkan sesuatu tindakan yang mereka lakukan adalah mengikut kehendak parti masing-masing. Sekali lagi ingin nyatakan bahawa “Apa yang dilakukan bukan untuk rakyat ataupun agama – hanya kepentingan peribadi! ”

Janganlah kita menjadi penyokong kepada mkehancuran agama dan bangsa. Jangan kelak kita merempat ditempat tumpah darah kita. Janganlah kita abaikan amanah dan tanggungjawab yang telah kita warisi dariapada para pejuang terdahulu. Jangan kita gadaikan titisan darah perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan. Jangan kita terpedaya dengan slogan-slogan kemanusiaan yang menjadi jajaan barat dan dimanipulasikan oleh pemimpin yang haloba dan golongan chauvivis. Janganlah sampai kita menjadi seperti negara jiran kita. Jangan kita menjadi agen kepada kehancuran umat Islam. Jangan kita bersekongkol dengan mereka yang mahu menghancurkan Islam. Jangan kita bersama dengan mereka yang sentiasa mahukan kita bertelagah sesama sendiri. Mereka mahu kita bergaduh sesama sendiri. Mereka mahukan kita lemah. Lemahnya kita kerana kita tidak bersatu padu. Kehancuran kita kelak disebabkan oleh tiadanya perpaduan. Kuatnya Islam kerana orang Melayu. Kuatnya orang Melayu kerana bersatu padu. Kita dapat tumbangkan Inggeris tanpa perlu berperang. Kita dapat memerdekankan negara dengan satu nada perpaduan. Kita dapat menegakkan Islam di bumi Melayu ini kerana kita orang Melayu yang kuat berpegang kepada agama dan adat budaya.

7 Respons to “PAS DAN PKR MERESTUI TINDAKAN PENGUSIRAN ORANG MELAYU DI BANDAR PULAU PINANG DAN USAHA MELEMAHKAN SYIAR ISLAM OLEH DAP ATAS NAMA POLITIK”

  1. sumir said

    Satu lagi kerja kotor UMNO terbongkar. Rupa-rupanya mereka yang melalak bagai nak rak masa ini adalah kerana kroni mereka dipinggirkan oleh Lim Guan Eng. Mereka tidak dapat projek Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

    Kini tahulah kita bahawa kroni UMNO/BN sangat-sangat bergantung kepada kerajaan BN. Tak ada kerajaan BN bermakna soru mereka miss. Inikah sikap kontraktor kroni? Adakah tempat cari makan mereka hanya di Pulau Pinang? Zahrain boleh pula cari makan di Kuala Lumpur. Belajarlah dari dia.

    Tuduhan UMNO/BN dan kroni mereka tentang Melayu terpinggir di Pulau Pinang nampaknya berbalik kepada diri mereka sendiri. Pakatan Pulau Pinang memberi banyak projek kepada kontrantor Bumiputera yang bukan kroni UMNO/BN dan tidak memihak kepada sesiapa. Semasa memerintah Pulau Pinang selama lebih 50 tahun, mengapa UMNO/BN tidak boleh buat begitu? Itu sebabnya Melayu di bawah UMNO/BN Pulau Pinang tak maju-maju.

    Pakatan Pulau Pinang beri pengiktirafan kepada semua huffaz di Pulau Pinang. Tidak cukup dengan itu, diberi pula bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat. Mereka anti-Islam ke? UMNO yang anti-Islam kerana tidak mahu menjadikan Islam sebagai teras perjuangan, tetapi sibuk menentang mahkamah atas isu kalimah “Allah” dan perarakan Maulidur Rasul.

    Pakatan Pulau Pinang telah berjaya membanteras miskin tegar di negeri itu. Pendapatan mereka naik ke RM500.00 sebulan. UMNO/BN yang menguasai kerajaan pusat dengan sumber dana yang lebih besar hanya mampu merancang itu ini, tetapi miskin tegar bersepah-sepah di Terengganu, negeri kaya minyak, Sabah, juga negeri kaya minyak, dan Sarawak, pun kaya minyak. Sekat royalti ke Kelantan, tetapi dalam senarai miskin tegar, negeri itu duduk di tangga ke-6. Malulah sikit kalau nak kutuk Nik Aziz!!!

    Dengan pelbagai kemelut yang dicipta sendiri oleh UMNO/BN lantaran sikap mereka yang tidak bermoral itu, kita lihatlah sahaja, tak usah peduli. Biarkan sahaja mereka menyalak bukit. Biarkan sahaja mereka bising macam murai tercabut ekor. Biarkan mereka tergaru-garu macam kera dapat bunga. Kalau dilayan, kita akan jadi serupa dengan mereka

  2. sumir said

    Sukacita saya hendak mengemukakan pertanyaan kepada golongan ini tentang taraf kehidupan orang Melayu di Pulau Pinang dalam tempoh UMNO/Gerakan/BN memerintah selama 35 tahun :

    1.Adakah perniaga Melayu mempunyai ruang niaga di Air Itam Tua Pek Kong Temple ?
    2.Berapa kerat peniaga Melayu yang berniaga di Tanjung Bungah, Pulau Pinang?
    3.Berapa ramai pengusaha Melayu yang terlibat dalam industri perhotelan di Batu Ferenghi?
    4.Berapa kerat yang mempunyai tapak perniagaan di bandar George Town ?
    5.Siapa paling ramai berniaga di pusat beli belah Komtar umpamanya?
    6.Adakah peniaga Melayu menguasai Restoran Nasi Kandar di negeri ini?

    Dasar UMNO tidak tahu malu, pengkianat bangsa dan agama. Mereka mahu mengakui atau tidak bahawa taraf hidup peniaga Melayu tidak ubah seperti mana zaman Malaysia belum merdeka 1957. Peniaga Melayu Pulau Pinang hanya mempunyai gubuk buruk untuk berniaga atau menyelit di banyak gerai yang dipunyai oleh peniaga Cina. Atau paling tidak pun mempunyai gerai pasang siap yang tanahnya menumpang tanah kerajaan atau disewa daripada bukan Melayu. Silap haribulan kena halau oleh tuan punya tanah terbabit.

  3. shabriduda said

    Sukacita saya hendak mengemukakan pertanyaan kepada golongan ini tentang taraf kehidupan orang Melayu di Pulau Pinang dalam tempoh UMNO/Gerakan/BN memerintah selama 35 tahun :

    1.Adakah perniaga Melayu mempunyai ruang niaga di Air Itam Tua Pek Kong Temple ?
    2.Berapa kerat peniaga Melayu yang berniaga di Tanjung Bungah, Pulau Pinang?
    3.Berapa ramai pengusaha Melayu yang terlibat dalam industri perhotelan di Batu Ferenghi?
    4.Berapa kerat yang mempunyai tapak perniagaan di bandar George Town ?
    5.Siapa paling ramai berniaga di pusat beli belah Komtar umpamanya?
    6.Adakah peniaga Melayu menguasai Restoran Nasi Kandar di negeri ini?

    Dasar UMNO tidak tahu malu, pengkianat bangsa dan agama. Mereka mahu mengakui atau tidak bahawa taraf hidup peniaga Melayu tidak ubah seperti mana zaman Malaysia belum merdeka 1957. Peniaga Melayu Pulau Pinang hanya mempunyai gubuk buruk untuk berniaga atau menyelit di banyak gerai yang dipunyai oleh peniaga Cina. Atau paling tidak pun mempunyai gerai pasang siap yang tanahnya menumpang tanah kerajaan atau disewa daripada bukan Melayu. Silap haribulan kena halau oleh tuan punya tanah terbabit.

  4. shabriduda said

    Apa yang UMNO telah dilakukan selama 35 tahun dalam usaha merapatkan jurang ekonomi rakyat di negeri ini? Siapa jua khususnya orang Melayu yang insaf dan sedar akan nasib bangsanya, akan terasa sakit mata dan telinga melihat kemiskinan orang Melayu di Pulau Pinang . Bohonglah kalau kita mengatakan kita boleh berlapang dada dengan situasi yang melanda orang Melayu di negeri ini. Ianya berlaku sebelum Lim Guan Eng atau Pakatan Rakyat memerintah lagi.

    Mari kita kaji satu contoh teladan UMNO sebagai pengkianat bangsa. Lihat semula beberapa kejadian yang berlaku di negeri Pulau Mutiara itu. Jika dahulu pembangunan pesat ditumpukan di kawasan Pulau dengan menghilang dan menghapuskan saki-baki perkampungan Melayu, kini ia merebak ke bahagian Seberang Perai pula. Dahulunya kawasan inilah yang masih banyak dikuasai oleh orang Melayu. Keadaan sudah jauh berubah, pembangunan yang sering diasak dan didodoi dalam boria sedikit masa dahulu sebenarnya adalah pendekatan ala-Israel terhadap Palestin. Perhatikan bahawa para pemimpin UMNOlah yang terlibat menjadi dalang dan juara demontrasi kononnya pembela nasib orang Melayu itulah musibat besar yang bergerak rakus dibelakangnya.

    (PERDA) telah secara paksa mengambil tanah sawah orang Melayu di kawasan yang kemudiannya dikenali sebagai Bandar Alaf Baru PERDA berhampiran Bukit Mertajam. Tanah yang dibayar dengan harga yang tidak seberapa itu, kemudiannya diserah kepada seorang pemimpin UMNO keturunan mamak, Kadir Sheikh Fadzir untuk dibangunkan melalui Syarikat Aseana. Pembangunan Bandar Baru itu kemudian telah diserahkan kepada Syarikat pegangan adiknya pula, Aziz Sheikh Fadzir.lupa lak MUSA sheik Fadzir tu orang kuat umno Bukit Mertajam,

    Dalam proses membangunkan Bandar Baru itu, keluarga Kadir melaksanakan ala-Mafia apabila tidak membayar bil-bil syarikat anak Melayu yang digunakan perkhidmatannya. Malah sehingga hari ini [kalau tidak silap saya], Syarikat Aseana masih berhutang hampir RM50 juta dengan PERDA dengan niat menghanguskannya. Lebih mengharukan apabila dalam proses pembinaan PERDA diikat dengan ‘akujanji’ PERDA akan membeli mana-mana unit yang tidak dapat dijual kepada pembeli. Dalam erti kata lain Syarikat milik keluarga Kadir ini tidak mahu mengambil risiko untung rugi perniagaan.

    Rasanya golongan istimewa Down Syndrome pun boleh menjadi usahawan berjaya jika mengikut kaedah lanun dalam UMNO ini. Keadaan ini terjadi semasa Dr Ibrahim Saat memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Apabila Dr Helmi Yahya mengambilalih jawatan itu, orang Melayu ‘ Penang ‘ merasa seolah-olah nasib mereka akan terbela sepertimana Melayu Kedah rasai apabila Sanusi Joned naik menggantikan Osman Aroff. Kuih tidak akan berubah bentuknya jika datang dari acuan yang sama. Begitu jugalah dengan nasib Melayu Penang tadi.

    Dr Helmi ini, lagilah dahsyat sehinggakan sanggup menyelewengkan tanah wakaf seperti di Lebuh Acheh yang dimajukan sebagai kondominium. Sanggup pemimpin ini menggula-gulakan waris si mati dengan wang RM600,000, sedangkan mereka telah bersekongkol dalam memakan harta yang haram. Kita juga diberitahu bagaimana Pegawai tertinggi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang [MPPP] yang telah menolak pembinaan kompleks perniagaan ala-Pekan Rabu di Kedah untuk dimajukan bagi kegiatan ekonomi orang Melayu. Cuba kita lihat siapakah yang mengungguli di MPPP jika bukan Dr Helmi Yahya ketika itu.

    Pemimpin UMNO ini bukan setakat mengkianati bangsanya di Penang sahaja, malah ia berlaku mencakupi seluruh Negara.Kesemua kejadian itu didalangi oleh pemimpin setempat yang sering bekerjasama dengan musibat dari UMNO pusat dengan menjadikan orang Melayu sebagai barangan dagangan dan mereka senantiasa berada dalam kedudukan kerugian selama-lamanya selagi adanya UMNO berkuasa.

    Seorang Professor Ekonomi USM, Dr Amir Husin Baharuddin dengan berterus-terang menyalahkan kepimpinan UMNO peringkat negeri Pulau Pinang sebagai orang yang bertanggungjawab dalam soal ini. Memang betul bahawa pemimpin tempatan UMNO hanya mementingkan diri, kedudukan dan tidak memperjuangkan nasib orang Melayu. Merekalah yang menjadi duri dalam daging bagi kemajuan bangsa Melayu dan mereka jugalah pengkhianat bangsa yang boleh dibeli dengan wang. Selama ini mereka juga yang menjadi ejen bagi ‘menghalau’ kedudukan orang Melayu dari bertapak di Pulau Pinang .

  5. lily said

    Salam!
    Orang China pandai , semasa pemerintahan Koh Tsu Koon mereka baik dengan BN minta sekolah cina banyak- banyak sampai kawasan orang Melayu pun dia orang sapu. Lepas dah banyak , semasa pilihanraya mereka pilih DAP. Inilah taktik mereka. Sekarang ini pun sama. Macam di Hulu Selangor, sekolah cina dapat banyak duit, berjuta-juta dan lama – lama dah banyak mereka buat negara mereka sendiri macam di Singapore. Di Penang ini dibawah pemerintahan DAP sekolah cina dapat peruntukan kerajaan negeri berjuta – juta ringgit dan minta sumbangan dari kerajaan persekutuan juga. Bagi sekolah kebangasaan mereka kata tak payah kerana kerajaan persekutuan bagi. Inilah sikap orang – orang cina diibaratkan macam api dalam sekam. Kita tak nak nanti jadi macam Palestin dimana kita dihalau dari negeri sendiri. Kawasan Sungai Nibong pun kawasan pakatan yang hanya membantu orang -orang cina. Rumah dibina dengan harga melebihi RM400,000 keatas hingga mencecah berjuta – juta ringgt. Mana mampu orang Melayu nak beli. Bank pun tak lulus. Macam PKR apa yang dibuat untuk bantu orang Melayu. Bila ada saje pilihanraya baru nampak muka Wan Azizah dan Anwar Ibrahim lepas tu hilang. Inikah dipanggil pemimpin??? Bersatulah untuk kekuatan bangsa dan ummah Islam amnya…

  6. DERAOH said

    PENGANUT TEGAR PEMBANGKANG TAK PAYAH NAK TEGAK BENANG BASAH DAN MANAFIKAN JASA UMNO DAN BN….KALAU NAK DIBANDINGKAN JASA UMNO DENGAN JASA PEMBANGKANG (DAP) SERTA JASA KHALIFAH LIM GUAN ENG IANYA AMAT JAUH UMPAMA LANGIT KE TUJUH DENGAN KERAK BUMI JARAKNYA……DAN SAYA YAKIN PENGANUT PKR DAN PAS DARI KALANGAN MELAYU,YG PALING BANYAK MENERIMA KENIKMATAN DAN KEMUDAHAN DARI TENAGA DAN SUSAH PAYAH UMNO SELAMA INI..TERMASUK PENDIDIKAN,KESIHATAN,PEKERJAAN, HARTA DAN SEBAGAINYA…….JANGAN JADI MANUSIA YANG LUPA JASA DAN BUDI,GAGAL UNTUK BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH KEPADA MANUSIA DAN PENCIPTA…..ITULAH MINDA DAN HATI KAUM PEMBANGKANG IANYA PENUH DAKI,KOTORAN,SOMBONG, BONGKAK SERTA RIAK MALAH TIDAK BOLEH DITEGUR DAN DIAJAR APATAH LAGI UNTUK MENERIMA HAKIKAT DAN KEBENARAN……..INILAH AJARAN DAN MUKJIZAT DARI PEMIMPIN TERTINGGI MEREKA…….NIK AZIZ,LIM GUAN ENG,KARPAL SINGH,AZMIN ALI,ANUAR,KHALID SERTA RAMAI LAGI YANG TIADA NILAI PEMIMPIN…..HENTIKAN PERJUANGAN ANDA YANG SIA-SIA DAN PENUH KEDANGKALAN ITU……PERJUANGAN ANDA MERUGIKAN UMMAH DAN BANGSA….PERJUANGAN ANDA AKAN MENJAHANAMKAN NEGARA DAN AGAMA….MALAH PERJUANGAN ANDA YANG MEMBABI BUTA INI MERUPAKAN SATU DOSA………KERANA MENGKHIANATI BANGSA SENDIRI…KERANA BERSENGKONGKOL DENGAN DAJAL PEMUSNAH AGAMA DAN BANGSA……..FIKIRLAH..FIKIRLAH…FIKIRLAH……..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: